Dropbox Business membantu Smartcom:tv menjimatkan masa dan kos dengan aliran kerja penerbitan yang lebih lancar dan peningkatan fleksibiliti.

Smartcom:tv, syarikat penerbitan

Hasil Utama Smartcom:tv

Fail produksi besar dikemas kini dan disimpan dengan mudah

Perkongsian fail lebih pantas bersama pekerja bebas dan klien

Keselamatan lebih ketat ke atas fail klien

Cabaran

Evolusi teknologi

Sebagai sebuah syarikat produksi perkhidmatan lengkap bagi TV korporat dan penghasilan video, Smartcom:tv menerbitkan segala-galanya daripada komunikasi pemasaran kepada wawancara dan buletin berita untuk pelanggan di seluruh Norway. Dengan adanya beberapa projek yang melibatkan strim secara langsung — seperti pengumuman tukaran saham masa nyata — garis masa penerbitan boleh menjadi sangat singkat. Smartcom:tv perlu berkongsi fail-fail besar bersama pekerja bebas dengan pantas, tetapi malangnya pelayan lapuk syarikat ini tidak mampu menampung saiz kerja mereka. Lebih teruk lagi, semakin perniagaan berkembang, lebih banyak pelayan diperlukan bagi memenuhi tuntutan storan. Apabila syarikat memutuskan untuk berpindah ke lokasi baru, mereka nampak peluang untuk meninggalkan pelayan ini. Sebagai Ketua Pegawai Teknologi, Vegard Günther menjelaskan, “Banyak persoalan besar berkenaan operasi timbul mengenai kos untuk menyelenggara dan memindahkan pelayan ini. Ia memaksa kami untuk berfikir dan mencari penyelesaian yang lebih baik.”

Penyelesaian

Menerbitkan aliran kerja yang lebih lancar

Selepas percubaan pendek produk berlandaskan Citrix yang diterima pakai oleh syarikat induk mereka, Smartcom:tv memutuskan untuk menyediakan Dropbox Business — yang menawarkan storan, kepantasan, dan kebolehcapaian fail yang diperlukan oleh Smartcom:tv. Kini, semua projek dimulakan daripada folder kongsian Dropbox, jadi fail sentiasa dikemas kini dan tersedia kepada semua kakitangan dalaman dan bebas. “Fail Final Cut boleh bersaiz 50 GB dan oleh kerana Dropbox Business membolehkan kami untuk mengerjakan fail secara setempat, kami tidak perlu lagi menunggu proses muat naik dan muat turun yang lama,” kata Günther. Disebabkan Dropbox Business membolehkan pengguna untuk bekerja dari mana sahaja, mobiliti dan fleksibiliti telah banyak meningkat untuk kakitangan Smartcom:tv. Selain itu, projek yang melibatkan pereka bentuk luar dan pekerja bebas kini lebih mudah untuk diuruskan. “Dahulu kami perlu sentiasa bersama komputer kami,” nyata Günther. “Dengan Dropbox Business, kami boleh duduk dengan memegang telefon dan membaca dokumen ataupun log masuk ke stesen kerja lain dan teruskan kerja dengan projek video. Ini membawa satu perubahan besar buat kami.”

Hasil

Perbelanjaan berkurang, mobiliti meningkat

Dengan meninggalkan pelayan di premis, Smartcom:tv telah berjaya mengurangkan kos dalam beberapa bidang yang berbeza. Daripada perlu membayar pekerja bebas untuk masa perjalanan berulang-alik dari pejabat, syarikat ini boleh membiarkan mereka bekerja dari rumah — mengurangkan waktu bekerja sambil memudahkan hidup pekerja itu sendiri. Menurut Günther, beralih kepada teknologi awan telah mengurangkan perbelanjaan IT secara mendadak. Beliau berkata, “Kami menggantikan segala-galanya dengan penyelesaian berasaskan awan seperti Dropbox Business, dan berjaya menjimatkan 70% daripada kos kami. Hasilnya, kami mendapat produk kukuh yang boleh diharapkan dan jauh lebih fleksibel. Ia bagaikan dunia baru buat kami.”

Penyelesaian perkongsian dan storan terbaik untuk perniagaan anda