Cara meminta bayaran balik

Dalam kebanyakan situasi jika anda membatalkan langganan Plus atau Professional anda sebelum ia luput, anda perlu menghabiskan langganan semasa anda tanpa menerima pulangan wang.

Jika anda membeli langganan menerusi gedung aplikasi Apple atau Google Play, anda perlu menghubungi Apple ataupun Google secara langsung untuk meminta bayaran balik.

Bagaimana untuk meminta bayaran balik dari Apple

Bagaimana untuk meminta bayaran balik dari Google

  • Layari halaman ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang dasar bayaran balik Google.

Tinggal di E.U. atau Turki?

Jika anda tinggal di E.U. atau Turki, anda mungkin layak untuk mendapat bayaran balik.

Anda boleh membatalkan langganan Plus anda dalam masa 14 hari selepas menaik taraf atau membuka akaun berbayar, dan anda akan mendapat bayaran balik untuk jumlah yang anda bayar kepada Dropbox. 

Untuk meminta bayaran balik:

  1. Buka tiket, jika anda belum melakukannya. 
  2. Jika anda telah mengemukakan tiket, dan kemudian sampai ke artikel ini melalui jawapan e-mel automatik daripada kami, balas e-mel itu.
    • Perhatian: pastikan anda maklumkan kami bahawa anda tinggal di rantau yang mewajibkan kami untuk memberi bayaran balik, dan di mana negara itu.

Pengguna Dropbox Business?

Ketahui lebih lanjut tentang bayaran balik.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan