Pasukan di sebalik Scriptura Engage menjadikan Dropbox Business sebagai intisari komunikasi mereka—malah menggunakan API penghubung untuk menyambungkannya ke dalam surat-menyurat pelanggan.

Scriptura Engage, syarikat perisian komunikasi

Hasil Utama Scriptura Engage

Kerjasama mudah merentas pasukan

Produktiviti lebih hebat antara pekerja bebas

Integrasi API dengan perisian syarikat

Cabaran

Keperluan untuk kelajuan dan kejelasan

Dibangunkan oleh firma dari Belgium, Inventive Designers, Scriptura Engage merupakan produk perisian komunikasi berbilang saluran yang dibina untuk membantu perniagaan berinteraksi bersama pelanggan dengan lebih berkesan. Walaupun perisian ini mendayakan komunikasi untuk organisasi besar seperti bank, penyedia telekomunikasi, dan agensi kerajaan, pasukan di sebalik Scriptura Engage bergelut untuk berkomunikasi antara satu sama lain — disebabkan oleh sambungan VPN yang lembab dan masalah kawalan versi fail. CEO/CTO Klaas Bals mengingati, “Bekerja dari jauh menjadi isu. Menjejak salinan fail yang betul satu masalah. Sangat huru-hara.“ Syarikat ini memerlukan penyelesaian yang akan berfungsi merentas jabatan dan persekitaran pengkomputeran yang terdiri daripada campuran PC, Mac, serta peranti iOS dan Android. Dalam Dropbox Business, ia menemui jalan keluar. Bal menjelaskan, “Dropbox Business membolehkan kami mengatur, menyelaras, dan menyediakan fail di awan dalam cara yang begitu mudah. Tiada orang lain yang tahu bagaimana untuk melakukannya dengan baik seperti Dropbox. Ia benar-benar berkesan.”

Penyelesaian

Kekal terhubung dan lebih produktif

Setelah disediakan, Dropbox Business menjadi satu alat yang boleh disesuaikan dengan keperluan setiap jabatan Scriptura Engage. Pasukan jualan kini bergantung pada Dropbox untuk bekerjasama dalam usul projek; bahagian perkhidmatan profesional bergantung pada Dropbox untuk menyambungkan mereka dengan fail semasa kunjungan klien di tapak; dan Bals sendiri menggunakannya untuk memantau prestasi kewangan syarikat. ”KPI kewangan kami dikemas kini setiap hari Jumaat, dan semasa hujung minggu — di mana-mana saya berada dengan telefon bimbit — saya boleh mengaksesnya menerusi Dropbox Business dan memikirkan tindakan yang perlu diambil pada minggu depan untuk memperbaiki bahagian tertentu perniagaan,” jelas Bals. Pasukan Scriptura Engage mendapati bahawa Dropbox Business terutamanya berguna disebabkan oleh integrasi dengan Microsoft Office. ”Kami pengguna tegar Microsoft Office,” tambah Bals. ”Dapat bekerja dalam Office menerusi Dropbox Business — lebih-lebih lagi pada peranti mudah alih — membolehkan kami pergi daripada hanya berunding maklumat kepada kekal produktif.”

Hasil

Membawa komunikasi ke tahap seterusnya

Penjimatan masa dan peningkatan produktiviti yang dicetus oleh Dropbox Business untuk Scriptura Engage telah membantu mengukuhkan tumpuan pasukan terhadap perhubungan pelanggan dan inovasi produk — malah memberi ilham kepada pembangun syarikat untuk membina Dropbox API untuk perisian Scriptura Engage. “Kami benar-benar sukakan idea di mana penyedia telekomunikasi atau utiliti dapat meletakkan invois ataupun komunikasi pelanggan di Dropbox untuk mengurangkan kertas kerja,“ jelas Bals. “Jadi kami mencipta satu penghubung dengan produk kami untuk menggalakkan amalan ini antara pelanggan kami.“ Dropbox Business telah membantu syarikat ini memperkemaskan aliran kerja dan komunikasi dalaman, dan kini ini membantu untuk menambah satu dimensi keupayaan baru kepada produk Scriptura Engage.

Penyelesaian perkongsian dan storan terbaik untuk perniagaan anda