Dropbox Business menguasakan Vaimo untuk beroperasi pada kadar pecut dan mengekalkan kedudukan kukuh dalam pasaran penyelesaian edagang.

Hasil Utama Vaimo

Kerjasama lebih mudah merentasi lokasi antarabangsa 

Komunikasi lebih jelas bersama klien dan agensi luar 

Lebih kawalan ke atas versi fail dan maklum balas reka bentuk 

Cabaran

Bersedia untuk pertumbuhan

Sebagai pembekal penyelesaian eDagang perkhidmatan lengkap, Vaimo menawarkan segala-galanya daripada reka bentuk web dan pengelolaan kepada kepakaran ERP dan CRM kepada peruncit dalam talian. Sejak penubuhannya di Sweden pada tahun 2008, syarikat ini telah menjadikan satu keutamaan untuk kekal kecil dan lincah — membolehkan mereka untuk berinovasi dengan lebih pantas dan bersaing dengan pesaing besar serta evolusi teknologi yang tiada penghujung. Pada awalnya, Vaimo menyediakan Dropbox untuk berkongsi dan menyimpan fail. Semasa membuka pejabat keduanya di Estonia, syarikat ini menyedari keperluan besar untuk mendapatkan penyelesaian perkongsian fail yang teragih dan kawalan versi fail. ”Kami mempunyai pelayan setempat di pejabat pertama, tetapi itu terkandas apabila kami berkembang,” kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Kreatif, PJ Utsi.

”Kami bekerja dengan intim bersama pasukan edagang, pemasaran, jualan, dan runcit pelanggan. Terdapat banyak bahagian yang bergerak, namun Dropbox Business membantu kami kekal di hadapan.”

Penyelesaian

Laluan pantas ke arah kecekapan

Menurut Utsi, Vaimo memutuskan untuk beralih daripada akaun Dropbox biasa kepada Dropbox Business kerana “ia menangani semua kesukaran kami dan membolehkan kami menguruskan aliran fail dengan semua ahli pasukan dan lokasi dengan lebih baik.“ Sekarang apabila projek baru bermula, Dropbox Business menjadi tempat pusat untuk menyimpan imej inspirasi, logo, dan bahan-bahan lain sepanjang fasa awal. Menggunakan komen, pekerja Vaimo boleh berkomunikasi dengan segera tentang kerja terus dalam fail yang tertentu, berbanding bertungkus-lumus untuk menjejak pesanan segera dan e-mel. Semasa bekerjasama dengan agensi luar, Vaimo bergantung pada Dropbox Business untuk berkongsi fail kerangka, seni bina IT, reka bentuk interaktif, dan input visual. Sebagai contoh, semasa bekerja dengan agensi yang menyokong Björn Borg, Vaimo menerima konsep visual melalui Dropbox dan menggunakannya untuk mencipta reka bentuk akhir. ”Kami bekerja dengan intim bersama pasukan edagang, pemasaran, jualan, dan runcit pelanggan. Terdapat banyak bahagian yang bergerak, namun Dropbox Business membantu kami kekal di hadapan,” jelas Utsi.

”Dropbox Business, dan cara kami menggunakannya, benar-benar membantu kami mendapat kejayaan. Ia membantu kami menang. Ia membolehkan kami wujud dalam pelbagai pasaran dan berkhidmat kepada pelanggan — sambil mengembangkan perniagaan kami secara keseluruhan. Tanpa Dropbox, mungkin kami tidak dapat melakukannya.”

Hasil

Berjaya dalam negara dan di peringkat antarabangsa

Oleh kerana Vaimo mengekalkan pejabat dalam 8 pasaran — Sweden, Finland, Denmark, Norway, UK, Afrika Selatan, Estonia, dan Ukraine — ia beroperasi pada medan tempatan dan antarabangsa. Interaksi bersama pelanggan berlaku dalam negara, tetapi pasukan syarikat ini juga perlu berhubung antara satu sama lain merentasi benua. Dalam kedua-dua situasi, kelajuan dan kecekapan menjadi penting. “Kami dalam permainan IT yang kuat bersaing,“ kata Utsi. “Kadangkala projek kami melibatkan pasukan dalam tiga pasaran, jadi fail pembangunan dan reka bentuk kami perlu dihantar ke negara lain dengan pantas. Kami bergantung sepenuhnya pada perkhidmatan seperti Dropbox yang boleh membantu memudahkan semua ini.“ Dropbox Business membantu Vaimo mengekalkan kelincahan mereka pada setiap peringkat. Seperti yang diakui Utsi, ”Dropbox Business, dan cara kami menggunakannya, benar-benar membantu kami mendapat kejayaan. Ia membantu kami menang. Ia membolehkan kami wujud dalam pelbagai pasaran dan berkhidmat kepada pelanggan — sambil mengembangkan perniagaan kami secara keseluruhan. Tanpa Dropbox, mungkin kami tidak dapat melakukannya.”