{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Servcorp menjalankan perusahaan penyumberan pejabat bertaraf antarabangsa dengan Dropbox Business menguasakan kerjasama luar dan dalam syarikat.

Hasil Utama Servcorp

Perkongsian mudah dengan pemegang saham luar

Penyingkiran isu kawalan versi

Proses pendaftaran dan akses fail selamat

Cabaran

Memastikan pejabat antarabangsa selaras

Sebagai sebahagian daripada matlamatnya untuk menjadi penyedia premier suit eksekutif dan pejabat maya, Servcorp yang berasas di Sydney menghubungkan pelanggan dengan kemudahan, pembantu dan teknologi pejabat terbaik. Untuk melakukannya, syarikat ini sendiri juga perlu memiliki teknologi yang terbaik di hujung jari. Oleh itu, apabila kakitangan berbilang budaya mula bergelut dengan storan dan perkongsian fail, Servcorp segera mencari penyelesaiannya. Menurut Ketua Pegawai Teknologi Daniel Kukucka, “Mengikut sejarah, kami menggunakan e-mel untuk berkongsi dokumen, tetapi masalah dengan fail duplikat dan storan fail mula bertambah. Pada mulanya kami cuba memakai penyelesaian penyimpanan awan lain tetapi kakitangan kami menolak penggunaannya — dan kami terus bergelut dengan saiz fail yang lebih besar.”

“Kami mahukan satu sistem yang mana kami boleh menguruskan pentauliahan, mengawal log masuk, menentukan siapa yang mempunyai akses kepada fail, dan membolehkan pekerja kami mendapatkan fail mereka daripada pelbagai peranti. Dropbox Business memberi kami semua itu.”

Penyelesaian

Menyenangkan pengguna, melindungi data

Servcorp memutuskan untuk bertanya pekerjanya penyelesaian penyimpanan awan dan perkongsian fail mana yang menjadi pilihan mereka. Kebanyakannya menjawab Dropbox Business. “Majoriti ahli pasukan kami sudah pun mempunyai akaun Dropbox, jadi mereka biasa dengan antara muka penggunanya,” kata Kukucka. “Bagi kami, ia tidak perlu difikirkan lagi. Dropbox Business menjadi pilihan terbaik kerana kami boleh melaksanakannya di semua lokasi dengan pantas dan kami tidak perlu bimbang tentang latihan.” Selain daripada keahlian yang mudah, Dropbox Business memenuhi beberapa kriteria penting lain untuk Servcorp. Kukucka menjelaskan, “Kami mahukan satu sistem yang mana kami boleh menguruskan pentauliahan, mengawal log masuk, menentukan siapa yang mempunyai akses kepada fail, dan membolehkan pekerja kami mendapatkan fail mereka daripada pelbagai peranti. Dropbox Business memberi kami semua itu.”

“Majoriti ahli pasukan kami sudah pun mempunyai akaun Dropbox, jadi mereka biasa dengan antara muka penggunanya. Bagi kami, ia tidak perlu difikirkan lagi. Dropbox Business menjadi pilihan terbaik kerana kami boleh melaksanakannya di semua lokasi dengan pantas dan kami tidak perlu bimbang tentang latihan.”

Hasil

Mobiliti, kelajuan dan perkhidmatan pelanggan

Dengan adanya Dropbox Business, kakitangan teragih Servcorp yang berada di seluruh dunia boleh kekal lebih produktif — bekerja pada bila-bila masa, dari mana-mana sahaja, tanpa perlu bimbang tentang menjejak versi fail terbaru. Kukucka menambah, “Masalah dengan versi kandungan fail, logo, warna, dll. boleh menjejaskan keupayaan Servcorp untuk menonjolkan imej jenama yang konsisten kepada pemegang syer luar. Menggunakan Dropbox Business telah membantu menjamin keseragaman dalam komunikasi dan kerjasama kami.” Pemegang syer luar Servcorp terdiri daripada kontraktor kepada agensi rakan kongsi dan klien, dan mereka kerap mengehendaki syarikat berkongsi fail bersama mereka. Dropbox Business membolehkan Servcorp mengedarkan maklumat dengan cepat dan berkesan. Seperti yang dikatakan Kukucka, “Dengan Dropbox Business, kami telah melihat peningkatan ketara dalam produktiviti kami — dan juga dalam perhubungan pelanggan dan perkongsian kami. Kami dapat bekerjasama dengan lebih baik berbanding sebelum ini.”