Jangan biarkan waktu tergendala dan kerugian pendapatan berlaku kepada anda
Semakin sistem storan fail berkembang, banyak syarikat telah beralih kepada gabungan pendekatan awan dan legasi yang rumit. Storan di premis dan hibrid amat membebankan untuk diurus dan boleh meletakkan maklumat anda dalam bahaya.
Lindungi data anda daripada bencana dan pasukan anda daripada ancaman beniat jahat. Dropbox Business menawarkan keselamatan dan ketahanan bertaraf perusahaan tanpa kos yang tinggi dan pengurusan pelayan fail, FTP, ataupun storan berjaring yang mencabar.
Dropbox Business memberi pengguna kefleksibelan untuk bekerja di mana sahaja, pada sebarang peranti, menggunakan alat yang sudah dikenali dan disukai. Ini bermakna anda boleh fokus pada kerja yang berharga, dan bukannya cara anda menyiapkan kerja.
Maksimumkan prestasi dan ketangkasan perniagaan anda sambil meminimumkan kos pelaksanaan dan sokongan. Dropbox mudah untuk digunakan untuk kakitangan dalam sebarang jabatan tanpa memerlukan kepakaran IT atau latihan.
“Kami dapat melakukan perkara yang hanya boleh dilakukan sebelum ini dengan jabatan IT yang profesional. Jadi ini memastikan kami bersaiz kecil dan tangkas. Kami tidak perlu fikirkan sangat tentang mekanisme perkongsian.”