{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Dropbox Showcase Libatkan klien anda dengan cara baru yang cantik

Persembahkan kerja anda dalam satu halaman yang dipakej secara profesional dan jejaki apa yang berlaku setelah anda berkongsikannya. Showcase memberikan keringkasan tarik dan lepas untuk membolehkan anda menunjukkan fail anda dengan secantik mungkin.

Adalah mudah untuk bermula

Tambah jenama anda

Masukkan nama, logo dan jenama anda yang lain pada halaman yang sama dengan fail anda. Kerja anda akan menjadi milik anda, tidak kira di mana ia dikongsikan.

Beritahu cerita anda

Pandu khalayak anda melalui kerja anda dengan menyuaikan susun atur dan menambah keterangan kepada fail anda.

Jejaki kemajuan

Lihat dengan mudah siapa yang melihat, memuat turun, dan memberi komen kepada kerja yang anda kongsikan. Anda akan tahu bilakah masanya untuk menyusul dengan tepat.

Ciri Dropbox Showcase

Pengkepala berjenama

Mengandungi logo, imej tersorot, tajuk, dan pengenalan pada halaman anda.

Susun atur bolehsuai

Tarik dan lepas untuk menyusun semula fail anda dan tambah keterangan berinformasi.

Akses mudah di mana saja

Lihat dengan atau tanpa akaun Dropbox pada web atau peranti bimbit.

Segerakkan dengan Dropbox

Fail dikemaskinikan, walaupun setelah mereka dikongsikan.

Penjejakan pelihat

Ketahui siapa yang melihat, membuka, memuat turun, dan memberi komen kepada fail anda.

Privasi lanjutan

Kawal siapa yang boleh memberi komen, memuat turun, dan berkongsi almari anda.

Soalan Yang Kerap Ditanya

Adakah orang yang saya berkongsi almari dengannya memerlukan akaun Dropbox?

Tidak, sesiapapun yang anda telah kongsikan almari dengannya boleh melihatnya, walaupun mereka tidak mempunyai akaun Dropbox.Namun, untuk memberikan komen pada almari anda orang yang anda telah kongsikannya dengannya akan memerlukan akaun Dropbox—dan perlu berdaftar masuk ke dalam akaun tersebut.

Siapa yang boleh melihat, memuat turun, atau mengedit almari?

Secara lalai, sesiapapun yang mempunyai pautan kepada almari boleh melihatnya. Ini bererti bahawa seseorang yang anda telah kongsikan pautan dengannya boleh memajukannya kepada orang lain. Namun, anda boleh menetapkan supaya hanya orang yang anda telah pelawa kepada almari berkenaan boleh melihatnya. Pilihan ini tersedia dalam tetapan perkongsian.

Secara lalai, orang yang anda kongsikan almari dengannya boleh memuat turun dan memberikan komen pada fail di dalamnya.

Hanya pemilik (atau pencipta) almari boleh mengeditnya. Namun, jika anda mempunyai fail dari folder terkongsi dalam almari anda, sesiapa yang anda telah kongsikan folder berkenaan dengannya boleh mengedit fail di dalamnya. Perubahan ini kemudiannya akan muncul dalam almari.

Apakah perbezaan antara almari dan folder?

Kedua-dua almari dan folder melakukan perkara yang sama, iaitu menjadi cara pempakejan (atau "pemberkasan") fail dalam akaun Dropbox anda. Anda kemudian boleh berkongsi pakej ini dengan orang lain.

Terdapat tiga perbezaan utama antara almari dan folder:
  • Folder hanya adalah satu senarai fail di dalamnya, sementara almari membolehkan anda untuk mengendalikan fail pada halaman berjenama dengan pratonton visual, susun atur tersuai, dan keterangan fail
  • Anda boleh menyurih aktiviti pada almari; ini tidak boleh dilakukan pada folder
  • Sebarang fail tertentu hanya boleh wujud dalam satu folder, sementara fail boleh dirangkumkan dalam beberapa almari

Terdapat juga satu persamaan penting: Jika anda mengedit fail dalam almari atau folder dikongsi, penerima akan sentiasa melihat versi terkini fail tersebut.

Apakah jenis fail yang boleh dipratontonkan dalam almari?

Sebarang jenis fail yang dipratontonkan dalam Dropbox akan juga dipratontonkan dalam almari.

Pratonton video tidak akan dimainkan secara terus pada halaman almari—sebaliknya mereka akan dipaparkan sebagai imej pegun. Namun, jika anda mengklik imej ini peti cahaya akan terbuka di mana pratonton video boleh dimainkan.

Lihat senarai jenis fail yang akan dipratontonkan dalam Dropbox.

Adakah almari menggunakan ruang penyimpanan Dropbox?

Tidak, almari tidak menggunakan ruang penyimpanan Dropbox tambahan. Hanya fail di dalam almari menggunakan ruang penyimpanan anda.