Apakah keadaan terkunci untuk pasukan?

Dikemas kini Nov 16, 2023
person icon

Artikel ini menerangkan status yang terpakai kepada sesetengah akaun pasukan Dropbox.

highlight icon

Perhatian: Kami sedang melancarkan pengalaman keadaan terkunci yang baru. Sebelum membaca, pastikan artikel ini terpakai kepada pengalaman keadaan terkunci anda.

 

Jika anda mengklik pada pautan ini dan melihat halaman yang mengatakan, Anda akan membatalkan Dropbox untuk pasukan dan membubarkan pasukan [Nama pasukan], maklumat dalam artikel ini tidak terpakai kepada pasukan anda dan anda harus membaca artikel ini sebaliknya

 

Jika anda melihat halaman yang mengatakan, Pilih tindakan yang perlu diambil untuk fail dan akaun pasukan, maka maklumat dalam artikel ini terpakai kepada pasukan anda.

Pasukan anda boleh berada dalam keadaan terkunci jika tempoh percubaan Dropbox Standard, Business, Advanced atau Business Plus anda luput atau jika anda membatalkan pelan pasukan anda.
highlight icon

Perhatian: Jika pentadbir tidak memilih tindakan yang perlu diambil untuk akaun pasukan dalam jangka masa yang tertentu, akaun pasukan mungkin akan dihapuskan secara automatik. Pentadbir akan sentiasa dimaklumkan melalui e-mel sebelum akaun pasukan mereka dihapuskan secara automatik.

Bagaimanakah cara untuk saya mengetahui jika pasukan saya berada dalam keadaan terkunci?

Anda akan tahu yang akaun pasukan anda berada dalam keadaan terkunci kerana anda akan melihat sepanduk pemberitahuan merah di bahagian atas halaman di dropbox.com dan anda akan mempunyai fungsi yang terhad di seluruh Dropbox.

 

Dalam keadaan terkunci:

  • Fail anda tidak akan menyelaras.
  • Anda tidak akan dapat mencipta atau memuat naik sebarang fail dan folder baharu.
  • Anda akan dapat melihat dan memuat turun fail dan folder dalam akaun Dropbox anda tetapi anda tidak akan dapat menyunting fail dan folder itu.
  • Ciri seperti menjemput ahli baharu, menggantung ahli dan mengurus kumpulan akan dilumpuhkan.
  • Jika anda menggunakan Dropbox Business, Business Plus atau telah mendaftar untuk akses beta dalam Dropbox Standard atau Advanced, semua ciri tandatangan akan dilumpuhkan di dropbox.com dan apl mudah alih Dropbox.

 

Cara keluar daripada keadaan terkunci 

Jika anda ahli pasukan, anda boleh:

Jika anda seorang pentadbir, pilihan yang berikut tersedia untuk anda: 

Setelah pasukan anda berada dalam keadaan terkunci untuk tempoh masa yang tertentu, pentadbir dan ahli akan mula menerima pemberitahuan e-mel untuk memaklumkan kepada mereka tentang baki masa yang mereka ada untuk mengambil salah satu daripada tindakan di atas. Jika tiada pentadbir yang memilih salah satu daripada tiga pilihan ini dalam tempoh masa itu, akaun pasukan akan dihapuskan secara automatik. 

highlight icon

Perhatian: Pentadbir akan dimaklumkan melalui e-mel sebelum akaun pasukan mereka dihapuskan secara automatik.

Pentadbir: Pilih tindakan yang perlu diambil jika pasukan anda berada dalam keadaan terkunci

Untuk menaik taraf langganan anda:

  1. Log masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik Lihat pilihan dalam sepanduk merah di bahagian atas skrin anda.
  3. Klik butang Kekalkan Dropbox untuk pasukan berwarna biru.
    • Perhatian: Jika anda tidak melihat pilihan ini, pasukan anda tidak layak untuk memperbaharui atau membeli langganan pasukan.
  4. Isi maklumat bil anda.
highlight icon

Perhatian: Sebelum menaik taraf,buang pengguna yang tidak memerlukan akses kepada kandungan pasukan untuk mengelakkan daripada membayar lesen yang tidak digunakan. Anda juga perlu membatalkan sebarang jemputan menunggu yang tidak penting.

5. Klik Beli.
highlight icon

Perhatian: Selepas menaik taraf, anda perlu menjemput semula mana-mana ahli yang mungkin telah meninggalkan pasukan anda semasa pasukan berada dalam keadaan terkunci. Ahli-ahli ini tidak akan menyertai semula pasukan sehingga mereka menerima jemputan.

Apabila anda membubarkan pasukan:

  • Semua ahli pasukan dan pentadbir akan mendapat akaun Dropbox Basic yang mengandungi folder peribadi mereka. 
  • Kandungan yang ada dalam ruang pasukan akan dimasukkan ke dalam folder kongsian, milik pentadbir pasukan yang mencetuskan pembubaran pasukan. Semua pengguna yang sebelum ini mempunyai akses kepada kandungan ini, termasuk pentadbir, ahli pasukan, dan kolaborator luar, akan berterusan mempunyai akses kepada folder kongsian tersebut.

  • Untuk menghalang ahli pasukan dan pentadbir lain daripada mengekalkan akses kepada kandungan yang ada dalam ruang pasukan, lebih mudah jika anda menukar akaun mereka kepada akaun Basic sebelum mencetuskan pembubaran pasukan. Sebagai alternatif, pentadbir boleh memilih untuk menyahkongsi fail dan folder yang tertentu sebelum atau selepas pasukan dibubarkan.
  • Kandungan Replay dan Capture tidak akan dapat diakses selepas pasukan dibubarkan.

Selain itu, setelah pasukan dibubarkan, perkara yang berikut akan berlaku:

  • Struktur pasukan akan dihapuskan.
  • Sesiapa yang memberikan akses kepada folder kongsian dalam folder pasukan akan mengekalkan keizinan mereka, jadi mereka boleh melihat dan berinteraksi dengan kandungan di dalam folder tersebut.
  • Jemputan menungguakan dihapuskan.
  • Pengguna digantung akan dihapuskan.
  • Kandungan daripada ahli pasukan yang dihapuskan akan hilang buat selama-lamanya melainkan pemindahan akaun telah selesai.
  • Folder diarkibkan akan dinyaharkib dan pentadbir pasukan yang mencetuskan  pembubaran pasukan akan memiliki folder tersebut.
  • Fail dan folder yang dihapuskan tidak boleh dipulihkan.
  • Permintaan tandatangan yang belum selesai akan dibatalkan.
  • Dokumen yang ditandatangani tidak boleh disunting, tetapi masih boleh dilihat atau dimuat turun oleh semua pengguna yang mempunyai akses kepada folder pasukan sebelum ini.
  • Ahli pasukan mengekalkan pemilikan templat tandatangan yang mereka cipta.
  • Templat tandatangan akan dikunci. Membeli Dropbox Essentials, Business atau Business Plus akan membuka kunci dan memulihkan penggunaan templat.

 

Untuk membubarkan pasukan anda:

  1. Log masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik Lihat pilihan dalam sepanduk merah di bahagian atas skrin anda.
  3. Klik Batalkan Dropbox dan bubarkan pasukan saya.
  4. Pilih pilihan Simpan fail dan alihkan ke akaun individu.
  5. Tanda rait kotak di sebelah:
    • Saya faham bahawa membubarkan atau menghapuskan pasukan ialah tindakan kekal. Pasukan [Nama pasukan] tidak akan wujud lagi.
    • Saya faham bahawa saya akan kehilangan baki hari percubaan pasukan percuma saya.
      • Perhatian: Ini hanya ditunjukkan jika anda sedang menjalani percubaan pasukan percuma.
  6. Klik Sahkan.

Pasukan anda akan dilog keluar apabila pembubaran selesai.

Apabila anda menghapuskan akaun pasukan, semua yang dimiliki oleh pasukan akan dihapuskan secara kekal dan tidak dapat dipulihkan. Ini termasuk semua:

  • Akaun ahli pasukan
  • Akaun pentadbir, termasuk pentadbir yang mencetuskan penghapusan pasukan
  • Kandungan yang dimiliki oleh pasukan, termasuk folder kongsian
    • Perhatian: Jika akaun pasukan anda dihapuskan kerana tiada tindakan diambil oleh pentadbir pasukan, kolaborator luar yang mempunyai akses kepada folder kongsian milik pasukan akan menerima e-mel automatik yang memaklumkan bahawa folder tersebut akan dihapuskan tidak lama lagi. Untuk memberikan masa kepada kolaborator luar menyimpan sebarang kandungan yang mereka miliki, penghapusan folder kongsian luaran akan ditangguhkan. Jika pasukan anda lebih suka menghapuskan semua folder kongsian serta-merta, tanpa memberikan sebarang notis kepada kolaborator luar, pentadbir pasukan perlu mencetuskan penghapusan pasukan secara manual dengan mengikuti langkah-langkah di bawah.
  • Folder peribadi 
  • Metadata pasukan

 

Untuk menghapuskan akaun pasukan semasa akaun berada dalam keadaan terkunci:

  1. Log masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik Lihat pilihan dalam sepanduk merah di bahagian atas skrin anda.
  3. Klik Batalkan Dropbox dan bubarkan pasukan saya.
  4. Pilih pilihan untuk Hapuskan semua fail dan semua akaun.
  5. Tanda rait kotak di sebelah:
    • Saya faham bahawa membubarkan atau menghapuskan pasukan ialah tindakan kekal. Pasukan [Nama pasukan] tidak akan wujud lagi.
    • Saya faham bahawa saya akan kehilangan baki hari percubaan pasukan percuma saya.
      • Perhatian: Ini hanya ditunjukkan jika anda sedang menjalani percubaan pasukan percuma.
  6. Klik Sahkan.

Ini akan mencetuskan proses pemadaman pasukan. Anda akan menerima e-mel apabila proses pemadaman pasukan selesai.

Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan