{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Cari kandungan fail di dropbox.com

Carian teks penuh membolehkan anda untuk mencari lebih daripada sekadar nama fail anda. Ia mengimbas nama fail, pelanjutan, kandungan fail, serta dokumen Paper untuk membantu anda mencari apa yang diingini. Carian teks penuh tidak sensitif saiz huruf, dan ia mengandungi pembetulan ejaan peribadi dalam pertanyaan carian anda.

Carian teks penuh tersedia kepada pelanggan dalam pelan-pelan yang berikut:

  • Dropbox Professional
  • Dropbox Business
  • Dropbox Basic atau Plus, jika akaun itu disambungkan dengan akaun Dropbox Business

Perhatian: Carian teks penuh hanya boleh didapati dalam bahasa-bahasa tertentu. Jika anda menggunakan Dropbox dalam bahasa selain daripada bahasa Inggeris, dan anda tidak nampak carian teks penuh, maka ciri ini belum lagi disediakan dalam bahasa anda.

Menggunakan carian teks penuh

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Masukkan perkataan atau lanjutan fail yang anda mahu cari dalam bar carian.

Jika mana-mana nama fail atau folder sepadan dengan istilah carian anda, ia akan ditunjukkan dalam hasil carian juntai bawah. Jika tiada nama fail sepadan dengan istilah carian anda, klik Cari '[kata kunci carian]' di dalam Dropbox saya daripada bar carian juntai bawah. Anda akan dibawa ke hasil carian teks penuh.

Perhatian: Disebabkan anda sedang mencari kandungan fail sebenar—bukan sekadar nama fail—hasil yang ditunjukkan mungkin kelihatan tidak relevan pada sekali imbas. Klik pada fail untuk melihat pratonton untuk memastikan ia fail yang dicari.

Jika anda sedang mencari fail terhapus, tatal ke bahagian bawah hasil carian untuk melihat fail yang sepadan dengan kriteria carian anda.

Ketahui cara untuk memulihkan fail yang dihapuskan.

Jenis fail boleh dicari

Dropbox boleh mencari kandungan jenis fail berikut:

  • .doc
  • .docx
  • .docm
  • .ppt
  • .pptx
  • .pptm
  • .xls
  • .xlsx
  • .xlsm
  • .pdf
  • .rtf
  • .txt
  • Dokumen Paper

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan