Pengurusan Teknologi Maklumat fleksibel

Konsol perusahaan Dropbox memberikan anda pengurusan berpusat dan kawalan keselamatan untuk seluruh organisasi anda bersama-sama alat admin yang pelbagai untuk pasukan individu.

Kebolehlihatan, kawalan dan fleksibiliti

Apabila anda mempunyai struktur organisasi yang kompleks, pasukan Teknologi Maklumat anda perlu memberikan autonomi kepada pasukan individu sambil mengekalkan pengurusan berpusat pengauditan, dasar keselamatan dan pelaksanaan. Dropbox membantu perniagaan anda menyeimbangkan kebolehlihatan dan kawalan dengan fleksibiliti agar semua orang boleh memberikan yang terbaik.

Urus pelaksanaan secara berpusat

Dropbox menyediakan konsol perusahaan berpusat yang membenarkan pasukan Teknologi Maklumat untuk menguruskan berbilang entiti di seluruh organisasi. Melalui konsol ini, admin boleh mengakses paparan aktiviti Dropbox yang disatukan dalam organisasi mereka. Tindakan ini memudahkan pengurusan Teknologi Maklumat pada skala dan membenarkan perniagaan untuk menyuaikan pelaksanaan Dropbox untuk mencerminkan hierarki organisasi yang kompleks. 

Urus tadbir tetapan dan kawalan keselamatan

Mengekalkan dasar keselamatan adalah salah satu daripada cabaran utama menguruskan struktur organisasi yang kompleks. Oleh itu, tetapan dan kawalan keselamatan Dropbox direka untuk mengembangkan kebolehlihatan di seluruh entiti yang pelbagai, lantas memberikan admin kesedaran yang meluas tentang perkara yang berlaku di seluruh organisasi mereka.

Bolehkan perwakilan dan fleksibiliti

Apabila organisasi anda berubah, dasar pengurusan Teknologi Maklumat yang tangkap muat menjadi semakin kurang praktikal. Dropbox menangani hal ini dengan membenarkan tetapan diuruskan pada tahap perusahaan dan entiti. Admin untuk entiti boleh menyuaikan tetapan pasukan untuk memenuhi keperluan khusus mereka tanpa mengkompromikan kawalan dan kebolehlihatan yang diperlukan pada tahap perusahaan.