Langganan Dropbox Plus atau Professional yang dibeli di Apple App Store

Bahagian-bahagian dalam artikel ini:

Anda boleh membeli sambungan langganan Dropbox Plus atau Professional di Apple App Store.

Apakah pelan yang ditawarkan oleh Dropbox melalui App Store?

Dropbox menawarkan Dropbox Plus dan Professional melalui pembelian dalam aplikasi. Anda boleh beli sama ada langganan bulanan atau tahunan.

Tukar daripada langganan Plus kepada Professional—atau sebaliknya—di Apple App Store

Untuk menaik taraf atau menurun taraf, ikut arahan di bawah. Sila ambil perhatian bahawa arahan ini hanya sah jika anda membuat pembelian asal anda di App Store juga. Contohnya, jika anda ingin menaik taraf daripada Plus kepada Professional di App Store, anda mestilah membeli langganan Plus itu di App Store.

  1. Buka aplikasi Tetapan pada skrin utama peranti iOS anda.
  2. Tekan nama anda.
  3. Tekan iTunes Store dan App Store.
  4. Tekan ID Apple anda.
  5. Tekan Lihat ID Apple. Jika diminta, masukkan kata laluan anda.
  6. Tekan Langganan.
  7. Tekan Dropbox.
  8. Tekan langganan aktif semasa. 
  9. Pilih pelan langganan baru pilihan anda.
  10. Buka aplikasi Dropbox pada peranti iOS anda.
  11. Klik ikon Akaun, dan kemudian tekan Pulih Pembelian.

Perhatian: Anda mungkin perlu mulakan semula aplikasi Dropbox untuk melihat perubahan ini berkuat kuasa.  

Bilakah perubahan pelan akan berkuat kuasa?

Kenaikan taraf daripada Plus kepada Professional akan berkuat kuasa dengan serta-merta.

Perubahan yang berikut akan berkuat kuasa pada penghujung kitran bil semasa:

  • Perubahan daripada pengebilan bulanan kepada tahunan
  • Perubahan daripada pengebilan tahunan kepada bulanan
  • Penurunan taraf daripada Professional kepada Plus

Ketahui bagaimana untuk mencari tarikh langganan App Store anda.

Apakah perbezaan percubaan Plus atau Professional daripada langganan berbayar?

Percubaan akan membolehkan anda merasai semua ciri dan kefungsian yang sama seperti langganan berbayar. Ia percuma selama 30 hari yang pertama, dan anda hanya akan dicaj jika anda tidak membatalkan percubaan itu dalam tempoh 30 hari percubaan itu.

Batalkan langganan yang dibeli di App Store, dan mohon bayaran balik

Untuk langganan Dropbox yang telah dibeli di dalam apl, anda perlu minta pulangan terus daripada Apple. Berunding dengan Sokongan Apple untuk maklumat lanjut.

Tukar daripada langganan tahunan kepada bulanan di App Store

Untuk menukar kepada langganan bulanan, ikut langkah-langkah ini pada peranti iOS anda:

  1. Buka aplikasi Seting daripada skrin utama peranti anda.
  2. Tekan iTunes Store dan App Store.
  3. Tekan ID Apple anda.
  4. Tekan Lihat ID Apple. Jika diminta, masukkan kata laluan anda.
  5. Tekan Urus.
  6. Tekan Dropbox.
  7. Tekan langganan aktif semasa. 
  8. Pilih tempoh langganan baru pilihan anda.

Langganan bulanan anda akan bermula pada penghujung kitaran bil semasa. Cari tarikh langganan App Store anda.

Saya ada langganan Plus atau Professional yang dibeli di App Store, dan saya ingin memulakan percubaan Dropbox Business atau menyertai pasukan Dropbox Business

Jika anda memulakan percubaan atau menyertai pasukan Business, sila pertimbangkan bahawa mana-mana langganan sedia ada Plus atau Professional yang dibeli melalui App Store akan terus dicaj kepada akaun App Store anda sehingga anda membatalkan langganan. Jika anda tidak membatalkan langganan App Store, anda akan terus dicaj setiap bulan atau tahun secara automatik.

Saya ada langganan Plus atau Professional yang dibeli di dropbox.com atau menggunakan kunci lesen, dan saya mengalami masalah untuk membeli Dropbox dari App Store

Jika anda sedang dalam langganan yang dibeli di dropbox.com, atau daripada promosi atau kunci lesen, anda tidak boleh membeli langganan Plus atau Professional dari App Store kemudian.

Menambah sejarah versi lanjutan kepada langganan Plus atau Professional yang dibeli dalam aplikasi

Sejarah versi lanjutan tidak lagi tersedia untuk pembelian dalam mana-mana pelan.

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Bantuan berpandu

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Bantuan berpandu

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan