Guna Dropbox sebagai alat melihat file online

Dropbox memudahkan pratonton, tambah komen dan berkongsi 175+ jenis file

Buka dan lihat fail, tiada perisian tambahan diperlukan

Jangan berasa kecewa lagi apabila anda tidak boleh membuka lanjutan fail yang tidak diketahui. Apabila anda menggunakan Dropbox sebagai pemapar fail, anda boleh melihat PDF, memberi komen pada fail dan melihat, memberi komen dan berkongsi pelbagai jenis fail yang lain juga, termasuklah fail .csv dan .xslx, spreadsheet Excel, PowerPoint, Photoshop dan Sketch. 

Anda tidak perlu membeli perisian atau memuat turun apa-apa pun. Lebih baik lagi: dengan menggunakan Dropbox sebagai pemapar fail anda, anda boleh pratonton pelbagai jenis fail video, fail audio dan fail teks daripada mana-mana peranti.

Pratonton fail besar menggunakan pemapar fail

Berikan komen pada mana-mana fail, daripada mana-mana peranti

Apabila anda tahu anda boleh bekerja dengan begitu banyak jenis format fail, maka anda dapat menikmati kebebasan untuk menjadi lebih produktif dan berkolaborasi dengan pasukan anda. Lihat, buka dan anotasi fail PDF, fail PSD, .doc dan .docx Microsoft Word, fail multimedia dan banyak lagi. Beri komen secara terus pada pelbagai jenis fail dengan menggunakan aplikasi desktop dan apl mudah alih Dropbox.

Anotasi mana-mana fail daripada sebarang peranti

Jadi lebih kolaboratif di mana-mana jua anda berada

Sentiasa lihat pandangan yang meluas, sama ada anda di pejabat atau di luar. Dengan aktiviti melihat fail Dropbox, anda akan dimaklumkan secara automatik apabila seseorang memberi komen pada salah satu fail anda, walaupun anda tidak ditag secara khusus. Apabila anda dikemas kini pada masa nyata, maka lebih mudah untuk anda ambil tahu tentang perkembangan pasukan anda. 

Lihat dan tanda PDF di mana-mana sahaja

Pemilihan audio berbilang runut dalam pratonton

Apabila video memerlukan beberapa bahasa atau runut audio yang berbeza, anda boleh memilih antara berbilang runut dalam satu video dan pratonton seperti yang diperlukan tanpa memuat turun. Anda juga boleh melihat dan mengkonfigurasi runut dalam stereo dan membolehkan serta melumpuhkan komponen audio tanpa meninggalkan Dropbox. Untuk menggunakan ciri ini, semak Penambahan Alat Kreatif kami yang tersedia untuk akaun Dropbox Business Standard, Advanced, Enterprise dan Education.

Soalan lazim

Anda boleh melihat beratus-ratus jenis fail dengan Dropbox. Ia bergantung sama ada anda pratonton fail di laman web, desktop, iPhone atau Android anda. Anda boleh melihat .png, .gif, .tiff, .bmp., .jpg, .jpeg, .wav, dan fail audio .ogg .mov dan fail video .mpg dan lanjutan .txt sebagai fail teks. Bagi senarai menyeluruh, lihat semua fail yang kami sokong di sini.

Anda boleh menggunakan Dropbox sebagai pemapar fail di seluruh pelan Dropbox. Walau bagaimanapun, buat masa ini hanya pelan Professional yang menyokong pratonton .mxf dan .dwg.

Sama ada menggunakan akaun Standard, Advanced, Enterprise atau Education dan Penambahan Alat Kreatif, penerima anda boleh menukar fail besar kepada saiz lebih kecil (bayangkan: fail video .MXF yang besar menjadi versi H.264 yang lebih kecil). Kini, mereka boleh memuat turun walaupun semasa mereka mengalami sambungan yang perlahan, atau jika mereka berada dalam situasi apabila mereka mempunyai masa atau data terhad.

Sekiranya anda tidak mahu penerima untuk memuat turun fail yang dihantar, anda boleh memberikan mereka akses  'lihat-sahaja' untuk pratonton dan mereka tidak boleh memuat turun fail tersebut. Jika anda merupakan pelanggan Dropbox Professional atau Business, anda boleh menetapkan kebenaran pada pautan kongsian. Sila ambil maklum bahawa Google Docs, Sheets dan Slides membenarkan akses edit secara lalai, tetapi anda boleh mengubah akses kepada 'lihat-sahaja' apabila anda mencipta pautan.

Lihat lebih banyak ciri

Mudah bekerjasama dengan ahli pasukan

Kandungan kerjasama

Mudah bekerjasama, menyunting, dan kongsi kandungan dengan ahli pasukan

Backup fail selamat

Backup fail

Backup fail anda dan lindungi daripada kehilangan data dengan mudah dan selamat

Sandar foto secara automatik

Sandaran foto

Menyandarkan foto anda secara automatik ke awan dari mana-mana peranti

Apl imbasan untuk dokumen

Apl pengimbas dokumen

Singkirkan kertas dari pekerjaan