Syarikat reka bentuk digital ini bergantung pada Dropbox Business untuk meringkaskan dan memperbaiki kerjasama dalam seluruh tenaga kerja jarak jauh.

Hasil Utama UNITiD

Lebih masa untuk daya kreatif dan inovasi

Produktiviti dipertingkat

Aliran kerja mudah alih fleksibel

Cabaran

Membina rangka kerja untuk inovasi

Daya kreatif dan inovasi menjadi punca penggerak di sebalik aplikasi dan antara muka UNITiD. Namun kerjasama efektif juga penting untuk memastikan projek berjalan lancar. Dengan pasukan yang terdiri daripada pemilik perniagaan, pereka bentuk interaktif dan visual, penulis, serta pembangun teknikal teragih serata pelbagai lokasi, syarikat ini mesti mengambil pendekatan yang berdisiplin terhadap pengurusan projek. “Kami menggunakan kaedah tangkas dalam menguruskan projek yang amat berlelar dan kolaboratif,“ jelas Matthijs Collard, pengasas UNITiD. “Setiap pasukan bekerja dengan rapat bersama pelanggan mereka untuk memahami perspektif pengguna, membangunkan kerangka, mencipta mockup grafik, menghasilkan dan menguji prototaip yang berfungsi, dan membina produk akhir. Dalam seluruh proses ini, kami mengumpul maklum balas secara berterusan dan memperbaiki reka bentuk kami untuk meningkatkan kualiti dan manfaat penyelesaian kami.” Menguruskan pelbagai kitaran maklum balas mendatangkan cabaran apabila melibatkan kawalan versi fail. Lalu UNITiD mula mencari satu penyelesaian perkongsian fail berasaskan awan yang akan memberi ahli pasukan akses pantas kepada fail terkini. Selepas menilai beberapa penyelesaian, syarikat ini memilih untuk melaksanakan Dropbox disebabkan oleh kemudahan penggunaan, kebolehharapan, dan keringkasannya. Semakin perniagaan UNITiD berkembang, begitu juga keperluan storan fail mereka. Apabila syarikat ini mendengar bahawa Dropbox telah mengeluarkan penyelesaian baru yang direka khusus untuk perniagaan, ia berpindah dengan serta-merta. ”Ini perihal kepercayaan,” jelas Collard. ”Apabila penyelesaian baru seperti Dropbox Business dicipta oleh syarikat yang kami boleh harapkan, kami terus percaya.” Oleh kerana kebanyakan pekerja sudah pun biasa dengan Dropbox, peralihan kepada penyelesaian perusahaan ini adalah pantas dan lancar. ”Memindahkan kakitangan sedia ada kami ke Dropbox Business langsung tidak memakan masa,” kata Collard. ”Dan orang baru mempelajari semua yang perlu diketahui dalam satu sesi 30 minit yang meninjau struktur folder syarikat kami dan petua untuk menyelaras.”

”Ini perihal kepercayaan. Apabila penyelesaian baru seperti Dropbox Business dicipta oleh syarikat yang kami boleh harapkan, kami terus percaya.”

Matthijs Collard, Pengasas, UNITiD

Penyelesaian

Meningkatkan produktiviti dengan menyingkirkan halangan

Dropbox Business telah menyelesaikan keperluan terdesak UNITiD untuk storan fail, sambil turut memberikan lebih fleksibiliti untuk menyokong aliran kerja. Dengan keupayaan untuk menyambungkan lebih 300,000 aplikasi ke Dropbox Business, kakitangan boleh mengakses dan berkongsi hampir setiap jenis fail menerusi akaun Dropbox mereka. Apabila suntingan dilakukan, Dropbox Business akan mengemas kini semua salinan fail secara automatik, menjadikan lebih mudah untuk menguruskan versi fail. Contohnya, UNITiD bergantung pada aplikasi yang bernama InVision untuk mencipta prototaip berfungsi bagi reka bentuk yang baru. Integrasi aplikasi ini dengan Dropbox bermakna bahawa prototaip akan sentiasa dikemas kini sebaik sahaja fail disimpan ke dalam Dropbox Business — tiada muat naik tambahan diperlukan. “Jika pereka bentuk kami mengubah prototaip menggunakan InVision,“ jelas Collard, “Dropbox Business akan memastikan semua aset reka bentuk, skrin, dan fail sumber yang berkaitan kekal selaras. Ia benar-benar menjimatkan masa, dan tidak pernah mengecewakan.” Aplikasi mudah alih Dropbox Business juga memberikan pasukan teragih UNITiD satu cara yang lebih mudah untuk berada di hadapan suntingan dan tuntutan kerja seharian. Sebagai contoh, jika ahli staf mengambil foto untuk merekodkan tangkapan skrin awal dan idea papan putih semasa sesi kerja, mereka boleh menyimpan dan mengaksesnya kemudian menggunakan Dropbox Business. “Setelah kami meletakkan foto dalam Dropbox Business, kami boleh gunakan telefon bimbit untuk menyemaknya di dalam kereta api, di rumah pada waktu malam, atau dalam penerbangan hari esok,“ kata Collard.

“Kira-kira 90 peratus daripada projek kami melibatkan kerjasama dengan klien dan pihak lain. Dropbox Business memudahkan untuk bekerja dengan rakan kongsi luar, sambil masih memastikan data selamat.“

Matthijs Collard, Pengasas, UNITiD

Hasil

Mengekalkan keselamatan, memudahkan kemajuan

Sama penting dengan akses yang fleksibel adalah keselamatan fail. Untuk mencegah pengguna yang tidak bertauliah daripada mengakses fail, pekerja UNITiD menggunakan verifikasi dua langkah dan tekun dalam memantau pautan kongsian. “Kira-kira 90 peratus daripada projek kami melibatkan kerjasama dengan klien dan pihak lain,“ jelas Collard. “Dropbox Business memudahkan untuk bekerja dengan rakan kongsi luar, sambil masih memastikan data selamat.“ Sementara itu, sandaran dan pemulihan penyelesaian ini menyediakan jaringan keselamatan sekiranya bencana melanda. “Salah seorang rakan sekerja kami menghapuskan ‘Semua Fail‘ dalam Mac Finder secara tidak sengaja, yang mana telah diselaraskan dengan Dropbox,” seingat Collard. ”Segala-galanya telah disapu bersih. Tetapi Dropbox Business membolehkan kami berundur dan memulihkan semua fail yang terhapus dengan mudah.” Dengan Dropbox Business, UNITiD dapat kurang menumpukan pada menguruskan fail dan lebih pada menyiapkan kerja reka bentuk yang cemerlang. Collard merumuskan, “Perkara terbaik tentang Dropbox Business adalah anda langsung tidak perlu berikan perhatian di mana sesuatu diletakkan. Ia sentiasa berada di sana. Ia berkesan.“

Penyelesaian perkongsian dan storan terbaik untuk perniagaan anda