Universiti global terunggul menggunakan Dropbox untuk mempercepatkan proses penyelidikan dan menghubungkan akademik melalui satu platform kolaborasi

Hasil utama University of Sydney

Satu platform untuk bekerjasama dalam penyelidikan

Kebolehlihatan yang lebih tinggi dan kawalan terhadap data penyelidikan

Perkongsian luar yang mudah

Cabaran

Bekerjasama dalam penyelidikan bertaraf dunia dengan selamat dan mengurangkan pemecahan platform simpanan data

University of Sydney menjadi tuan rumah kepada beberapa minda yang paling cemerlang dalam penyelidikan berbilang disiplin. Universiti yang diasaskan pada 1850 sebagai universiti pertama di Australia ini, kini berada dalam tangga 100 teratas universiti di seluruh dunia. Walaupun kampus utamanya terletak di Sydney, namun universiti ini memiliki 10 buah kampus lain di seluruh negara—sebesar Terumbu Sawar Besar—dan berhubung dengan institusi sekutu di seluruh dunia. 

University of Sydney mengalami cabaran berterusan untuk mengurangkan pemecahan platform simpanan data. Walaupun penyelesaian perkongsian fail sedia ada sudah pun ada, namun kurang dimanfaatkan oleh kakitangan, terutamanya dengan pasukan penyelidikan. Sebaliknya, pihak universiti mendapati para penyelidik menggunakan akaun Dropbox mereka sendiri untuk berkongsi maklumat dan hal ini dengan pantas menjadi standard bagi penyelidikan dan kolaborasi di universiti.

Walaupun pengenalan Dropbox adalah bagus untuk produktiviti, ia menghasilkan kekurangan tadbir urus dan pengawasan data penyelidikan. Hal ini memberikan risiko terhadap universiti. Universiti memerlukan platform yang disokong secara meluas dan mesra pengguna untuk menyokong kolaborasi dalam kalangan kakitangan dan pelajar—dan juga pihak luar di sekeliling dunia. Maka, ia beralih ke Dropbox.

"Kolaborasi adalah penting untuk kejayaan kami sebagai sebuah universiti. Inovasi teknologi dan digital adalah kunci kepada pengalaman pembelajaran unik yang ditawarkan di University of Sydney. Apabila kakitangan kami menjalankan penyelidikan pelbagai disiplin, mereka semakin perlu melakukan penyelarasan dengan bidang universiti yang pelbagai. Dropbox mempercepatkan proses ini."

PENYELESAIAN

Sebuah platform tunggal dan selamat untuk memacu kolaborasi penyelidikan 

Penyebaran Dropbox membolehkan transformasi Dropbox berlaku di seluruh pasukan penyelidikan, persatuan pelajar dan tutor. Kini, universiti memiliki platform berpusat untuk menyimpan data dan penyelidikan, yang mudah diakses oleh semua orang dan di mana-mana peranti, dari mana-mana jua di dunia ini.

"Kebolehskalaan dan kemudahan penggunaan Dropbox adalah faktor penting bagi kami dalam menyediakan Dropbox kepada semua orang di universiti ini. Kami mahu menawarkan pilihan kolaborasi yang terbaik untuk kakitangan dan pelajar kami, agar mereka boleh menumpukan pada kerja yang penting, dan Dropbox sangat sesuai untuk tujuan ini."

HASIL

Proses penyelidikan yang dipercepat

Setelah melancarkan Dropbox, University of Sydney dapat melihat kekurangan keperluan untuk latihan IT, kerana kakitangan dan pelajar sedang menggunakan teknologi yang sudah mereka ketahui. Dengan menggunakan Dropbox, urus tadbir juga menjadi lebih mudah, dan memberikan pasukan IT pengawasan aktiviti secara sepenuhnya.

Tambahan pula, dengan menggunakan Dropbox sebagai platform kolaborasi yang terbaik dalam kelasnya, para penyelidik University of Sydney telah mempercepatkan kolaborasi dalam kalangan kakitangan dan pelajar, serta pihak luar di seluruh dunia.