Dropbox memudahkan penggunaan alatan digital dan teknikal yang membantu membolehkan perniagaan anda agar mematuhi HIPAA dan HITECH.
Akta Kemudahalihan dan Kebertanggungjawapan Insurans Kesihatan (HIPAA) dan Akta Teknologi Maklumat Kesihatan untuk Kesihatan Ekonomi dan Klinikal (HITECH) bergantung pada teknologi untuk keselamatan dan privasi dalam penjagaan kesihatan.
Hospital, pejabat doktor dan doktor gigi, klinik kiropraktik dan orang yang berinteraksi dengan maklumat kesihatan dilindungi (PHI) boleh tertakluk kepada HIPAA/HITECH.
Dropbox menjadikannya semudah mungkin untuk anda menjaga keselamatan akaun dan memenuhi syarat undang-undang.
Walaupun terpulang kepada anda untuk mematuhi kewajipan kawal selia anda, Dropbox mempunyai rangka kerja cadangan untuk membantu menjaga keselamatan data dan akaun anda dengan:
Mengkonfigurasi kebenaran perkongsian
Verifikasi dua langkah
SSO
Melumpuhkan penghapusan kekal
Menandatangani Perjanjian Sekutu Perniagaan (BAA) dengan Dropbox
Memahami peranan apl pihak ke-3
Terdapat ekosistem apl pihak ketiga yang kukuh yang boleh anda pautkan dengan akaun Dropbox Business anda untuk mendapatkan fungsian tambahan. Integrasi yang menyediakan perkhidmatan seperti SIEM, DLP dan pengurusan identiti boleh menjadi alat berkuasa dalam mengukuhkan amalan keselamatan anda yang sedia ada.