Cipta contoh timeline project dengan berkesan menggunakan Dropbox Paper

Jadualkan garis masa projek anda dengan Dropbox untuk menjadi lebih produktif dan siapkan lebih banyak kerja.

Cuba Paper percuma

Sudah mendaftar masuk? Dapatkan templat

Mudahkan pengurusan projek dengan pasukan anda

Dropbox Paper mempunyai cara yang lebih baik untuk anda bekerjasama pada dokumen dengan pasukan anda. Cipta sahaja contoh timeline project untuk apa-apa dokumen yang memerlukan garis masa projek, seperti taklimat kreatif, pelan pelancaran dan kalendar media sosial.

Kongsi templat dengan pasukan anda, tambah masuk teks ruang letak untuk membantu mereka memahami perkara yang perlu diisi dan berikan mereka akses edit. Sebarang penyelarasan yang anda buat akan disimpan secara automatik dalam masa nyata.

Contoh timeline project

Pastikan semua orang terlibat dan sedia maklum dengan contoh timeline project

Templat pelan projek Dropbox membantu anda menyusun dan menjejak projek dari mula sehingga selesai. Buat senarai tugasan dan tugaskan tugasan kepada ahli pasukan tertentu agar semua orang tahu tugas masing-masing. Jejak perubahan dan buat perubahan dengan mudah apabila perlu—kemas kini status projek, peranan pasukan, garis masa projek dan maklumat penting yang lain. 

Contoh templat timeline project

Kongsi idea, patuhi timeline project dan buat perubahan dalam proses.

Hantar projek pasukan yang hebat

Bekerjasama pada projek kumpulan dalam satu dokumen. Sunting bersama dalam masa nyata, berikan maklum balas dengan komen dan sentiasa peka akan tarikh akhir dengan timeline dan tugasan.

Lancarkan produk baharu

Cipta sumber kebenaran utama untuk pasukan anda Kumpulkan keperluan, tambah coretan dan reka bentuk serta dapatkan input daripada pihak berkepentingan.

Buat video atau filem

Kekal teratur dan simpan segala-gala yang diperlukan oleh pasukan anda di satu tempat—skrip, papan mood, bod cerita, muzik, video, suntingan kasar, timeline dan belanjawan.

Contoh garis masa projek yang baik ialah garis masa yang jelas untuk semua orang yang terlibat. Garis masa projek bukan sahaja untuk pihak pengurusan atau pihak berkepentingan. Apabila semua ahli pasukan memiliki akses ke dokumen, mereka akan dapat melihat bila segala-galanya perlu disiapkan dan juga ia mencipta ruang kerja kerjasama yang membantu semua orang berkongsi idea dan apabila perlu, menangani keperluan segera untuk projek tertentu disiapkan. Garis masa projek yang baik adalah ia jelas dan fleksibel.

Tujuan utama garis masa adalah untuk menggariskan dengan jelas dan menepati matlamat dan rangka masa projek yang ditentukan, termasuk semua tarikh penghantaran dan sumber yang diperlukan sewaktu projek tertentu. Garis masa projek membantu anda atau pasukan anda untuk kekal maklum bagi membantu memastikan semua orang teratur dan bekerja untuk mencapai matlamat garis masa yang sama dalam skop projek.

Contoh timeline project Dropbox Paper membantu menjadikan pengurusan projek lebih berkesan kerana Paper direka untuk membenarkan ahli pasukan mencipta gambaran visual sesebuah projek dan juga untuk menugaskan orang yang bertanggungjawab bagi tugas yang diberi. Dengan memetakan semua langkah projek dalam satu dokumen, semua orang akan kekal pada perkembangan yang sama. Contoh timeline project Dropbox Paper lebih berkesan untuk pasukan yang berada di pelbagai lokasi kerana ia membantu mereka untuk terus menghubungi ahli pasukan yang lain, tidak kira di mana-mana jua mereka berada.

Lihat lebih banyak ciri

Usahasama dokumen online

Kandungan kerjasama

Bekerjasama, sunting, dan kongsi kandungan dengan ahli pasukan dengan mudah            

Alat produktiviti untuk bekerja

Alat produktiviti

Gunakan alat Dropbox untuk menjadi lebih produktif di tempat kerja

Templat minit mesyuarat

Templat minit mesyuarat

Cipta template nota mesyuarat anda sendiri dengan Dropbox Paper

Templat pelan projek

Templat pelan projek

Cipta templat pelan projek anda sendiri dengan Dropbox Paper