E-mel

Menggunakan e-mel untuk berkongsi fail

Dalam syarikat-syarikat yang tiada penyelesaian perkongsian fail formal, banyak pasukan bekerjasama dengan menghantar e-mel lampiran kepada satu sama lain. Ini cara mudah untuk berkongsi fail, kerana satu-satunya teknologi yang diperlukan besar kemungkinan memang sudah digunakan setiap hari. Walau bagaimanapun, kemudahan ini tiada pelarasan dan keselamatan fail, serta tiada sokongan untuk dokumen besar.

Latar belakang

Simple Mail Transfer Protocol (SMTP), salah satu teknologi yang digunakan ketika menghantar e-mel, hanya direka untuk menghantar mesej teks biasa antara pengguna. Kekangan reka bentuk ini besar kesannya terhadap pembangunan e-mel.

MIME

Untuk mengatasi kekangan format e-mel teks biasa, piawaian Multipurpose Internet Mail Extensions (MIME) telah dicipta. MIME menambah sokongan untuk lampiran fail bukan teks, serta mesej e-mel yang terdiri daripada lebih daripada satu bahagian. Kedua-dua ciri ini penting untuk perkongsian fail.

MIME mengekodkan lampiran fail sebagai beberapa blok teks. Ini hanya menukarkan fail anda ke dalam format yang boleh diproses oleh SMTP — ia tidak menyulitkan data anda. Di samping itu, mesej MIME juga mengandungi maklumat mengenai jenis fail supaya perisian e-mel tahu cara untuk mengendalikannya. Mesej yang lebih daripada satu bahagian membolehkan anda menyertakan mesej teks dan fail di dalam e-mel yang sama.

Ingat, MIME dan SMTP adalah dua piawaian yang saling melengkapi. MIME mentakrifkan kandungan e-mel, manakala SMTP mentakrifkan cara e-mel mencari jalan kepada penerima. Anda boleh bayangkan kandungan MIME sebagai “surat” di dalam “sampul” SMTP.