{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Bolehkah saya mempunyai beberapa akaun Dropbox?

Jika anda pengguna Dropbox Business, ya! Anda boleh mempunyai akaun Dropbox peribadi dan akaun Dropbox kerja pada komputer, peranti anda, dan di dropbox.com. Kami menyokong memiliki folder Dropbox peribadi dan kerja pada Mac, Windows, iOS, dan Android. Ketahui bagaimana untuk menyambungkan kedua-dua akaun Dropbox anda.

Hanya pelanggan Dropbox Business boleh menyelaraskan beberapa akaun Dropbox dengan satu peranti. Jika anda tidak mempunyai akaun Dropbox Business, anda boleh mengakses akaun Dropbox yang kedua dengan mendaftar masuk sebagai pengguna yang lain di dropbox.com. Atau anda boleh berkongsi fail antara beberapa akaun dengan mencipta folder kongsian.

Jika anda telah mencipta beberapa akaun Dropbox secara tidak sengaja, anda boleh menggabungkannya bersama-sama.

Semak untuk melihat jika anda mempunyai akaun Dropbox Business

Untuk menyemak sama ada anda mempunyai akaun Dropbox Business:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Lihat di bahagian bawah kiri halaman. Jika anda melihat nama syarikat anda, anda mempunyai akaun pasukan. Jika anda melihat Peribadi, anda mempunyai akaun peribadi.

Jika anda mempunyai beberapa akaun Dropbox, semak setiap akaun. Apabila anda menjumpai akaun Dropbox Business anda, sambungkannya dengan akaun peribadi anda.

Bagaimana saya menaik taraf kepada Dropbox Business?

Jika anda ingin dapat menyambungkan akaun peribadi dan kerja anda, anda boleh menaik taraf kepada Dropbox Business. Dengan Dropbox Business, anda akan mendapat kawalan pentadbiran yang dipertingkat, ciri-ciri seperti folder pasukan, dan lebih banyak ruang. Dropbox Business adalah pelan pasukan dengan sekurang-kurangnya tiga orang pengguna.

Kongsi fail antara beberapa akaun Dropbox

Jika anda perlu mengalihkan fail antara akaun, anda boleh berkongsi fail anda menggunakan  folder kongsianKetahui bagaimana untuk mengalihkan fail antara akaun Dropbox anda.

Bagaimana untuk mempunyai beberapa akaun pada satu komputer

Jika anda pelanggan Dropbox Basic, Dropbox Plus, atau Dropbox Professional, anda juga boleh menggunakan akaun Dropbox yang berlainan bagi setiap log masuk pengguna pada komputer anda. Walaupun dari segi teknikal ini bermakna anda boleh memiliki beberapa folder Dropbox pada komputer yang sama, anda perlu menukar antara setiap akaun pengguna untuk memanfaatkan ciri-ciri penyelarasan Dropbox. Kaedah ini paling berkesan untuk kumpulan atau keluarga yang mempunyai akaun Dropbox individu dan menggunakan beberapa log masuk unik pada komputer yang sama.

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan