Ubah telefon anda menjadi pengimbas dokumen

Dropbox Scan ialah apl pengimbas yang membolehkan anda mengubah dokumen fizikal menjadi PDF berkualiti tinggi, terus daripada telefon anda dan menyimpannya dengan selamat dalam Dropbox.

Pengimbas dokumen Dropbox

Simpan dan susun semua dokumen penting anda

Dengan Dropbox Scan, anda tidak perlu bimbang tentang kehilangan jejak kontrak utama, resit, invois, maklumat cukai atau sebarang dokumen penting lagi. Gunakan sahaja apl pengimbas dokumen ini untuk mengubah dokumen kertas kepada PDF berkualiti tinggi dengan segera, yang boleh anda susun dan kongsi dengan serta-merta—terus daripada telefon anda.

Telefon mudah alih mengimbas dokumen dicetak menggunakan pengimbas dokumen Dropbox

Semua yang anda perlukan dalam pengimbas dokumen—yang mudah alih

Gunakan apl untuk mengimbas terus daripada telefon anda untuk apa-apa jua yang ingin ditukarkan menjadi fail digital. Kemudian, simpan, susun dan kongsi fail anda dengan selamat di satu tempat yang selamat.

Imbas resit, borang, kontrak, bil dan invois.

Ketepikan kabinet fail, dan simpan salinan digital bagi fail-fail penting. Simpan dengan teratur dalam Dropbox, dan akses dokumen daripada mana-mana peranti anda.

Imbas kad ID dan pasport

Anda tidak perlu lagi mencatat nota daripada papan putih. Gunakan sahaja pengimbas dokumen, dan imej papan putih itu akan dimuat naik sebagai PDF atau PNG ke dalam folder pilihan anda, dan sudah sedia untuk dikongsi.

Imbas foto

Pelihara foto lama anda dalam Dropbox, agar foto selamat dan boleh diakses dengan mudah. Apa yang diperlukan hanyalah telefon anda—tiada peralatan khas diperlukan.

Imbas lukisan dan nota pada papan putih

Anda tidak perlu lagi mencatat nota daripada papan putih. Gunakan sahaja pengimbas dokumen, dan imej papan putih itu akan dimuat naik sebagai PDF atau PNG ke dalam folder Imbasan anda serta sudah sedia untuk dikongsi.

Imbas apa-apa yang ingin disimpan atau diingati

Ilham boleh ditemui di mana-mana sahaja—seperti semasa anda membelek majalah di klinik. Daripada mengoyakkan halaman majalah orang lain, anda cuma perlu imbas halaman atau petikan itu ke dalam Dropbox menggunakan pengimbas.

Imbas lakaran pada tisu

Ada idea bernas yang menerjah masuk ke minda anda? Dengan pengimbas dokumen Dropbox, anda sentiasa dapat menawan idea itu dengan segera.

Gunakan apl Dropbox Scan untuk menyesuaikan imbasan anda

Imbas dokumen, borang, ID, pasport, foto, papan putih, kad perniagaan dan banyak lagi

Pengesanan automatik dan pemangkasan pintar

Pilih daripada 3 penapis—hitam dan putih, papan putih, atau asli

Sesuaikan kontras imbasan anda untuk meningkatkan kualiti imbasan

Pangkas dan pusing imbasan

Sokongan berbilang halaman bermakna anda boleh menambah imbasan baru sebagai halaman tambahan

Atur semula halaman dalam imbasan

Pilih antara menyimpan sebagai PDF atau PNG

Ambil semula imbasan tanpa bermula dari awal (berguna terutamanya untuk imbasan berbilang halaman!)

Soalan lazim

Pengimbas merupakan peranti yang mengimbas dokumen fizikal seperti resit, gambar atau kertas kerja menjadi format digital. Sebaik ditukar kepada format digital, fail boleh disimpan secara elektronik. Pengguna boleh melihat, mengedit, menyimpan dan berkongsi versi digital daripada pengimbas.

Sama seperti mengambil foto, apabila anda menggunakan apl pengimbas mudah alih, anda menggunakan telefon kamera anda untuk menangkap imej. Selepas itu, apl pengimbas dokumen akan membantu anda untuk menyelaraskan imej dengan betul pada tanda pemotongan yang anda lihat pada telefon anda. Ini mungkin memerlukan pencahayaan yang lebih terang. Namun, proses mengimbas imej hanya memakan masa sesaat dua. Sebaik sahaja imej diimbas, ia ditukar menjadi PDF yang boleh anda gunakan secara digital.

Mudah, pantas dan cepat mengimbas dengan Dropbox Scan. Buka apl mudah alih Dropbox Scan dan ketik "+" (tanda tambah) untuk mula mengimbas.

Dropbox Scan ialah apl tunggal untuk pengimbas berkuasa atau orang yang mencari penyelesaian imbasan yang mudah pada mudah alih. Apl mudah alih Dropbox merupakan apl penyimpanan awan yang menyeluruh dan menawarkan pelbagai ciri, termasuk pengimbasan dokumen.

Buat masa ini, apl Dropbox Scan hanya tersedia di iOS. Kami mengesyorkan agar anda menggunakan ciri pengimbas dalam apl Dropbox Android buat sementara waktu sehingga Dropbox Scan tersedia di Android.

Lihat lebih banyak ciri

Penyimpanan awan dalam talian

Penyimpanan awan

Simpan semua fail anda dengan selamat menggunakan penyimpanan awan dalam talian yang berkuasa

Alat produktiviti untuk bekerja

Alat produktiviti

Gunakan alatan Dropbox untuk menjadi lebih produktif di tempat kerja

Simpan dokumen dalam awan

Penyimpanan dokumen dalam talian

Uruskan dokumen dalam talian dengan penyimpanan awan yang mudah dan selamat

Sandarkan fail pada awan

Sandaran fail

Sandaran fail anda dan lindunginya daripada kehilangan data dengan mudah dan selamat