Sync lebih pantas dengan backup tambahan

Penyelarasan fail lebih pantas dan mudah dengan Dropbox

Backup tambahan dimudahkan.
Backup tambahan dimudahkan.

Apakah backup tambahan?

Backup tambahan merupakan kaedah pemeliharaan yang merekod perubahan tahap fail, atau hanya kepingan data atau bahagian fail yang berbeza daripada backup penuh sebelum ini. Misalnya, jika anda sudah menyunting satu ayat dalam dokumen dengan 10 halaman, hanya bahagian fail tersebut disimpan kepada backup penuh (dan bukan salinan baharu seluruh fail).

Disebabkan anda hanya menyandarkan bahagian yang telah diubah sejak backup terakhir, backup tambahan tidak mengambil ruang storan yang banyak dan cepat untuk melaksanakan tugas dengan kerap atau bahkan setiap hari. Walau bagaimanapun, agak menyulitkan anda jika anda memulihkan salinan backup fail dengan jumlah data yang besar atau seluruh pemacu pada waktu pemulihan bencana kerana seluruh fail dicipta semula daripada bahagian yang disimpan secara tambahan kepada backup penuh. 

Apakah backup tambahan?

Backup tambahan lawan backup kebezaan

Kaedah backup kebezaan memelihara data dengan menyandarkan seluruh fail yang diubah sejak backup penuh sebelum ini. Jadi, walaupun anda hanya menyunting satu ayat daripada dokumen dengan 10 halaman, satu salinan baharu seluruh fail akan disimpan kepada backup.

Bergantung dengan cara ia dilaksanakan, backup tambahan dan kebezaan boleh dilihat sebagai kaedah backup yang setara. Namun, satu perbezaan tampak ketara, dengan backup kebezaan, seluruh fail yang diubah suai terpelihara dalam backup penuh, maka pemulihan data fail atau pemacu boleh dilakukan dengan lebih pantas. Walau bagaimanapun, pada tahap fail pula, tempoh backup kebezaan boleh jadi lebih lama kerana ia memuat naik semua perubahan yang terkumpul sejak backup penuh sebelum ini.

Perbezaan antara backup tambahan lawan backup kebezaan

Memperkemas kerja dengan backup tambahan

Walaupun terdapat jenis backup dan bentuk perisian backup yang berbeza, setiap sistem backup data bermula dengan backup penuh—satu rekod bagi semua fail dalam pemacu keras atau akaun Dropbox. Bagi pengguna akhir, ia tentang cara perubahan disimpan terhadap backup penuh yang menghasilkan perbezaan dari segi kelajuan dan ruang storan.

Dropbox mempunyai kaedah backup fail yang tersendiri dipanggil penyelarasan delta, yang sangat serupa dengan kaedah backup tambahan. Penyelarasan delta memberikan sync fail yang pantas dan kurang memakan ruang storan secara keseluruhan, yang diterjemahkan kepada aliran kerja yang lebih lancar dan mudah untuk semua pengguna Dropbox.

Perkemas kerja anda dengan backup lancar

Cara Dropbox sync fail

Penyelarasan delta

Menyelaraskan fail dengan lebih pantas kerana hanya bahagian yang diubah suai sejak backup paling terbaru disimpan. Apabila Penyelarasan delta diguna pakai, ia boleh memberikan anda akses kepada kandungan terkini dalam masa yang kurang, walaupun pada sambungan rangkaian yang tidak stabil.

Sync LAN

Jimat jalur lebar dengan menyelaraskan kandungan daripada Rangkaian Kawasan Tempatan (LAN) anda dan bukannya memuat turun fail daripada pelayan terlebih dahulu. Sync LAN juga memberikan akses pengguna dalam rangkaian kepada kandungan paling terbaru dengan lebih cepat.

Sync sambungan automatik

Unggah dan muat turun fail besar dengan mudah, walaupun semasa sambungan internet anda diganggu. Kami akan menyambung semula sebarang pemindahan yang terganggu secara automatik apabila sambungan anda kembali.