{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Pindahkan akaun Dropbox Basic atau Plus sedia anda kepada Dropbox Business


Anda harus melakukan dua perkara sebelum memindahkan akaun sedia ada ke pasukan Dropbox Business:

  • Pastikan semua fail dan folder yang ingin dipindahkan berada di dalam Dropbox anda
  • Buangkan mana-mana fail atau folder yang tidak mahu dipindahkan ke pasukan Dropbox Business

Setelah itu selesai, anda boleh mengesahkan alamat e-mel anda dan menyertai pasukan Dropbox Business. Setiap akaun Dropbox dipautkan ke alamat e-mel, yang mana membolehkan anda untuk mengesahkan identiti anda dan menerima pemberitahuan mengenai akaun anda.

Terima jemputan dan sertai pasukan

  1. Semak e-mel anda untuk jemputan menyertai pasukan Dropbox Business organisasi anda. Klik Sertai pasukan anda dalam e-mel itu.
  2. Jika perlu, daftar masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda ke akaun Dropbox sedia ada anda.
  3. Tentukan di mana anda mahu memindahkan fail dan folder di dalam Dropbox sedia ada anda
  4. Jika fail anda kebanyakannya berkaitan kerja, pilih Sertai [pasukan Dropbox Business]. Jika fail anda kebanyakannya milik peribadi, ikut arahan di bawah. 
  5. Semua fail yang sedang berada di dalam Dropbox anda akan dipindahkan ke akaun Dropbox Business anda, dan anda akan dapat mengaksesnya dengan memuat turun aplikasi desktop Dropbox atau dengan melayari dropbox.com.

Jika fail anda kebanyakannya milik peribadi, pilih Simpan secara berasingan… dan kemudian ikut langkah-langkah ini:

  1. Masukkan alamat e-mel dan kata laluan yang berbeza untuk akaun Dropbox peribadi baru anda.
  2. Bersetuju dengan terma Dropbox, dan klik Sahkan.
  3. Jika perlu, sahkan alamat e-mel (semak peti masuk e-mel yang anda berikan dan klik butang dalam e-mel itu).
  4. Semua fail yang sedang berada di dalam akaun Dropbox anda akan dipindahkan ke akaun Dropbox peribadi anda, dan anda akan dapat mengaksesnya dengan memuat turun aplikasi desktop Dropbox atau dengan melayari dropbox.com.

Bagi pasukan yang memerlukan single sign-on

Jika syarikat anda telah menghidupkan single sign-on (SSO), anda akan mengikut langkah yang serupa. Bagaimanapun, anda juga akan diminta untuk mendaftar masuk ke pembekal SSO anda, yang mana menggunakan alamat e-mel dan kata laluan kerja anda. Jika anda mengalami sebarang masalah mendaftar masuk pada halaman yang bukan dropbox.com, semak dengan pentadbir pasukan Dropbox Business anda.

Apakah akan terjadi kepada langganan Plus saya apabila saya menaik taraf kepada Dropbox Business?

Jika anda menaik taraf atau memindahkan dari Dropbox Plus ke Dropbox Business, langganan Plus anda akan berakhir dengan serta-merta. Sebarang baki kredit pada langganan Plus akan dipulangkan ke kaedah pembayaran asal. Setiap pemilik akaun Dropbox tunggal boleh menjejak maklumat ini pada halaman pembayaran akaun.

Jika bayaran balik automatik tidak diluluskan atas sebarang sebab (seperti kad kredit luput), kami akan memberitahu pemilik akaun melalui e-mel.

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan