Mengapakah saya melihat VAT pada langganan Dropbox saya?

Dropbox mempunyai kewajipan undang-undang untuk membayar cukai nilai tambah (VAT) ke atas transaksi pelanggan. Kami menggunakan negara yang anda telah tambah ke akaun anda untuk menentukan cukai yang berkenaan. Jika anda berada dalam negara di mana cukai dikenakan, anda akan melihat jumlah langganan sebagai item baris pada invois dan resit pembayaran anda, bersama VAT.

Sehingga Mei 2016, Dropbox mengenakan cukai ini ke atas langganan Dropbox Plus, Business, dan Enterprise untuk pelanggan di Afrika Selatan. Jika anda berada di Afrika Selatan, dan anda mempunyai langganan sedia ada untuk salah satu daripada produk Dropbox ini, anda akan dicaj VAT pada pembaharuan anda yang seterusnya. Anda akan melihat caj ini tanpa mengira sama ada anda mempunyai langganan tahunan atau bulanan.

Baca lebih lanjut mengenai jawapan kepada beberapa soalan yang sering ditanya tentang VAT. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi pasukan sokongan kami.

Apakah kadar VAT untuk langganan berbayar Dropbox?

Kadar cukai untuk Dropbox di Afrika Selatan adalah 14%.

Bagaimana saya tahu jika saya akan dikenakan VAT untuk langganan saya?

Lawati halaman pembelian Dropbox Business atau Dropbox Plus kami dan masukkan butiran akaun anda. Jika cukai dikenakan untuk langganan anda, anda akan melihat kadar cukai yang dikenakan. Anda tidak perlu melengkapkan pembelian untuk melihat kadar cukai.

Mengapakah Dropbox mengenakan VAT bagi langganan berbayar?

Dropbox adalah VAT berdaftar di Afrika Selatan, dan mempunyai kewajipan undang-undang untuk membayar VAT ke atas transaksi dengan pelanggan di Afrika Selatan.

Di mana saya boleh melihat caj VAT untuk langganan sedia ada Dropbox saya?

Anda boleh melihat caj VAT dengan melihat sejarah bil akaun anda di dropbox.com.

Pentadbir pasukan Dropbox Business:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Klik Akaun.
  4. Klik Sejarah bil.

Pengguna Dropbox Plus:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik nama anda di bahagian atas skrin.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik Akaun.
  5. Klik Sejarah bil.

Ketahui lebih lanjut tentang mendapatkan invois langganan Dropbox.

Adakah Dropbox menawarkan pengecualian cukai?

Jika anda mewakili perusahaan yang dikecualikan cukai, hubungi pasukan sokongan kami untuk memberikan bukti status pengecualian cukai anda dan ketahui sama ada anda layak untuk pengecualian cukai.

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Other ways to get help

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu