Tinggalkan pasukan Dropbox

Dikemas kini Jan 08, 2024
person icon

Artikel ini menerangkan proses tersedia untuk pelanggan Dropbox Standard, Advance, Business, Business Plus dan Enterprise.

Jika anda ialah ahli akaun pasukan Dropbox, pentadbir anda boleh membantu anda membuang akaun anda. Jika anda seorang pentadbir, ketahui cara membuang akaun daripada pasukan Dropbox.

Cara meninggalkan akaun pasukan Dropbox

Pentadbir anda boleh membuang akaun anda daripada pasukan Dropbox anda apabila anda meninggalkan organisasi anda. Terdapat beberapa cara akaun anda boleh dibuang daripada pasukan anda. Akaun anda boleh:

  • Digantung daripada pasukan
  • Dihapuskan daripada pasukan
  • Ditukarkan kepada akaun peribadi

Anda tidak boleh meninggalkan pasukan Dropbox yang aktif tanpa bantuan pentadbir. Hubungi pentadbir anda bagi bantuan memilih pilihan terbaik untuk akaun kerja anda.

highlight icon

Perhatian: Jika anda ahli pasukan yang berada dalam keadaan terkunci, anda boleh meninggalkan pasukan anda tanpa bantuan pentadbir.

Soalan lazim tentang meninggalkan akaun pasukan

Apabila akaun anda digantung, anda kehilangan akses kepadanya serta-merta. Penyelarasan berhenti dan anda tidak boleh mengakses akaun anda pada dropbox.com. Pentadbir anda boleh memilih untuk menghapuskan fail kerja anda daripada mana-mana peranti yang telah anda pautkan. Tiada fail anda yang dihapuskan daripada akaun Dropbox anda dan pentadbir boleh membatalkan penggantungan akaun anda pada bila-bila masa.

Jika anda menyambungkan akaun peribadi dan kerja, anda masih boleh mengakses akaun peribadi anda pada semua peranti yang dipautkan dan dropbox.com.
 

Bagaimana saya boleh mengaktifkan semula akaun ahli pasukan saya?

Hubungi pentadbir anda tentang mengaktifkan semula akaun anda. Jika anda seorang pentadbir, ketahui cara untuk mengaktifkan semula akaun pengguna yang digantung.
 

Bolehkah saya membuat akaun Dropbox baharu semasa saya digantung?

Anda boleh mencipta akaun Dropbox baharu dengan alamat e-mel yang berbeza. Bagaimanapun, anda tidak boleh menggunakan alamat e-mel yang sama dengan akaun pasukan anda.

Apabila akaun anda dihapuskan, anda kehilangan akses serta-merta. Fail berhenti diselaraskan pada semua peranti anda dan anda tidak boleh mengakses akaun pada dropbox.com. Pentadbir anda boleh memindahkan fail kerja anda kepada ahli pasukan lain dan anda boleh menghapuskan folder Dropbox kerja daripada mana-mana peranti yang dipautkan.

Apakah fail yang boleh dipindahkan?

Pentadbir anda boleh memindahkan fail daripada akaun ahli pasukan ke ahli pasukan yang lain apabila akaun anda dihapuskan.
 

Apakah yang dipindahkan?

  • Semua folder dan fail sedia ada
  • Semua fail terhapus
  • Pemilikan folder kongsian yang anda miliki
  • Keahlian folder kongsian yang dimiliki oleh ahli lain pasukan Dropbox anda
  • Pemilikan dokumen Paper yang anda cipta
  • Salinan folder "Aplikasi" yang mengandungi data aplikasi pihak ketiga


Apakah yang tidak dipindahkan?

  • Pautan kongsian yang anda cipta (pautan tidak lagi berfungsi)
    • Perhatian: Jika akaun anda telah digantung dan bukannya dihapuskan, pautan Kongsian akan terus berfungsi.
  • Fail versi terdahulu
  • Keahlian folder kongsian yang dimiliki oleh orang di luar pasukan Dropbox anda. Hanya salinan folder ini yang akan dipindahkan.
  • Akses kepada dokumen Paper yang bukan milik anda
  • Datastores (jenis data khusus yang pembangun sesetengah apl pihak ketiga gunakan untuk menyimpan data apl mereka)

Apakah yang terjadi kepada fail dalam peranti saya yang dipautkan?

Apabila pentadbir Dropbox menghapuskan akaun kerja anda daripada pasukan, mereka mempunyai pilihan untuk menghapuskan folder Dropbox kerja anda daripada semua peranti yang dipautkan.
 

Apa akan terjadi kepada akaun Dropbox peribadi saya yang bersambung?

Jika anda menyambungkan akaun kerja dan peribadi anda, pentadbir tidak boleh menghapuskan atau menggantung akaun peribadi anda. 
 

Bolehkah saya mengaktifkan semula akaun kerja saya jika saya telah dihapuskan daripada pasukan Dropbox?

Jika akaun anda telah dihapuskan dalam tujuh hari yang lalu, hubungi pentadbir anda bagi meminta akaun anda dipulihkan. Jika anda seorang pentadbir, ketahui cara mengaktifkan semula akaun ahli yang digantung atau dihapuskan.
 

Jika sudah melebihi tujuh hari, Sokongan Dropbox boleh memulihkan akaun tersebut dalam keadaan yang terbatas. Walau bagaimanapun, atas tujuan keselamatan, kami memerlukan keizinan pentadbir pasukan Dropbox anda yang terdahulu sebelum kami boleh memulihkan akaun anda. Hubungi Sokongan Dropbox untuk bantuan dengan maklumat yang berikut:

  1. Pengesahan bahawa anda ingin memulihkan semula akaun yang telah dihapuskan daripada pasukan Dropbox.
  2. Nama pasukan Dropbox anda sebelum ini.
  3. Alamat e-mel pentadbir pasukan anda yang sebelumnya.


Kemudian kami boleh cuba untuk memulakan proses pengaktifan semula akaun.

Apabila akaun anda dibuang daripada pasukan, akaun anda akan menjadi akaun Dropbox Basic. Anda akan mengekalkan semua fail dan folder peribadi, serta mana-mana folder kongsian yang anda miliki. 
highlight icon

Perhatian: Kandungan Dropbox Replay tidak dipindahkan.

Apakah yang saya simpan?

  • Semua fail dan folder peribadi
  • Folder kongsian milik anda
  • Folder kongsian yang dimiliki oleh orang yang tiada dalam pasukan
  • Folder kongsian yang dimiliki oleh pasukan yang anda telah dijemput masuk sebelum menyertai pasukan tersebut
  • Dokumen Paper
  • Akses kepada fail dalam folder kongsian yang dimiliki oleh ahli pasukan tempat anda dijemput sebelum anda menyertai pasukan, atau yang tidak mempunyai keizinan pasukan sahaja

Apakah akses yang tidak akan saya miliki lagi?

  • Folder Pasukan
  • Fail dalam folder kongsian yang dimiliki oleh ahli pasukan lain yang anda dijemput selepas menyertai pasukan atau yang mempunyai keizinan pasukan sahaja
  • Kuota ruang kongsian pasukan
  • Ciri pasukan Dropbox sahaja
highlight icon

Perhatian: Jika anda menyambungkan akaun peribadi dan kerja, akaun anda akan diputuskan sambungan

Cara meninggalkan akaun pasukan jika pasukan anda berada dalam keadaan terkunci

Jika anda ahli pasukan yang berada dalam keadaan terkunci, anda boleh meninggalkan pasukan dan menukar akaun ahli anda menjadi akaun Dropbox Basic percuma. Folder peribadi anda akan dialihkan ke akaun baru ini tetapi anda akan kehilangan akses kepada kebanyakan kandungan pasukan. Untuk mengetahui lagi tentang kehilangan akses anda yang lain selepas menukar kepada akaun Basic, lihat tab Akaun ditukar menjadi akaun peribadi dalam bahagian di atas.

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Navigasi ke https://www.dropbox.com/team/decide.
  3. Klik Tinggalkan pasukan [Nama pasukan]
  4. Tanda rait kotak di sebelah Saya faham bahawa saya perlu dijemput oleh pentadbir pasukan jika saya ingin menyertai pasukan semula.
  5. Klik Tinggalkan pasukan dan log keluar.
  6. Anda boleh log masuk ke akaun Dropbox Basic anda dengan e-mel dan kata laluan yang sama yang anda gunakan untuk akaun ahli anda. Anda juga boleh menukar alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun Dropbox Basic baru anda.
Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

Cara lain untuk mendapatkan bantuan