Cari pentadbir dalam pasukan Dropbox Business

Pentadbir adalah ahli akaun Dropbox Business, dan selalunya juga ahli syarikat anda. Pentadbir boleh membantu dengan kebanyakan masalah yang anda akan alami dengan Dropbox, termasuk penetapan semula kata laluan dan menjemput ahli pasukan baru.

Saya perlu mencari pentadbir, tetapi saya tidak dapat mendaftar masuk ke Dropbox

Jika anda mengalami masalah mendaftar masuk, sokongan Dropbox tidak boleh menetapkan kata laluan untuk anda. Sebaliknya, cuba hubungi yang berikut:

  • Meja bantuan syarikat anda
  • Jabatan IT syarikat anda
  • Pasukan pengurusan syarikat anda

Saya perlu mencari pentadbir, dan saya boleh mendaftar masuk ke Dropbox

Jika anda masih dapat mendaftar masuk ke Dropbox, gunakan langkah-langkah ini untuk melihat pentadbir anda:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik nama anda di bahagian atas halaman.
  3. Pilih Tetapan.
  4. Klik nama pasukan anda.

Anda akan melihat senarai pentadbir dalam pasukan Dropbox Business anda di bahagian bawah halaman.

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu