Dapatkan ruang yang berkembang bersama pasukan anda
Fail di dalam folder Dropbox anda akan terus dikemas kini pada setiap peranti yang dipautkan dengan akaun anda. Simpan sesuatu pada komputer riba anda, dan ia akan diselaraskan ke komputer desktop anda secara automatik, dan juga peranti mudah alih iOS, Android, Windows atau Blackberry anda.
Kurangkan kebimbangan tentang kekangan pemacu keras setempat dengan Penyelarasan Pintar. Lihat semua fail dan folder pasukan anda terus daripada desktop anda, dan ia tidak menggunakan apa-apa ruang pada pemacu keras anda sehingga anda memerlukannya. Kosongkan ruang dengan mudah dengan menghantar fail ke awan dan anda masih boleh melihatnya pada desktop anda.
Simpan fail kerja dan peribadi anda di dalam ruangnya sendiri. Hanya sambungkan akaun Dropbox peribadi dan kerja anda, dan maklumat syarikat sensitif akan disimpan berasingan daripada fail peribadi anda. Akses segala-galanya dalam satu tempat, tanpa perlu menukar log masuk.
Kami backup semua fail anda dan melindunginya menggunakan sejarah versi dan pemulihan penghapusan 180 hari. Mendapatkan kembali versi lama atau fail yang dihapuskan adalah mudah, malah anda tidak memerlukan bantuan daripada pasukan IT.
Kekal produktif dengan cara baru untuk berkongsi kerja dan mengumpul maklum balas dengan mudah.
Pengurusan pasukan kekal mudah dari lokasi pusat, konsol pentadbir.
Melindungi fail syarikat sensitif dengan ciri-ciri keselamatan bertaraf perusahaan.