Bina perniagaan awan sebagai penjual Dropbox

Sertai Dropbox Reseller Program dan jual teknologi yang digunakan oleh lebih 500 juta pengguna dan 200,000 perniagaan.

Sertai rangkaian penjual kami yang semakin berkembang


Penjual Dropbox: Contango IT

Contango IT adalah syarikat perundingan teknologi perkhidmatan lengkap di New York City. Lihat bagaimana mereka menggunakan Dropbox Business untuk menggembirakan pelanggan dan menjana perniagaan baru.


Program mudah untuk penyelesaian yang mudah

Penjualan dipermudahkan

Wakili Dropbox yang sudah dikenali dan disukai oleh pelanggan. Jana pendapatan daripada penerimaan teknologi awan dan peluang perkhidmatan awan, dan lampirkan Dropbox kepada sebarang penjualan aplikasi atau perkakasan.

Gembirakan pelanggan

Jadikan kerjasama mudah dan selamat untuk pelanggan. Gantikan perkakasan yang lapuk dan perisian yang canggung, sementara memulihkan kawalan pelanggan ke atas fail dan folder yang berharga.

Pengurusan yang lebih baik

Uruskan pelanggan dan perkhidmatan dari pasaran awan tunggal. Kurangkan kos pelaksanaan dan sokongan, dan gunakan sumber Dropbox untuk menskalakan perniagaan awan anda.


Apa untuk dijangka

Mana-mana rakan kongsi boleh menyertai Dropbox Reseller Program, yang menawarkan tiga tahap keahlian berdasarkan latihan dan jualan: Berdaftar, Terpilih, dan Elit.

Akses kepada pasaran awan
Uruskan pelanggan dari pasaran awan tunggal

Latihan menyeluruh
Sumber program, produk dan latihan jualan

Bahan-bahan jualan dan pemasaran
Kempen dan kolateral untuk mempromosikan Dropbox

Lesen percuma dan berdiskaun untuk kegunaan dalaman
Lesen untuk kegunaan dan demo syarikat anda

Mohon di bawah atau muat turun Panduan Dropbox Reseller Program untuk maklumat lanjut


Mohon untuk menjadi Dropbox Reseller

Dropbox Reseller Program tersedia untuk rakan kongsi yang layak. Jika anda berminat untuk menjadi penjual Dropbox, sila mohon di bawah.