FTP

Bagaimana saya menyediakan FTP?

Menyediakan pelayan FTP dan ahli pasukan untuk menggunakannya boleh menjadi proses yang rumit. Contohnya, anda perlu menentukan jenis akses cangkerang dan keizinan sistem fail apa yang dimiliki setiap akaun FTP. Selain itu, setiap ahli pasukan harus mempelajari cara untuk menggunakan program klien FTP.

FTP

  • Beli pelayan FTP
  • Log masuk ke panel pentadbir pelayan
  • Cipta akaun FTP untuk setiap pengguna
  • Pasang perisian FTP pada setiap komputer pengguna

Dropbox

  • Daftar dengan Dropbox
  • Muat turun aplikasi Dropbox

Bermula dengan Dropbox adalah pantas dan jelas. Fail akan disimpan di awan, jadi anda tidak perlu berinteraksi dengan pelayan. Dan disebabkan penyediaan perisian yang minimal, pasukan anda boleh fokus pada tugasan penting di sebalik berbalah tentang perisian FTP yang rumit.


Bagaimana saya berkongsi fail dengan ahli pasukan?

Sifat manual FTP menghasilkan banyak ulang-alik antara ahli pasukan. Setiap kali seseorang mengubah fail, ia perlu dimuat naik semula ke pelayan FTP untuk berkongsinya. Setiap orang yang mahukan versi fail terkini perlu memuat turun fail sekali lagi. Jika pasukan anda kerap berkongsi suntingan antara satu sama lain, ini boleh melemaskan.

FTP

  • Buka perisian FTP anda
  • Masukkan URL, port pelayan, dan nama pengguna/kata laluan akaun FTP anda
  • Sambung dengan pelayan
  • Gunakan pelayar fail perisian FTP untuk mencari fail pada komputer anda
  • Muat naik fail ke pelayan
  • Beritahu ahli pasukan anda untuk log masuk ke pelayan FTP dan memuat turun fail ke komputer mereka sendiri
  • Ulang proses ini setiap kali fail dikemas kini

Dropbox

  • Cipta folder baru di dalam Dropbox anda untuk berkongsi dokumen dengan pasukan anda
  • Klik kanan pada folder, dan kongsi folder dengan ahli pasukan
  • Letakkan fail di dalam folder kongsian pada komputer anda. Fail akan muncul secara automatik di dalam folder Dropbox ahli pasukan anda
  • Apabila sesiapa menyunting fail, salinan semua orang akan dikemas kini secara automatik

Dengan Dropbox, setelah anda menyediakan folder kongsian, kerjasama adalah automatik sepenuhnya. Setiap orang akan mempunyai salinan fail "langsung" dan boleh disunting, dan kemas kini mereka akan muncul pada komputer semua orang setiap kali mereka membuat perubahan. Bimbang tentang percanggahan?


Bagaimana saya berkongsi fail dengan pelanggan?

Menyediakan fail kepada pelanggan dengan selamat boleh jadi sukar dengan FTP. Anda mungkin tidak mahu membenarkan mereka mengubah dokumen anda, jadi akaun FTP mereka perlu mempunyai akses baca-sahaja. Anda juga mungkin tidak mahu mereka melihat semua fail dalaman anda juga. Ini memerlukan konfigurasi teliti tentang keizinan sistem fail pelayan FTP oleh pentadbir sistem anda.

FTP

  • Pelanggan anda perlu memasang perisian FTP pada komputer mereka
  • Cipta akaun FTP untuk pelanggan anda. Ini boleh jadi rumit:
    • Ia perlu ada keizinan baca-sahaja
    • Ia perlu ada akses hanya ke fail yang diingini
  • Beri pelanggan anda maklumat log masuk FTP dan laluan ke fail pada pelayan
  • Pelanggan anda kemudian boleh memuat turun fail yang diingini, sama seperti ahli pasukan anda

Dropbox

  • Klik kanan sebarang fail di dalam folder Dropbox anda
  • Pilih item menu Kongsi Pautan Dropbox untuk menjana pautan yang boleh dikongsi
  • Hantar pautan kepada pelanggan anda. Ia boleh dilihat atau dimuat turun dengan sebarang pelayar web

Dropbox menjadikan menyimpan fail pasukan anda berasingan daripada fail pelanggan anda jauh lebih mudah. Pautan yang boleh dikongsi sama sekali bebas daripada folder Dropbox kongsian pasukan anda, bermakna pelanggan anda hanya boleh mengakses fail yang anda mahu. Disebabkan tiada perisian tambahan diperlukan, pelanggan boleh mendapatkan fail tanpa mempelajari sistem baru. Anda juga mempunyai pilihan untuk menambah kata laluan dan tarikh luput kepada pautan jika anda menggunakan Dropbox Pro atau Dropbox Business. Dan anda boleh membatalkan akses kepada dokumen pada bila-bila masa hanya dengan melumpuhkan pautan.


Bagaimana saya bekerjasama dengan orang lain dalam fail yang sama?

Apabila beberapa orang bekerja dalam fail yang sama, ini boleh menyebabkan percanggahan: suntingan siapa yang harus diterima? Katakan dua pengguna sedang menyunting dokumen yang sama. Seorang telah selesai mengemas kini, dan memuat naik fail ke pelayan FTP. Tidak berapa lama kemudian, pengguna kedua melakukan perkara yang sama, dan menghapuskan semua kerja keras pengguna pertama.

FTP dan Dropbox mempunyai cara berbeza dalam menangani masalah ini.

FTP

  • FTP tidak menyokong penyelesaian percanggahan
  • Salinan fail paling terkini akan menulis ganti kerja semua orang
  • Penyelesaian berkisar di sekitar “menyemak” fail supaya hanya seorang boleh menyuntingnya pada satu-satu masa

Dropbox

  • Apabila percanggahan berlaku, Dropbox menyimpan kedua-dua salinan fail
  • Ini membolehkan anda melihat suntingan kedua-dua pengguna dan menentukan cara ia patut digabungkan

Dengan FTP, percanggahan adalah ikhtiar yang merbahaya. Satu-satunya cara untuk mengelakkan kesalahan manusia adalah dengan mengguna pakai aliran kerja yang hanya membenarkan satu pengguna menyunting fail pada satu-satu masa.

Sebaliknya, kelakuan salinan bercanggah Dropbox bertindak sebagai jaring keselamatan untuk mengelakkan kehilangan data. Tiada sesiapa perlu bimbang tentang menyemak fail atau menulis ganti data orang lain kerana Dropbox akan memaklumkan anda apabila percanggahan timbul.


Bagaimana saya mengurus versi fail lama?

Pelayan FTP hanya mempunyai satu salinan semasa bagi setiap fail. Ia tiada pengetahuan tentang sejarah fail, yang menimbulkan risiko kehilangan data. Contohnya, jika seorang pengguna menghapuskan beberapa maklumat dan memuat naik semula dokumen ke pelayan, ia akan hilang selama-lamanya.

FTP

  • FTP tidak menyokong versi fail
  • Penyelesaian biasa adalah menyalin fail dan menamakannya semula untuk menyertakan nombor versi

Dropbox

  • Klik kanan pada fail di dalam folder Dropbox anda
  • Pilih item menu Lihat Versi Terdahulu untuk melihat senarai sejarah fail
  • Pilih versi yang diingini dan klik Pulih

Apabila fail anda diletakkan di Dropbox, setiap suntingan yang disimpan akan direkodkan. Jika anda menyedari data penting telah dihapuskan sebentar tadi, anda boleh mendapatkannya semula dengan beberapa klik tetikus. Seperti perkongsian fail, ini dilakukan secara automatik sepenuhnya — anda tidak perlu fikir tentang kawalan versi selagi anda belum mahu mencari salinan fail lama.


Bagaimana saya mengakses fail pada peranti mudah alih saya?

FTP mempunyai rintangan yang sama pada peranti mudah alih seperti pada komputer desktop. Anda masih memerlukan perisian FTP berdedikasi pada peranti mudah alih anda, dan anda perlu melaraskan fail secara manual setiap kali seseorang membuat suntingan.

FTP

  • Pasang perisian FTP pada peranti mudah alih anda
  • Sambung dengan pelayan FTP anda dan muat turun fail
  • Muat turun/muat naik fail secara manual setiap kali anda ingin berkongsi perubahan dengan pasukan anda

Dropbox

  • Muat turun aplikasi mudah alih Dropbox
  • Daftar masuk ke akaun anda. Anda boleh melihat pratonton dokumen terus di dalam apl mudah alih Dropbox
  • Menggunakan apl mudah alih yang bersambung dengan Dropbox seperti Microsoft Office, sebarang perubahan yang anda buat akan diselaraskan ke semua peranti

Dropbox boleh didapati untuk kebanyakan peranti mudah alih, termasuk iOS, Android dan Windows phone dan tablet Windows. Anda juga boleh mengakses fail anda melalui laman web Dropbox. Dengan apl mudah alih Dropbox, anda boleh melayari fail, menyuntingnya dengan apl pihak ketiga, dan mencipta pautan yang boleh dikongsi untuk pelanggan anda.