Cukai penggunaan pada langganan Dropbox di Jepun

Perhatian: Artikel ini hanya terpakai kepada pelanggan Dropbox di Jepun. Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai cukai ke atas langganan Dropbox di negara-negara lain:

Dropbox mempunyai kewajipan undang-undang untuk membayar cukai penggunaan ke atas transaksi pelanggan. Kami menggunakan negara yang anda telah tambah ke akaun anda untuk menentukan cukai penggunaan yang berkenaan. Jika anda berada dalam negara di mana cukai penggunaan dikenakan, anda akan melihat jumlah langganan ditambah cukai penggunaan sebagai item baris pada invois dan resit pembayaran anda.

Sehingga Oktober 2015, Dropbox mengenakan cukai ini ke atas langganan Dropbox Plus dan Business untuk pelanggan di Jepun.

Perhatian:

  • Jika anda adalah pengguna Dropbox Plus atau Business yang berada di Jepun anda akan dikenakan cukai ini pada pembaharuan anda yang seterusnya
  • Anda akan melihat caj ini tanpa mengira sama ada anda mempunyai langganan tahunan atau bulanan

Apakah kadar cukai penggunaan bagi Dropbox Plus dan Business di Jepun?

Cukai penggunaan secara umumnya ditentukan oleh lokasi pembeli. Sehingga Oktober 2015, kadar cukai bagi Dropbox di Jepun adalah 8%.

Bagaimana saya tahu jika saya akan dikenakan cukai ini?

Untuk melihat jika anda akan dikenakan cukai penggunaan:

Perhatian: Anda tidak perlu melengkapkan pembelian untuk melihat kadar cukai yang dikenakan.

Mengapakah Dropbox mengenakan cukai penggunaan bagi langganan berbayar?

Sebagai perniagaan asing yang berdaftar, Dropbox mempunyai kewajipan undang-undang untuk membayar cukai penggunaan ke atas transaksi dengan pelanggan dalam bidang kuasa tertentu.

Di mana saya boleh melihat caj cukai penggunaan untuk langganan Dropbox saya yang sedia ada?

Anda boleh melihat caj cukai penggunaan dengan melihat sejarah bil akaun anda di dropbox.com.

Pentadbir pasukan Dropbox Business:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Buka Konsol Pentadbir.
  3. Klik Akaun.
  4. Pilih Sejarah bil.

Pengguna Dropbox Plus:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik nama atau avatar anda di bahagian atas mana-mana halaman, kemudian klik Tetapan.
  3. Klik Akaun.
  4. Pilih bahagian sejarah Bil.

Ketahui lebih lanjut tentang mendapatkan invois langganan Dropbox.

Adakah Dropbox menawarkan pengecualian cukai?

Jika anda adalah Perusahaan yang Dikecualikan Cukai, hubungi pasukan sokongan kami untuk memberikan bukti status Perusahaan yang Dikecualikan Cukai anda.

Apakah nombor perniagaan asing yang berdaftar dengan Dropbox?

Nombor perniagaan asing yang berdaftar kami adalah 00018.

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu