{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Shoes of Prey membolehkan wanita mereka bentuk sendiri dan memesan kasut idaman mereka atas permintaan, sambil memastikan proses pengeluaran lancar dengan bantuan Dropbox Business.

Hasil Utama Shoes of Prey

Perkongsian mudah foto besar dan fail PR

Pemprosesan pesanan lebih lancar

Simpanan selamat bagi kerja lama dan semasa

Cabaran

Mengambil langkah yang betul

Semasa pengasas Shoes of Prey membuka kedai dalam talian untuk pesanan kasut wanita, mereka sedar bahawa reka bentuk yang menyeronokkan dan mudah serta proses pesanan adalah mustahak dalam menentukan kejayaan mereka. Langkah sebenar dalam mencipta kasut — memilih bentuk, warna, saiz, dan material — sudahpun lancar, tetapi syarikat ini inginkan proses belakang tabir yang sama lancar. Apabila syarikat ini mengembangkan sayap dari ibu pejabat asal di Sydney, Shoes of Prey bergantung pada Dropbox untuk berkongsi dan menyandarkan fail-fail penting seperti model 3D, foto produk, dan dokumen syarikat, tetapi tidak lama kemudian mereka sedar bahawa aplikasi ini dapat membantu memperkemaskan aliran kerja yang banyak cacat cela. Sebagai Pengasas Bersama dan CEO Bersama, Mike Knapp mengingati, “Sebelum kami beroperasi secara digital sepenuhnya, ada kalanya kakitangan mengitar semula halaman belakang kertas untuk mencetak pesanan. Tapi apabila berlaku kekeliruan untuk menentukan sisi mana yang mengandungi pesanan sebenar, kami kerap menghasilkan kasut yang salah. Sangat huru-hara.”

“Kakitangan kami bekerja dari merata-rata seperti Tokyo, Manila, New York hinggalah ke LA. Akses fail mudah alih begitu penting lebih-lebih lagi apabila kami terlupa bawa pembentangan atau perlukan fail dalam perjalanan. Dropbox Business adalah penyelamat. Saya tidak rasa kami mampu lakukan apa yang kami lakukan tanpanya.”

Penyelesaian

Dunia pesanan baru

Syarikat ini beralih kepada Dropbox Business dan mengenal pasti cara aplikasi ini boleh membantu menyokong kecekapan operasi. Contohnya sekarang, apabila pesanan baru masuk, laman web ini akan meletakkan permintaan itu ke dalam folder khusus Dropbox secara automatik. Apabila kasut sedia untuk dikirim kepada pelanggan, gambar kasut berkenaan akan disimpan ke dalam satu lagi folder Dropbox. Dari sana, laman web Shoes of Prey akan memuat naik foto tersebut ke dalam akaun dalam talian pelanggan, sekaligus menjana satu e-mel supaya penerima boleh melihat kasut mereka sebelum ia sampai. “Dropbox Business dimanfaatkan untuk menguruskan bahagian yang paling penting dalam perniagaan ini,” kata Knapp. Selain daripada memainkan peranan utama dalam melengkapkan pesanan, Dropbox Business bertindak sebagai hab publisiti untuk gambar dan siaran media yang dikongsi bersama wartawan dan rakan kongsi luar. Knapp berkata, “Dropbox Business telah banyak menyokong aktiviti perhubungan awam kami. Daripada menghantar e-mel dengan lampiran imej beresolusi tinggi, kami boleh terus letakkan ke dalam folder dan berkongsi pautan. Ini jauh lebih mudah.”

“Dropbox Business memudahkan hidup jurutera perisian kami disebabkan API mereka. Kami tidak perlu bina pusat pungutan khas supaya fail dihalakan dengan betul -- Dropbox melakukannya untuk kami.”

Hasil

Operasi global besar-besaran

Dengan tenaga kerja yang amat teragih, dan ibu pejabat di Los Angeles, Shoes of Prey bergantung pada Dropbox Business untuk mendapat akses berterusan kepada fail yang memastikan syarikat kekal beroperasi. “Kakitangan kami bekerja dari merata-rata seperti Tokyo, Manila, New York hinggalah ke LA,“ kata Knapp. “Akses fail mudah alih begitu penting lebih-lebih lagi apabila kami terlupa bawa pembentangan atau perlukan fail dalam perjalanan. Dropbox Business adalah penyelamat. Saya tidak rasa kami mampu lakukan apa yang kami lakukan tanpanya.” Dengan membantu Shoes of Prey beroperasi secekap yang boleh merentas lokasi di seluruh dunia, Dropbox Business memainkan peranan penting dalam penghantaran kasut "idaman" kepada penggemar kasut di seluruh dunia.