Mengapa saya diminta untuk menyertai pasukan Dropbox Business atau Enterprise apabila saya mendaftar masuk ke Dropbox peribadi saya?

Pengesahan domain membolehkan pentadbir pasukan mengesahkan pemilikan domain e-mel dengan Dropbox. Jika anda diminta untuk menyertai pasukan Dropbox Business semasa anda cuba mengakses akaun Dropbox atau Paper peribadi anda, itu bermakna dua perkara telah berlaku:

  • Anda mencipta akaun Dropbox Basic atau Plus menggunakan alamat e-mel pada domain syarikat atau tempat kerja anda
  • Pentadbir pasukan Dropbox Business dalam syarikat anda telah menuntut pemilikan domain ini

Apa yang saya perlu lakukan jika saya diminta untuk menyertai pasukan?

Jika anda diminta untuk menyertai pasukan Dropbox Business atau Enterprise, hanya ikut arahan pada skrin. Anda akan mempunyai dua pilihan:

  • Pindahkan akaun sedia ada anda—dan semua datanya—ke pasukan Dropbox Business atau Enterprise anda.
    • Perhatian: Jika anda memilih pilihan ini, pentadbir pasukan akan mempunyai akses kepada semua fail di dalam Dropbox sedia ada anda. Tiada apa-apa akan berubah di dalam akaun itu, dan tiada apa-apa akan berubah dalam fail atau di dalam folder. Walau bagaimanapun, anda akan perlu mula menggunakan kaedah pengesahan pasukan anda yang tertentu, jika perlu (contohnya, single sign-on).
  • Simpan akaun anda secara berasingan daripada pasukan Dropbox Business atau Enterprise. Jika akaun anda kebanyakannya mempunyai kandungan peribadi, anda boleh mengemas kini alamat e-mel pada akaun ini kepada alamat e-mel yang tidak menggunakan domain syarikat anda.
Setelah anda memillih bagaimana anda mahu menyertai pasukan, klik  Teruskan. Anda mungkin perlu mengesahkan semula alamat e-mel anda kemudian untuk membuktikan anda mempunyai akses semasa kepada e-mel syarikat anda—Jika perlu, semak alamat e-mel syarikat anda untuk mengesahkan akses anda kepada domain syarikat.
 

sahkan alamat e-mel

e-mel pengesahan

Adakah pentadbir pasukan akan mempunyai akses kepada fail peribadi saya?

Memindahkan akaun sedia ada ke pasukan Dropbox Business akan memberi pentadbir pasukan kawalan segera ke atas—dan penglihatan ke dalam—akaun anda. Jika anda mencipta akaun Dropbox peribadi yang kedua, pentadbir pasukan anda tidak akan mempunyai akses langsung kepada akaun peribadi ini. Walau bagaimanapun, jika anda telah menyambungkan Dropbox peribadi anda dengan peranti kerja, syarikat anda boleh mendapat akses kepada akaun peribadi anda melalui peranti ini.

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Contact support