Cara membatalkan percubaan percuma akaun individu Dropbox

Dikemas kini Oct 10, 2023

Jika anda mendaftar untuk percubaan percuma bagi pelan Dropbox individu seperti Dropbox Plus, Professional atau Essentials, anda boleh membuat pembatalan sebelum percubaan tamat supaya anda tidak dikenakan caj.

Jika anda tidak membatalkan percubaan percuma anda sebelum ia tamat, anda akan dikenakan caj langganan dengan maklumat bil yang anda berikan semasa mendaftar, jika ada.

highlight icon

Perhatian: Percubaan percuma tidak sama seperti akaun Dropbox Basic yang juga percuma.

Cara membatalkan percubaan Dropbox

highlight icon

Perhatian: Jika anda mendaftar untuk percubaan percuma pada peranti mudah alih, anda perlu batalkan percubaan dari gedung apl mudah alih atau tetapan peranti anda.

Jika anda mendaftar untuk percubaan percuma pada komputer, anda boleh batalkan percubaan tersebut pada dropbox.com. Untuk berbuat demikian:

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Klik avatar anda (gambar profil atau huruf awal nama) pada penjuru kanan atas. 
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik tab Pelan
  5. Klik Urus pelan.
  6. Klik Batalkan percubaan.
  7. Klik Saya tetap ingin menurun taraf.
  8. Pilih sebab pembatalan. 
  9. Klik Saya tetap ingin menurun taraf

Anda akan menerima satu pengesahan e-mel yang menyatakan percubaan percuma anda telah dibatalkan. Jika anda mendaftar dengan kad kredit, pelan anda akan ditukar kepada Dropbox Basic pada penghujung tempoh percubaan anda. Jika anda mendaftar dengan PayPal, percubaan anda akan tamat dan pelan anda akan ditukar kepada Dropbox Basic dengan serta-merta.

Terma percubaan percuma

Apabila anda mendaftar untuk percubaan Dropbox percuma, anda menerima e-mel daripada no-reply@dropbox.com dengan terma langganan percubaan tersebut, termasuk tempoh percubaan. Jika anda tidak nampak e-mel ini di dalam peti masuk anda, semak folder spam anda. Anda juga boleh melihat terma percubaan tersebut pada halaman pengebilan tetapan akaun anda.

Jika anda batalkan percubaan percuma sebelum ia tamat, anda tidak akan dikenakan caj untuk pelan. Apabila anda batalkan percubaan percuma:

  • Akaun anda akan ditukar kepada pelan Dropbox Basic percuma. Jika anda mendaftar dengan kad kredit, akaun anda akan ditukar pada penghujung tempoh percubaan. Jika anda mendaftar dengan PayPal, akaun anda akan ditukar dengan serta-merta.
  • Anda akan mengekalkan akses kepada semua fail dan folder anda, serta sebarang kandungan yang telah dikongsi dengan anda. 
  • Akaun anda akan dihadkan kepada kuota simpanan 2GB bagi Dropbox Basic. Jika anda melebihi had tersebut, akaun akan berhenti menyelaras fail ke peranti anda.
  • Anda boleh pulihkan fail yang dipadam dan memulihkan versi fail yang lebih awal selama 30 hari.

Periksa jika pembatalan anda telah diproses

Setelah anda batalkan percubaan percuma Dropbox anda, anda akan menerima e-mel pengesahan daripada no-reply@dropbox.com. Jika anda tidak nampak e-mel ini dalam peti masuk anda, periksa folder spam anda. Anda juga boleh menyemak halaman pelan dalam tetapan akaun anda untuk mengesahkan bahawa pelan anda telah ditukar kepada Basic.

Jika anda dikenakan caj untuk langganan Dropbox

Jika percubaan percuma anda telah ditamatkan dan anda dikenakan caj untuk langganan, anda boleh bertukar kepada akaun Dropbox Basic percuma dengan membatalkan langganan semasa anda. Akaun anda akan ditukar pada penghujung kitaran bil anda.

Jika anda cuba membatalkan percubaan anda sebelum ia tamat tetapi dikenakan caj untuk langganan, semak pilihan sokongan anda untuk bantuan lanjut.

Selesaikan masalah dengan membatalkan percubaan percuma

Perkara untuk diketahui terlebih dahulu

  • Menghapuskan atau menyahpasang apl Dropbox daripada telefon atau komputer anda tidak akan menamatkan percubaan percuma atau menghapuskan akaun anda, ia hanya membuang apl tersebut.
  • Membatalkan percubaan percuma tidak akan membuang apl Dropbox daripada telefon atau komputer anda, sebaliknya akaun anda akan ditukar kepada pelan Basic percuma.

Menyemak tarikh pengebilan anda yang akan datang
Anda boleh melihat pengebilan bil anda yang lepas dan akan datang pada halaman pengebilan dalam tetapan akaun anda di dropbox.com/account/billing.

 

Mencari e-mel akaun Dropbox anda
Jika anda dikenakan caj Dropbox pada penyata bil anda, tetapi anda tidak ingat akaun e-mel yang anda gunakan untuk mendaftar, anda boleh mencari caj tersebut menggunakan alat ID transaksi ini.
Ketahui lebih lanjut tentang mencari caj kad kredit Dropbox.

 

Mencari pelan Dropbox semasa anda
Jika anda tidak pasti jenis akaun yang anda ada sekarang, daftar masuk ke dropbox.com dan pergi ke https://www.dropbox.com/account/plan.

Bayaran balik

Dalam kebanyakan situasi, Dropbox tidak memberikan bayaran balik. Untuk mengelakkan daripada dikenakan caj pada masa hadapan, batalkan langganan semasa anda dan tukar kepada akaun Basic percuma. Jika anda rasa terdapat ralat dalam pengebilan, sila semak pilihan sokongan anda untuk bantuan lanjut. 

highlight icon

Perhatian: Apabila anda batalkan langganan, pembatalan akan berkuat kuasa pada penghujung kitaran bil semasa anda. Untuk menyemak atau menukar kitaran bil anda, lawati  halaman pengebilan dalam tetapan akaun anda.

Bagaimanakah jika saya tidak boleh membuat pembatalan secara dalam talian?

Jika anda tidak boleh membuat pembatalan secara dalam talian, atau jika anda memilih untuk membuat pembatalan dengan cara lain, anda boleh membatalkan langganan anda dengan mengepos surat fizikal.

Untuk membatalkan langganan anda melalui mel:

  • Anda boleh menggunakan templat ini. Isikan dan hantar ke alamat di bawah.
  • Jika anda tidak mahu menggunakan templat kami, anda boleh menghantar surat kepada kami untuk memohon pembatalan. Sertakan maklumat berikut:
    • Nama pertama dan nama keluarga anda
    • Alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun anda. Jika anda tidak mengetahui alamat e-mel itu, sertakan alamat e-mel yang membolehkan kami menghubungi anda
    • Kaedah pembayaran yang anda gunakan dengan Dropbox (kad kredit, PayPal dll.)
    • Untuk caj kad kredit/debit, sama ada ID transaksi atau maklumat yang berikut:
      • Jenis kad (Visa, MasterCard, dll.)
      • 6 digit pertama kad
      • 4 digit terakhir kad
      • Nama penuh pada kad kredit
      • Tarikh caj terakhir daripada Dropbox
      • Jumlah dicaj
      • Poskod bil
    • Untuk caj PayPal, ID transaksi PayPal
    • Untuk caj Debit Langsung iDeal atau SEPA:
      • Empat digit terakhir Nombor Akaun Bank Antarabangsa (IBAN) anda
      • Nombor rujukan mandat
      • Tarikh caj
      • Jumlah dicaj
      • Negara pengebilan

Alamat surat-menyurat

Jika anda tinggal di Amerika Syarikat, Kanada atau Mexico, hantar surat pembatalan anda kepada:

Dropbox, Inc.
P.O. Box 77767
San Francisco, CA 94107

Jika anda tinggal di negara lain, hantar surat pembatalan anda kepada:

Dropbox International Unlimited Company
PO Box 13480
Dublin 2
Ireland

highlight icon

Perhatian: Surat yang dihantar melalui pos akan mengambil masa yang lebih lama untuk diterima dan diproses, terutamanya jika kami tidak menerima semua maklumat yang diminta di atas. Jika akaun anda dicaj sebelum kami memproses surat pembatalan, caj tidak akan dikembalikan. Jika akaun anda akan diperbaharui tidak lama lagi, kami menggalakkan anda supaya membuat pembatalan secara dalam talian untuk memastikan akaun anda dibatalkan sebelum tarikh pembaharuan.

Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

Cara lain untuk mendapatkan bantuan