Konsol pentadbir Dropbox Business baru: Gambaran umum

Artikel ini membincangkan ciri yang hanya boleh didapati melalui akses awal untuk pasukan Dropbox Business. Jika anda ingin menggunakan ciri ini, anda boleh mengaktifkannya dan bermula.

Apakah makna produk Dropbox dalam versi "alpha" atau "beta"?

Untuk menjadikan Dropbox Business lebih pantas dan mudah untuk digunakan, kami memperkenalkan reka bentuk terbaru bagi konsol pentadbir. Ini sebahagian daripada reka bentuk keseluruhan laman web Dropbox.

Beberapa perkara telah berubah dalam konsol pentadbir baru ini, termasuklah:

Perhatian:

  • Buat masa ini, konsol pentadbir yang baru hanya tersedia kepada pasukan akses awal
  • Semua ciri daripada versi lama konsol pentadbir masih tersedia dalam versi baru ini

Menu navigasi dipermudah

Konsol pentadbir yang baru lebih mudah untuk dinavigasi, dan memudahkan anda mencari apa yang diperlukan. Setiap halaman dalam konsol pentadbir mempunyai menu sisi sama yang membawa ke halaman utama yang anda perlukan untuk menguruskan pasukan anda.

Dan anda sentiasa boleh klik ikon Dropbox untuk kembali melihat fail anda sendiri.

Menu navigasi baru

Akses satu klik kepada tindakan lazim

Kebanyakan halaman dalam konsol pentadbir mempunyai akses satu klik kepada perkara yang paling kerap dilakukan. Hanya gunakan butang di bahagian atas kanan halaman-halaman ini untuk menguruskan pasukan anda. Anda juga akan menemui penapis baru untuk pelayaran mudah.

Contohnya, halaman Ahli yang baru mempunyai butang Jemput ahli, dan penapis untuk anda melayari semua ahli dengan jenis keahlian yang tertentu.

Tindakan lazim

Bar carian lebih cepat, lebih lebar

Konsol pentadbir yang baru mempunyai bar carian yang lebih lebar, lebih cepat, dan memudahkan anda mencari apa yang diperlukan. Bar carian baru ini tersedia di bahagian atas halaman beserta carian kandungan:

  • Papan pemuka utama
  • Halaman ahli
  • Halaman kumpulan
  • Halaman folder pasukan

Bar carian lebih baik

Gunakan halaman folder pasukan untuk menguruskan semua folder pasukan anda

Halaman Folder pasukan yang baru serupa dengan halaman sedia ada di dropbox.com/browse. Halaman yang direka semula ini akan membantu pentadbir menguruskan fail yang digunakan dan dikongsi dalam pasukan mereka.

Memilih folder pasukan juga akan menimbulkan pilihan klik tunggal dalam bar sisi sebelah kanan.

Pengurus folder pasukan

Bertukar antara akaun yang dipautkan

Dalam konsol pentadbir yang baru, anda boleh melihat dengan pantas akaun mana yang sedang dilihat, dan bertukar antara akaun. Dan apabila anda menggunakan carian atau melihat pemberitahuan, anda hanya akan melihat hasil untuk akaun itu sahaja.

Untuk bertukar akaun, klik nama pasukan anda di bahagian bawah bar menu utama. Anda akan melihat pilihan untuk memilih akaun peribadi anda; klik nama anda sekali lagi untuk bertukar kembali kepada akaun perniagaan anda.

Tukar akaun

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Other ways to get help

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu