Pelan Dropbox Business

Tahun lepas, pasukan anda telah menikmati ciri-ciri pelan Advanced Dropbox Business. Kini, anda perlu memilih pelan yang paling tepat untuk anda dan pasukan anda.

Kami menawarkan pelan yang tepat untuk perniagaan anda tidak mengira saiz atau keperluan anda. Sebagai pelanggan sedia ada, pelan Standard dan Advanced adalah sedikit berbeza untuk anda:

Ketahui lebih lanjut tentang ciri-ciri dan harga untuk setiap pelan Dropbox Business.

Pilih pelan anda

Jika anda ingin mengubah pelan anda, anda perlu mengambil tindakan sebelum tarikh pembaharuan anda yang seterusnya. Jika anda tidak mengambil sebarang tindakan, pasukan anda akan menaik taraf kepada pelan Advanced pada tarikh pembaharuan tahun 2018 anda. 

Ketahui cara untuk mencari tarikh pembaharuan anda.

Tukar pelan anda

Jika anda membayar menggunakan kad kredit, semak atau ubah pelan anda:

  1. Di dalam e-mel yang anda terima mengenai pembaharuan anda, klik Pilih pelan anda sekarang. Atau klik ambil tindakan sekarang pada sepanduk di bahagian atas konsol pentadbir.
  2. Klik Pilih pelan.
    • Jika anda ingin mengekalkan pelan Advanced, klik Teruskan dengan Advanced
    • Jika anda ingin beralih ke pelan Standard, klik Terokai pilihan lain. Kemudian pilih Standard.
  3. Klik Pergi ke ringkasan pelan.
  4. Klik Sahkan pelan.

Jika anda membayar melalui pindahan bank dan ingin mengubah pelan anda, balas e-mel yang anda terima.

Pelan Advanced

Jika pasukan anda memilih pelan Advanced Dropbox Business, pasukan anda akan terus mempunyai akses kepada ciri-ciri pentadbiran seperti Single Sign-On, verifikasi domain, dan kelulusan peranti. Pasukan anda juga akan mempunyai seberapa banyak ruang yang anda perlukan.

Kos pelan Advanced adalah lebih tinggi daripada pelan Standard. Jika anda memilih pelan Advanced, anda mungkin akan melihat kenaikan harga. Walau bagaimanapun, sebagai pelanggan sedia ada, harga anda adalah lebih rendah daripada harga yang diiklankan.

Pelan Standard

Jika pasukan anda memilih pelan Standard, pasukan anda akan terus mempunyai akses kepada banyak ciri-ciri Business kami. Sebagai pelanggan sedia ada, pasukan anda juga akan mempunyai akses kepada 10 TB ruang dan tiada had API.

Harga pelan Standard adalah seperti yang diiklankan dan anda tidak akan melihat kenaikan harga jika anda memilih pelan ini.

Pasukan saya dibil secara tahunan—bilakah pelan baru akan berkuat kuasa?

Jika pasukan anda dibil secara tahunan, pelan baru anda akan berkuat kuasa pada tarikh pembaharuan anda yang seterusnya.

Sebagai contoh, jika tarikh pembaharuan anda adalah 31 Disember, maka pelan baru anda akan berkuat kuasa pada 31 Disember 2018. Sehingga tarikh itu, pelan sedia ada anda akan kekal sama, tanpa perubahan kepada harga atau storan anda.

Pasukan saya dibil secara bulanan—bilakah pelan baru akan berkuat kuasa?

Jika pasukan anda dibil secara bulanan, pelan baru anda akan berkuat kuasa pada tarikh di dalam e-mel yang anda terima. Sehingga tarikh itu, pelan sedia ada anda akan kekal sama tanpa perubahan kepada harga atau storan anda.

Bagaimanakah saya akan dimaklumkan bahawa sudah sampai masanya untuk akaun pasukan saya diperbaharui?

Anda akan menerima banyak notis dari Dropbox lebih awal dari tarikh pembaharuan anda. Anda akan menerima beberapa peringatan dari kami, termasuk:

  • Pembaharuan secara terus dalam Konsol Pentadbir Dropbox
  • E-mel kepada alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun Dropbox Business anda

Perhatian: Pentadbir pasukan akaun anda boleh mengubah alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun jika perlu.

Apakah ciri-ciri yang disediakan untuk setiap pelan Dropbox Business?

 

Biasa

Lanjutan

Enterprise

Pendidikan

Kawalan perkongsian dan fail        
Perkongsian—kawalan perkongsian pentadbir
Perkongsian—kawalan ahli pasukan
Sejarah versi lanjutan 120 hari 120 hari 120 hari 120 hari
Pengurus kandungan

Kefungsian asas

Pentadbiran akaun dan pasukan        
Pentadbiran bertingkat
Log audit yang dipertingkat
Daftar masuk sebagai pengguna
Akses akaun        
Mewajibkan verifikasi dua langkah
Single sign-on (SSO)
Active Directory connector
Pengurusan pengguna        
Kumpulan dan kawalan pentadbir kumpulan
Pemulihan pengguna terhapus
Gantung pengguna
Pengurusan peranti        
Penghapusan jarak jauh
Penglihatan peranti

Kefungsian asas

Kefungsian asas

Kelulusan peranti
API peranti
Pengurusan mobiliti perusahaan (EMM)
Kawalan rangkaian
Pemilikan domain        
Verifikasi domain dan penguatkuasaan jemputan
Semakan domain dan penawanan akaun
Ciri-ciri lain        
Dropbox Paper
Lihat siapa yang telah melihat fail kongsian
Carian teks penuh
Akses mudah alih        
Folder luar talian mudah alih
Pengimbas dokumen
Perkhidmatan dan sokongan        
Sokongan e-mel penuh
Sokongan chat langsung
Sokongan telefon

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Hubungi sokongan