Apakah alamat e-mel pada akaun Dropbox saya?

Dikemas kini Jan 31, 2024

Untuk log masuk ke Dropbox, anda gunakan dengan alamat e-mel yang anda gunakan untuk mendaftar diri ke Dropbox

Jika anda tidak pasti alamat e-mel pada akaun Dropbox anda, anda boleh cari daripada peranti yang anda pautkan ke akaun anda atau melalui folder yang anda kongsi, atau melalui maklumat pembayaran anda jika anda membeli langganan.

Cara mencari alamat e-mel pada akaun Dropbox anda

Anda boleh mencari akaun e-mel yang dikaitkan dengan akaun Dropbox anda di dropbox.com, apl desktop Dropbox dan apl mudah alih Dropbox.

  1. Klik ikon Dropbox dalam bar tugas (Windows) atau bar menu (Mac) anda.
  2. Klik avatar anda (gambar profil anda atau huruf nama) di penjuru atas kanan.
  3. Klik Keutamaan.
  4. Klik tab Akaun

 

Anda akan melihat alamat e-mel andad untuk akaun Dropbox yang dipautkan di sana.

  1. Buka apl mudah alih Dropbox.
  2.  Tekan ikon orang di sudut kanan bahagian bawah.

 

Nama akaun dan e-mel anda ditunjukkan di bahagian atas skrin. 

Anda boleh tekan anak panah ke atas dan ke bawah di sebelah nama dan e-mel anda untuk melihat alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun yang dipautkan, jika ada. Tanda rait biru ditunjukkan di sebelah akaun yang anda gunakan untuk log masuk.

Bagaimanakah saya boleh mencari alamat e-mel saya jika saya tidak boleh log masuk ke Dropbox?

 

Jika anda tidak boleh log masuk ke Dropbox, anda boleh gunakan alat carian caj kad kredit dan debit kami untuk mencari alamat e-mel yang dikaitkan dengan caj.

 

Jika anda ahli folder kongsian, anda juga boleh meminta ahli folder yang lain untuk mencari alamat akaun anda dengan melakukan perkara yang berikut:

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Dikongsi dalam bar sisi sebelah kiri.
  3. Klik tab Folder.
  4. Cari folder kongsian dan klik “...” (elipsis) di sebelah nama folder kongsian.
  5. Pilih Kongsi.
  6. Klik Orang yang boleh mengakses.

Dalam senarai ahli folder kongsian, orang itu akan dapat melihat alamat e-mel di bawah nama anda.

Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan