Mencari kandungan sosial yang berkualiti memerlukan usaha yang berterusan. Apabila anda bertanggungjawab terhadap media sosial dan kalendar pemasaran di syarikat anda, maka penting untuk anda terus peka.
Anda dan pasukan anda akan sentiasa tahu siapa sebenarnya yang buat tugasan tertentu apabila anda mencipta templat kalendar media sosial di Dropbox Paper. Gunakan alatan pengurusan tugasan untuk memberikan tugasan, menambah tarikh akhir dan memetik orang terus dari dalam dokumen. Anda akan lihat betapa mudahnya untuk memantau status semua jenis kandungan, daripada kiriman sosial dan blog sehinggalah kempen e-mel dan banyak lagi.
Libatkan pasukan anda dalam setiap langkah proses dengan merancang dan menguruskan kiriman harian, setiap jam dan juga setiap minit anda. Tetapkan dan jejak kebenaran sebelum anda berkongsi kandungan. Libatkan pasukan anda dengan anotasi. Apabila anda dapat tag ahli pasukan, tambah komen pada imej atau guna emoji, maka berkongsi buah fikiran dan idea menjadi lebih seronok.
Sesuaikan matlamat pasukan anda tatkala ia berkembang dengan mencipta pelbagai kalendar media sosial untuk mencapai kejayaan yang lebih besar. Jalankan penyelidikan yang lebih mendalam agar anda boleh memahami pelanggan ideal anda. Kumpulkan maklumat tentang pesaing anda dan jejaki maklumat tersebut. Audit kehadiran media sosial anda secara keseluruhan dan buat perubahan apabila perlu. Nilai perkara yang berfungsi dan tidak, kemudian selaraskan matlamat anda dan tentukan semula strategi akan datang sebagai satu pasukan.
Gunakan alat Dropbox untuk menjadi lebih produktif di tempat kerja
Cipta templat pelan projek anda sendiri dengan Dropbox Paper
Cipta templat sumbang saran untuk membantu mencipta dan berkongsi idea
Urus dokumen dalam talian dengan cloud storage yang mudah dan selamat