Kumpulan katering ini berkongsi resipi, pembentangan, dan maklumat tempat acara semasa di luar dengan Dropbox Business, meningkatkan produktiviti merentas organisasi.

Hasil Utama Wolfgang Puck

Pembentangan jualan lebih kukuh, tanpa kertas

Perkongsian mudah foto, resipi, dan banyak lagi

Penglihatan dan kebolehpercayaan meningkat merentas pasukan

Cabaran

Ramuan yang hilang

Dalam perniagaan katering mewah, persediaan makanan yang lazat hanyalah sebahagian daripada proses keseluruhan. Bagi Wolfgang Puck, perjalanan katering bermula dengan bertukar-tukar menu dan maklumat tempat acara dengan prospek klien. Walaupun pada mulanya perkongsian dilakukan melalui e-mel, fail foto kadangkala terlalu besar untuk dikongsi, memaksa syarikat ini untuk mengarahkan klien kepada imej di laman web mereka. Perancang katering sering bergelut dengan kebolehcapaian kepada fail dan foto, kerana sesetengah maklumat hanya disimpan pada komputer di pejabat utama syarikat. Jika perancang berada dalam mesyuarat, mustahil bagi mereka untuk mendapatkan material tambahan jika tiba-tiba diminta. Oleh kerana sudah terdapat beberapa chef yang menggunakan Dropbox untuk berkongsi resipi antara satu sama lain, idea mengguna pakai penyelesaian ini untuk menangani cabaran perkongsian fail di seluruh syarikat seperti satu langkah yang natural. Menurut Pamela Brunson, Timbalan Presiden Kanan Pemasaran dan Pembangunan, “Beralih kepada Dropbox Business tidak perlu difikirkan langsung. Ia sangat intuitif dan mudah untuk disediakan.“

“Di sebalik menghadiri mesyuarat dengan brosur dan menu dikepil bersama, kami mencipta pembentangan slaid dan pustaka menu yang boleh diakses dengan mudah oleh perancang pada iPad mereka, menggunakan Dropbox Business.“

Pamela Brunson, Timbalan Presiden Kanan Pemasaran dan Pembangunan

Penyelesaian

Menjadikan mudah alih hidangan utama

Dengan melaksanakan Dropbox Business, perancang katering dapat membentangkan maklumat kepada klien dalam cara baru sama sekali. Syarikat ini menyediakan setiap perancang dengan sebuah iPad, yang membolehkan mereka membuka foto dan fail-fail lain yang bersangkut-paut di mana sahaja mereka bertemu dengan klien. “Perancang kami tidak semestinya perlu duduk di meja bersama pelanggan,“ jelas Brunson. “Kami boleh berada di muzium atau bilik pembentangan atau di tengah-tengah tempat letak kereta untuk melakukan bisnes. Dropbox Business membolehkan kami membawa fail kami bersama ke mana-mana sahaja kami pergi dan memberi isyarat visual seperti yang diperlukan.“ Aplikasi mudah alih Dropbox Business bukan sahaja melonjak produktiviti untuk Wolfgang Puck Catering, ia menambah satu tahap profesionalisme kepada proses jualan, menjadikan pengalaman ini lebih baik untuk semua pihak. Seperti yang dikatakan Brunson, “Di sebalik menghadiri mesyuarat dengan brosur dan menu dikepil bersama, kami mencipta pembentangan slaid dan pustaka menu yang boleh diakses dengan mudah oleh perancang pada iPad mereka, menggunakan Dropbox Business.“ Apabila klien ingin membincangkan butir-butir untuk beberapa acara atau lokasi, perancang boleh mendapatkan maklumat yang betul dengan pantas. ”Jika saya bekerja dengan klien seperti Dell atau Wells Fargo yang melakukan perniagaan dalam pelbagai pasaran, dan mereka ingin bercakap tentang satu acara di Atlanta dan satu lagi di San Francisco, saya boleh menunjukkan tempat acara kepada mereka di kedua-dua lokasi kerana segala-gala yang saya perlukan terletak dalam Dropbox Business,” akui Brunson. ”Ini benar-benar membolehkan kami untuk menyediakan tahap perkhidmatan yang lebih tinggi dan membantu klien mencari penyelesaian dengan lebih cepat.”

”Dropbox Business telah memperbaiki komunikasi dalaman kami sama sekali. Ia membolehkan kami mengedarkan maklumat dengan mudah dan membantu memastikan semua orang bertanggungjawab ke atas kerja mereka.”

Pamela Brunson, Timbalan Presiden Kanan Pemasaran dan Pembangunan

Hasil

Jamuan produktivti

Pasukan jualan Wolfgang Puck Catering hanyalah satu kumpulan dalam syarikat yang bergantung pada Dropbox Business untuk melakukan kerja mereka dengan lebih cekap. Pasukan memasak — salah satu pengguna terawal Dropbox dalam organisasi — terus menggunakan Dropbox Business sebagai cara untuk berkongsi resipi dan foto. Dan pasukan operasi meletakkan kemas kini status dalam Dropbox Business, supaya semua orang boleh mengakses maklumat projek sepanjang panggilan status mingguan. Brunson berkata, ”Dropbox Business telah memperbaiki komunikasi dalaman kami sama sekali. Ia membolehkan kami mengedarkan maklumat dengan mudah dan membantu memastikan semua orang bertanggungjawab ke atas kerja mereka.” ”Disebabkan Dropbox Business, banyak proses standard Wolfgang Puck Catering telah dipercepatkan. Contohnya, ciri muat naik kamera aplikasi mudah alih Dropbox membolehkan ahli pasukan untuk menangkap gambar hidangan pada hari klien merasa makanan supaya penghasilan semula semasa acara klien lebih cepat dan mudah. ”Gambar ini membolehkan kami melihat sesuatu seperti salad dan tahu bagaimana kami menghidangkannya,” tambah Brunson. Sama ada hiasan makanan dan butiran menu, usul perniagaan baru, atau maklumat tentang pembukaan lokasi baru, Dropbox Business bertindak sebagai sumber pusat untuk membantu memperbaiki proses membuat keputusan dan pelaksanaan idea di Wolfgang Puck Catering. Seperti yang diakui oleh Brunson, “Kini semua orang mempunyai penglihatan ke dalam segala-galanya, dan tiada orang akan tersangkut kerana menunggu orang lain untuk memberikan maklumat terkini. Dropbox Business benar-benar membantu kami memajukan projek — dan perniagaan kami — ke hadapan pada kadar pecut.“

Penyelesaian perkongsian dan penyimpanan terbaik untuk perniagaan anda