Semak dan buang pentadbir di dalam akaun Dropbox Business

Pentadbir Dropbox Business perlu menyemak senarai orang dengan akses pentadbiran pada akaun secara berkala.

Untuk menyemak senarai orang dengan akses pentadbiran:

  1. Daftar masuk ke akaun pentadbir Dropbox Business anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Klik Ahli.
  4. Pentadbir akan mempunyai "(Pentadbir)" di sebelah nama mereka.

senarai ahli

Jika anda melihat pentadbir yang anda tidak kenali, atau jika anda ingin membuang pentadbir:

  1. Daftar masuk ke akaun pentadbir Dropbox Business anda.
  2. Klik pada Konsol Pentadbir.
  3. Klik Ahli , dan kemudian cari ahli yang anda ingin hapuskan akaunnya.
  4. Klik ikon gear di sebelah nama ahli, dan pilih sama ada Buang keizinan pentadbir atau Hapuskan pengguna.
  5. Jika anda menghapuskan pengguna, pilih sama ada anda mahu menggunakan penghapusan jarak jauh untuk membuang sebarang fail daripada peranti yang dipautkan oleh pengguna apabila mereka berada dalam talian, dan kemudian klik Hapus.

senarai ahli

Perhatian: Dropbox mengesyorkan bahawa semua akaun Dropbox Business mempunyai sekurang-kurangnya dua pentadbir. Ini memastikan bahawa pasukan boleh berjalan dengan lancar jika seorang pentadbir tiada, atau jika ahli lain perlu melakukan tugas tertentu, seperti mengemas kini maklumat bil.

Artikel lain:

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu