{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Peruncit pakaian sukan ini meningkatkan produktiviti pekerja, membolehkan aliran kerja lebih cepat dan perkhidmatan pelanggan lebih baik dengan bantuan Dropbox Business.

Hasil Utama Stylerunner

Kerjasama tanpa gangguan

Aturan fail dan aliran kerja lebih baik

Kawalan ketat ke atas keizinan fail

Cabaran

Operasi berhenti dan berjalan

Semasa Stylerunner melancarkan kedai pakaian sukan dalam talian pada tahun 2012, pasukan yang terdiri daripada tiga pekerja ini tidak menghadapi masalah untuk menggunakan e-mel dan pemacu keras mudah alih untuk berkongsi segala-galanya daripada dokumen produk kepada foto dan reka bentuk halaman web. Bagaimanapun apabila syarikat yang beribu pejabat di Sydney ini berkembang, ia menyedari keperluan untuk cara bekerjasama yang lebih kemas—satu cara yang tidak memerlukan seseorang untuk mengganggu aliran kerja orang lain setiap kali mereka ingin mengakses fail projek. Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama, Julie Stevanja mengakui, “Operasi kami dahulu tidak begitu cekap kerana ia mengambil masa untuk kembali melakukan tugasan setiap kali kami diganggu.” Syarikat ini memerlukan hab fail berpusat yang mudah untuk diakses dan tersedia kepada pekerja pada bila-bila masa, di mana jua mereka mahu bekerja. Menyedari reputasi Dropbox, Stevanja menyediakan akaun peribadi dan memberikan maklumat log masuk kepada rakan sekerja beliau. Walaupun cara ini membantu syarikat buat seketika, tidak lama kemudian Stylerunner memerlukan lebih kawalan ke atas orang yang boleh mengakses fail, jadi mereka memutuskan untuk beralih kepada Dropbox Business.

“Kami mahu Stylerunner menjadi sebuah persekitaran di mana pekerja berasa dihargai dan berpuas hati dalam melakukan tugas mereka—dan ini bermakna mempunyai sumber yang membolehkan mereka untuk bekerja dengan produktif. Dropbox Business membantu kami menyempurnakan matlamat itu dengan membolehkan mereka bekerja dari jauh serta tanpa gangguan semasa mereka berada di pejabat.”

Penyelesaian

Melancarkan sistem menjimatkan masa

Dengan fail syarikat tersusun rapi dalam Dropbox Business, pekerja kini boleh mendapatkan aset projek Stylerunner tanpa perlu mengganggu satu sama lain. “Kami telah mengkhususkan aliran kerja kami supaya apa jua fail yang diperlukan oleh mana-mana jabatan boleh ditemui dalam Dropbox Business, tanpa gangguan atau kelewatan,“ kata Stevanja. “Tetapi kami telah turut mengenakan kawalan terhadap folder dan fail supaya jabatan hanya dapat mengakses fail yang relevan dengan kerja mereka.” Aliran kerja yang bertambah baik telah membolehkan syarikat ini menjimatkan banyak masa—bukan sahaja membawa kepada lebih kecekapan malah penglibatan pekerja yang lebih baik. Beliau menambah, “Setiap pekerja ingin memberi impak dalam kerja mereka, bukan buntu dalam mencari fail dan menghantar e-mel. Dropbox Business membantu kami mengekalkan tenaga kerja yang lebih gembira dan produktif.” Tambahan pula, Dropbox Business membantu pasukan khidmat pelanggan Stylerunner mencari maklumat dengan lebih cepat untuk para pengguna. Misalnya, jika seorang pelanggan ingin tahu bila syarikat akan memasukkan stok baru bagi kasut tertentu, ahli pasukan dapat membuka rangkaian produk akan datang dalam Dropbox Business dengan segera dan melaporkan kepada pelanggan.

“Kami ada banyak fail besar yang menggunakan banyak data. Jadi daripada cuba menghantar setiap fail melalui pautan pemindahan, kami cuma berkongsi pautan Dropbox. Orang akan mendapat akses segera kepada fail itu dan tidak perlu muat turun apa-apa.”

Hasil

Persediaan sempurna ke arah pertumbuhan

Dengan fail yang teratur, keizinan dalam kawalan, dan gangguan tidak lagi menjadi masalah, Stylerunner kini berupaya untuk fokus terhadap membina perniagaan daripada memikirkan hal logistik. Stevanja menjelaskan, “Dropbox Business telah menjadi kunci dalam membantu memastikan pekerja kami menjalani hari bekerja yang ceria dan produktif, dan kami dapat menerapkan tahap keselamatan ke atas akses fail. Ia benar-benar penting bagi perusahaan baru seperti kami untuk peka tentang perkara sebegini. Kami sedar dalam usaha untuk terus memperluaskan tenaga kerja kami, Dropbox akan sentiasa diperlukan.”