{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Menaik taraf kepada Dropbox Plus dari Apple App Store atau Google Play Store

Selain menaik taraf melalui laman webkami, anda boleh menaik taraf akaun Dropbox anda daripada Basic kepada Plus terus melalui App Store Apple atau Play Store Google. Lihat di bawah untuk arahan mengenai menaik taraf atau menukar kaedah pembayaran anda, dan juga nota mengenai mendapatkan invois dan meminta bayaran balik.

Bahagian-bahagian dalam artikel ini:

Naik taraf ke langganan Plus dari app store

  1. Lawat tetapan apl Dropbox.
  2. Pilih akaun Dropbox yang anda ingin naik taraf.
  3. Pada skrin seterusnya, pilih langganan yang anda suka.

Ini cara yang pantas dan mudah untuk melanggan pelan Plus menggunakan maklumat bil App Store dan Play Store untuk membayar.

  • Perhatian: Disebabkan oleh cara Apple mengendalikan urus niaga, dan cara sistem pembayaran kami berfungsi dengan mereka, anda perlu menunggu sehingga langganan semasa anda tamat jika anda ingin menaik taraf semula atau menambah Sejarah Versi Lanjutan.

Tukar kaedah pembayaran anda

  1. Daftar masuk ke laman web Dropbox.
  2. Klik nama anda di sudut atas kanan skrin.
  3. Klik Tetapan dalam menu yang muncul.
  4. Pilih tab Akaun.
  5. Klik Tukar kaedah pembayaran anda.
  6. Masukkan maklumat kad kredit yang baru atau PayPal.

Selepas menukar kaedah pembayaran, anda akan dicajkan berdasarkan jumlah prorata atas baki masa daripada langganan anda sebelum ini.

Dropbox tidak boleh memberikan invois atau bayaran balik secara terus untuk pembelian langganan di dalam apl di Apple App Store atau Google Play Store. Walau bagaimanapun, anda boleh menghubungi Apple atau Google secara terus untuk bantuan lanjut dengan invois atau bayaran balik.

Invois

Hubungi Apple

  • Anda akan dapat melihat invois anda secara langsung dari App Store dengan mengikut arahan yang digariskan di dalam artikel ini.
  • Anda juga sepatutnya sudah menerima e-mel bersama invois dalam masa 12 jam daripada pembelian asal.

Hubungi Google

  • Anda boleh melihat invois anda untuk pembelian Google dari Google Wallet. Anda boleh menggunakan arahan yang digariskan di dalam artikel ini untuk melihat invois melalui Google.

Bayaran balik

Apple dan Google menggunakan sistem pembayaran mereka sendiri. Dropbox tiada akses terhadap maklumat di dalam sistem ini. Semua masalah atau pertanyaan pembelian dalam apl hendaklah diarahkan kepada saluran sokongan syarikat yang berkenaan.

Hubungi Apple

Hubungi Google

  • Lawat halaman di sini untuk menghubungi Sokongan Google.

Artikel lain yang membantu:

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan