Transformasi digital ialah revolusi digital

Ubah perniagaan anda dengan teknologi baharu dan alat inovatif daripada Dropbox yang memperkasakan pasukan anda untuk menjadi lebih produktif dan kolaboratif.

Angka dan reka bentuk yang dipaparkan pada pelbagai skrin telefon dan saling berkaitan dengan beberapa baris

Apakah transformasi digital dan bagaimanakah kita mencapainya?

Telefon pintar mengubah segala-galanya

Tiada siapa dapat menjangkakan pada tahun 2007 bahawa telefon pintar akan mengubah dunia. Namun, ia berjaya melakukannya. Penjana mudah alih ini telah mengubah interaksi manusia dengan mendalam, sama seperti yang pernah dilakukan oleh mentol.

Anda boleh bekerja dari mana-mana jua

Dalam zaman digital ini, hampir segala-galanya boleh kita lakukan menggunakan peranti mudah alih—daripada menghantar invois kepada vendor, menggunakan Slack dengan rakan sekerja atau menguruskan projek di Trello. Teknologi digital telah mengubah cara kita bekerja dalam hampir setiap cara.

Anda boleh melakukan lebih banyak lagi—jika anda cukup pintar untuk berbuat demikian

Transformasi digital menyepadukan teknologi digital dalam semua bidang perniagaan, yang boleh mengubah cara kerja dilakukan, untuk proses yang lebih baik. CIO dan peneraju perniagaan memulakan perubahan ini untuk memberikan nilai lebih besar dan pengalaman pengguna yang lebih baik.

Anda lebih selesa dan bekerja lebih baik apabila anda tidak terganggu

Organisasi anda boleh memperoleh semua manfaat transformasi digital apabila anda memperkemaskan alat kerja anda dengan Dropbox. Pasukan anda akan cenderung untuk bekerjasama dan hasilnya, perniagaan anda akan berkembang maju.

Dropbox merevolusikan cara anda bekerja

Teknologi pintar tidaklah sentiasa pintar. Sebab itulah Dropbox mereka cara bekerja yang lebih baik agar anda boleh fokus dan menyiapkan kerja.

Satukan organisasi melalui teknologi

Lihat bagaimana 5,000 orang pelajar dan pekerja University of Florida mendayakan pendigitan dengan Dropbox untuk bekerjasama dengan lebih mudah di dalam dan luar sekolah.

Cipta ruang kerja lebih pintar dengan Dropbox

“Memiliki alat kerjasama seperti Dropbox Business membolehkan kami fokus dalam menganjurkan persembahan padat yang menakjubkan.”

Inovasi pada skala tidak kira di mana jua anda berada

Apabila Moleskine menggunakan Dropbox dalam urusan dalaman, mereka mempercepatkan inovasi digital dan seterusnya, mereka dapat menawarkan produk baharu kepada pelanggan mereka dengan lebih pantas.

Strategi transformasi digital anda yang berjaya bermula di sini

Transformasi bisnes digital yang berjaya bermula dengan memperkemaskan proses perniagaan anda dengan alat digital yang lebih pintar.

Bayangkan semua orang dalam syarikat anda memberi tumpuan dengan lebih baik, selaras dengan aliran kerja dan berasa lebih berjaya, semuanya dalam masa nyata. Penggunaan Dropbox Business sebagai ekosistem apl boleh suai—semua diakses di satu tempat—boleh membantu menjadikan ini jadi kenyataan.

Usul pelanggan dengan pilihan untuk berkongsi kontrak jualan melalui integrasi slack

Memudahkan cara anda menguruskan pasukan

Menggabungkan Dropbox dalam strategi digital anda boleh membantu anda menukar tabiat kerja sedia ada untuk menjadikan kerjasama pasukan lebih lancar dan selamat. Dengan kawalan intuitif kami, mudah untuk anda menguruskan pasukan anda dan meluangkan masa melakukan perkara paling penting, walaupun pengguna dan penggunaan data bertambah.

Gambaran keseluruhan kawalan yang ditawarkan dengan pentadbir multipasukan

Dropbox ada di sini untuk membantu anda dalam setiap langkah

Dengan Dropbox Business, anda boleh mereka solusi yang dinyatakan untuk perniagaan anda, serta melancarkan transformasi digital yang berjaya dengan lancar. Dengan Dropbox Enterprise pula, anda akan memiliki pasukan yang kuat untuk dimanfaatkan, yang terdiri daripada pengurus kejayaan, perkhidmatan tersuai dan sokongan pengalaman pelanggan yang berterusan.

Pengurusan akses folder melalui konsol pentadbir