{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Kawalan kata laluan untuk Dropbox Business

Kawalan kata laluan membantu pentadbir pasukan memastikan akaun Dropbox Business mereka selamat dengan mewajibkan ahli pasukan menetapkan kata laluan yang kukuh. Kawalan kata laluan disediakan untuk pasukan Dropbox Business dalam pelan Education, Advanced, atau Enterprise.

Untuk menghidupkan kawalan kata laluan:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com menggunakan akaun pentadbir anda
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik Kata laluan.
  5. Di bawah Kawalan Kata Laluan, pilih Sangat kukuh.

Mengubah kekukuhan kata laluan akan mewajibkan semua ahli pasukan untuk mencipta kata laluan baru yang memenuhi tetapan kawalan kata laluan. Ahli pasukan akan dimaklumkan melalui e-mel, dan didaftar keluar daripada mana-mana sesi web. Mereka akan diwajibkan untuk mencipta kata laluan yang baru apabila mereka mendaftar masuk.

Perhatian: Ahli pasukan akan kekal mendaftar masuk pada sebarang peranti yang disambungkan ke akaun mereka.

Ketahui lebih lanjut tentang menetapkan semula kata laluan Dropbox anda.

Tetapan kata laluan "Sederhana" dan "Sangat kukuh"

Dropbox telah membina satu alat untuk mengenal pasti kekukuhan kata laluan. Alat ini membandingkan kata laluan dengan pangkalan data perkataan, nama, corak, dan nombor yang biasa digunakan sebagai kata laluan. Jika kata laluan yang cuba dimasukkan oleh pengguna adalah lazim, alat ini akan meminta mereka untuk memasukkan sesuatu yang lebih unik dan sukar untuk diteka.

Menggunakan tetapan Sangat kukuh akan menjamin tahap keselamatan akaun yang paling tinggi untuk pasukan.

Ketahui lebih lanjut tentang bagaimana Dropbox menggunakan teknologi kami untuk memastikan akaun selamat.

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan