Smart Sync

Artikel ini membincangkan ciri yang hanya boleh didapati melalui akses awal untuk pasukan Dropbox Business. Jika anda ingin menggunakan ciri ini, anda boleh mengaktifkannya dan bermula.

Apakah maksudnya untuk produk Dropbox berada dalam "alpha" atau "beta"?

Smart Sync adalah ciri Dropbox yang akan membantu anda menjimatkan ruang pada pemacu keras anda. Akses setiap fail dan folder di dalam akaun Dropbox anda daripada komputer anda, hampir tanpa menggunakan sebarang ruang pemacu keras. Smart Sync disediakan kepada ahli pasukan Dropbox Business. Dengan Smart Sync, anda boleh:

  • Pilih jika fail atau folder individu akan tersedia dalam talian sahaja atau secara tempatan pada komputer anda
  • Pilih tetapan penyelarasan lalai untuk fail dan folder baru yang dikongsi bersama anda

Dengan Smart Sync, kandungan pada komputer anda akan tersedia sama ada sebagai folder dalam talian sahaja, tempatan, atau dalam keadaan kacuk.

Ikon kandungan dalam talian sahaja

Kandungan dalam talian sahaja

Kandungan dalam talian sahaja ditunjukkan di dalam folder Dropbox tempatan anda, tetapi tidak menggunakan jumlah ruang penuh yang sepatutnya digunakan oleh fail itu. Dalam file explorer, anda boleh melihat fail, tetapi kandungan itu tidak dimuat turun sepenuhnya sehingga anda memerlukannya. Hanya maklumat tentang fail, seperti nama fail, lokasi, dan tarikh fail dikemas kini akan dimuat turun.

Ikon kandungan tempatan

Kandungan tempatan

Kandungan tempatan dimuat turun dan disimpan pada pemacu keras komputer anda. Anda boleh terus menyunting fail-fail ini daripada aplikasi pada komputer anda.

Ikon folder keadaan kacuk

Folder keadaan kacuk

Folder keadaan kacuk mengandungi kandungan tempatan dan dalam talian sahaja.


Bermula dengan Smart Sync

Apabila anda mula menggunakan Smart Sync:

  • tidak akan ada perubahan terhadap fail yang sudah berada di dalam folder pada komputer anda
  • kandungan baru akan ditetapkan sebagai dalam talian sahaja secara automatik melainkan anda atau pentadbir pasukan anda memilih sebaliknya

Perhatian: Untuk menggunakan Smart Sync, anda perlu pasangkan aplikasi desktop Dropbox pada komputer anda.

Tunjukkan arahan untuk:

Macintosh

Bagaimana saya menjadikan kandungan dalam talian sahaja?

  1. Buka folder Dropbox kerja pada komputer anda.
    1. Klik ikon Dropbox daripada bar menu.
    2. Klin ikon folder.
    3. Pilih Buka folder [Nama pasukan anda].
  2. Cari kandungan yang anda ingin jadikan dalam talian sahaja.
  3. Control - atau klik kanan fail atau folder itu.
  4. Pilih Smart sync.
  5. Pilih Dalam talian sahaja.

Jadikan kandungan dalam talian sahaja
Jadikan kandungan dalam talian sahaja

Bagaimana saya menyelaraskan kandungan dalam talian sahaja ke komputer saya?

Anda boleh membuka fail seperti biasa melalui aplikasi anda atau Finder. Dropbox akan memuat turun seluruh fail ke komputer anda.

Untuk menyelaraskan fail atau folder tanpa membukanya serta-merta, anda boleh menjadikannya tempatan:

  1. Buka folder Dropbox kerja pada komputer anda.
    1. Klik ikon Dropbox daripada bar menu.
    2. Klin ikon folder.
    3. Pilih Buka folder [Nama pasukan anda].
  2. Cari kandungan yang anda ingin jadikan dalam talian sahaja.
  3. Control - atau klik kanan fail atau folder itu.
  4. Pilih Smart sync.
  5. Pilih Tempatan.

Bagaimana saya memilih tetapan lalai untuk kandungan baru?

  1. Klik ikon Dropbox daripada bar menu.
  2. Klik ikon gear dan pilih Keutamaan... daripada menu.
  3. Klik tab Akaun.
  4. Pilih akaun Dropbox kerja anda.
  5. Ubah pilihan untuk Tetapan lalai Smart Sync:
    • Tetapan lalai pentadbir: tetapan lalai yang dipilih oleh pentadbir pasukan anda.
    • Tempatan: Semua kandungan akan dimuat turun ke komputer anda.
    • Dalam talian sahaja: muat turun fail ke komputer anda apabila anda memerlukannya secara manual.

Windows

Bagaimana saya menjadikan kandungan dalam talian sahaja?

  1. Buka folder Dropbox kerja pada komputer anda.
    1. Klik ikon Dropbox daripada dulang sistem.
    2. Klin ikon folder.
    3. Pilih Buka folder [Nama pasukan anda].
  2. Cari kandungan yang anda ingin jadikan dalam talian sahaja.
  3. Klik kanan fail atau folder itu.
  4. Pilih Smart sync.
  5. Pilih Dalam talian sahaja.

Jadikan kandungan dalam talian sahaja
Jadikan kandungan dalam talian sahaja

Bagaimana saya menyelaraskan kandungan dalam talian sahaja ke komputer saya?

Anda boleh membuka fail seperti biasa melalui aplikasi anda atau Windows Explorer. Dropbox akan memuat turun seluruh fail ke komputer anda.

Untuk menyelaraskan fail atau folder tanpa membukanya serta-merta, anda boleh menjadikannya tempatan:

  1. Buka folder Dropbox kerja pada komputer anda.
    1. Klik ikon Dropbox daripada dulang sistem.
    2. Klin ikon folder.
    3. Pilih Buka folder [Nama pasukan anda].
  2. Cari kandungan yang anda ingin jadikan dalam talian sahaja.
  3. Klik kanan fail atau folder itu.
  4. Pilih Smart sync.
  5. Pilih Tempatan.

Bagaimana saya memilih tetapan lalai untuk kandungan baru?

  1. Klik ikon Dropbox daripada dulang sistem.
  2. Klik ikon gear dan pilih Keutamaan... daripada menu.
  3. Klik tab Akaun.
  4. Pilih akaun Dropbox kerja anda.
  5. Ubah pilihan untuk Tetapan lalai Smart Sync:
    • Tetapan lalai pentadbir: tetapan lalai yang dipilih oleh pentadbir pasukan anda.
    • Tempatan: Semua kandungan akan dimuat turun ke komputer anda.
    • Dalam talian sahaja: muat turun fail ke komputer anda apabila anda memerlukannya secara manual.

Soalan-soalan lazim

Apakah syarat sistem untuk Smart Sync?

Smart Sync berfungsi pada Microsoft Windows Vista ke atas, dan pada Mac OSX 10.9 ke atas.

Saya mempunyai folder yang diselaraskan secara terpilih, bagaimana saya menjadikan kandungan penyelarasan terpilih saya kepada dalam talian sahaja?

Ikut langkah-langkah ini untuk mengubah tetapan penyelarasan terpilih bagi folder anda. Setelah folder anda tidak lagi diselaraskan secara terpilih, ia akan menjadi folder dalam talian sahaja secara automatik.

Adakah dengan mengubah fail kepada dalam talian sahaja akan menghapuskan fail daripada Dropbox saya?

Tidak, menjadikan fail dalam talian sahaja tidak akan menghapuskannya daripada Dropbox anda. Apabila anda menjadikan fail dalam talian sahaja, kandungan fail itu akan dihapuskan daripada komputer anda, tetapi fail yang sebenar akan masih tersedia di dalam akaun anda dalam talian dan pada peranti anda yang lain.

Adakah fail dalam talian sahaja menggunakan ruang pada pemacu keras tempatan saya?

Fail dalam talian sahaja menggunakan sedikit ruang pada pemacu keras anda untuk menyimpan maklumat tentang fail, seperti nama dan saiznya. Ini akan menggunakan sedikit ruang daripada fail yang penuh.

Bolehkah saya mengakses kandungan dalam talian sahaja apabila saya tidak bersambung ke internet?

Tidak, kandungan dalam talian sahaja tidak disimpan secara tempatan pada komputer anda. Sambung ke internet untuk mengakses kandungan dalam talian sahaja.

Bolehkah saya mengalihkan fail dalam talian sahaja di dalam folder Dropbox saya?

Ya, anda boleh mengalihkan kandungan dalam talian sahaja di dalam folder Dropbox pada peranti anda, dan perubahan akan menyelaras ke peranti anda yang lain. Jika anda mengalihkan kandungan dalam talian sahaja di luar folder Dropbox tempatan anda, kandungan akan dimuat turun ke lokasi itu.

Apakah yang akan berlaku jika saya menghapuskan fail dalam talian sahaja atau mengalihkannya ke sampah saya?

Sebarang tindakan yang diambil terhadap fail dalam talian sahaja akan diselaraskan ke akaun Dropbox anda dan sesiapa sahaja yang berkongsi fail itu. Disebabkan fail itu tidak disimpan pada komputer anda, kandungan fail tidak akan boleh didapati dalam sampah anda. Anda boleh memulihkan fail yang dihapuskan daripada akaun Dropbox anda dalam talian.

Ketahui lebih lanjut tentang memulihkan fail.

Bolehkah saya menggunakan carian desktop untuk mencari fail dalam talian sahaja atau kandungannya?

Anda boleh menggunakan carian desktop untuk mencari fail dan folder dalam talian sahaja mengikut nama. Bagaimanapun, fail dalam talian sahaja tidak mempunyai kandungan penuh fail anda, jadi carian desktop anda tidak boleh mencari kandungan fail.

Bolehkah saya mempunyai tetapan Smart Sync yang berbeza pada peranti yang berlainan?

Ya, tetapan Smart Sync unik kepada setiap peranti yang anda pautkan ke akaun Dropbox anda.

Bolehkah saya mempunyai fail tempatan di dalam folder dalam talian sahaja?

Ya, jika folder adalah dalam talian sahaja, anda boleh memuat turun fail individu di dalam folder itu.

Bolehkah saya membuang kandungan daripada peranti saya sepenuhnya tanpa membuangnya daripada Dropbox saya?

Ya, jika anda tidak mahu fail untuk muncul pada peranti, anda boleh menggunakan Penyelarasan Terpilih. Penyelarasan Terpilih akan membantu anda memilih fail yang akan muncul di dalam aplikasi desktop anda, dan yang mana hanya disediakan dalam talian.

Bolehkah saya menggunakan Smart Sync dalam akaun peribadi saya?

Smart Sync disediakan dalam akses awal kepada pengguna Dropbox Business. Ia belum disediakan lagi untuk akaun individu. Jika anda sudah menyambungkan akaun peribadi dan kerja anda, Smart Sync tidak boleh digunakan untuk fail dan folder peribadi.

Adakah pemasangan pemacu diperlukan untuk membolehkan Smart Sync?

Ya, Smart Sync menghendaki membolehkan pemacu, yang dikenali sebagai pelanjutan kernel pada Mac, untuk berintegrasi dengan sistem fail sistem pengendalian anda.

Komputer Mac dan Windows selalunya menggunakan pemacu untuk berinteraksi dengan peralatan sampingan seperti tetikus dan pencetak. Pemacu kami membolehkan klien Dropbox untuk menyelaraskan fail pada sistem fail anda semasa anda membukanya (untuk kandungan dalam talian sahaja). Kami membina pemacu ini untuk menyediakan integrasi yang diperlukan untuk menguasakan Smart Sync sahaja. Ia hanya akan berinteraksi dengan fail di lokasi storan Dropbox anda.

Pemacu diaktifkan apabila pasukan anda memilih masuk untuk menghidupkan Smart Sync.

  • Perhatian: Pada komputer Windows, anda akan melihat satu fail yang bernama "DbxSvc.exe." Jika anda memilih masuk Smart Sync, maka fail ini akan memasang pemacu untuk anda.

Smart Sync dalam akses awal adalah tidak wajib. Jika anda tidak memilih masuk ke dalam akses awal untuk Smart Sync, pemacu tidak akan dipasangkan. Jika salah seorang ahli anda ingin keluar daripada akses awal untuk Smart Sync selepas mendaftar, mereka boleh melakukannya daripada tetapan akaun mereka.

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Other ways to get help

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu