Cara log masuk ke Dropbox dengan SSO

Dikemas kini Apr 14, 2024

ikon orang Artikel ini menerangkan ciri yang tersedia kepada pelanggan dalam pelan pasukan Dropbox Advanced atau Enterprise.

Jika pentadbir anda telah membolehkan single sign-on (SSO), anda akan dapat mengakses Dropbox dengan cara yang sama anda mengakses aplikasi lain untuk kerja—dengan memasukkan kata laluan SSO anda pada halaman log masuk organisasi anda.

Setiap organisasi mempunyai syarat-syarat sendiri untuk pekerja, jadi semak dengan pentadbir anda untuk mengetahui cara menggunakan SSO untuk kerja. Teruskan membaca untuk mengetahui lagi tentang menggunakan Dropbox dengan SSO.

Cara log masuk ke dropbox.com dengan SSO

Apabila anda perlu log masuk ke dropbox.com, masukkan alamat e-mel anda dan klik Teruskan. Anda akan dibawa ke halaman log masuk organisasi anda. Masukkan kata laluan SSO anda di situ (bukan kata laluan Dropbox anda).

Cara menambah komputer ke akaun anda

Jika apl desktop Dropbox pada komputer anda sedang log masuk ke akaun Dropbox anda, anda tidak perlu berbuat apa-apa—komputer itu telah ditambahkan kepada senarai peranti dalam tetapan akaun anda dan anda boleh terus menggunakan apl tanpa perlu log masuk sekali lagi.

Walau bagaimanapun, jika anda perlu mengalih keluar komputer anda dan menambah komputer baru, anda memerlukan versi terbaru apl untuk menggunakan SSO.

Untuk menambah komputer kepada senarai peranti anda: 

  1. Buka aplikasi desktop Dropbox.
  2. Pilih Saya sudah mempunyai akaun Dropbox dan klik Teruskan.
  3. Masukkan alamat e-mel anda dan klik Teruskan.
  4. Klik butang Dapatkan kod pautan anda .
  5. Jika anda belum log masuk ke halaman SSO organisasi anda, anda akan digesa untuk berbuat demikian dalam pelayar web anda. Masukkan alamat e-mel, kata laluan SSO (bukan kata laluan Dropbox anda), dan sebarang maklumat lain yang dikehendaki oleh organisasi anda. Jika anda telah log masuk, anda akan melangkau langkah ini.
  6. Satu halaman akan dibuka dalam pelayar anda dan memaparkan kod. Klik butang Salin kod pautan, atau pilih dan salin kod secara manual.
  7. Kembali ke apl desktop Dropbox dan klik Tampal, atau tampal kod ke dalam medan secara manual dan klik Teruskan.
  8. Ikuti proses persediaan yang selebihnya untuk menyelesaikan penambahan komputer ke akaun Dropbox anda.

Cara menambah peranti mudah alih ke akaun anda

Jika apl desktop Dropbox pada telefon atau tablet anda sedang log masuk ke akaun Dropbox anda, anda tidak perlu berbuat apa-apa—peranti itu telah ditambahkan kepada senarai peranti dalam tetapan akaun anda dan anda boleh terus menggunakan apl tanpa perlu log masuk sekali lagi.

Walau bagaimanapun, jika anda perlu mengalih keluar peranti anda dan menambah peranti baru, anda memerlukan versi terbaru apl untuk menggunakan SSO.

Untuk menambah telefon atau tablet ke senarai peranti anda: 

  1. Buka aplikasi mudah alih Dropbox.
  2. Tekan Saya Sudah Menjadi Pengguna Dropbox.
  3. Masukkan alamat e-mel anda dan tekan Log masuk ke Dropbox.
  4. Jika anda belum log masuk ke halaman SSO organisasi pada peranti anda, tetingkap pelayar akan terbuka dan menggesa anda untuk berbuat demikian. Masukkan alamat e-mel, kata laluan SSO (bukan kata laluan Dropbox anda), dan sebarang maklumat lain yang dikehendaki oleh organisasi anda. Jika anda sudah pun log masuk pada peranti anda, anda akan melangkau langkah ini.
  5. Satu halaman akan dibuka dalam pelayar anda yang meminta kelulusan anda untuk apl menggunakan SSO. Tekan Benarkan.
  6. Dalam apl mudah alih Dropbox, ikuti proses persediaan yang selebihnya untuk menyelesaikan penambahan peranti ke akaun Dropbox anda.

Bolehkah saya terus menggunakan kata laluan Dropbox saya?

Jika pentadbir anda telah menjadikan SSO tidak wajib, anda boleh menggunakan mana-mana kaedah log masuk. Anda boleh log masuk ke halaman organisasi anda dengan kata laluan SSO untuk kerja, atau klik Log masuk dengan kelayakan Dropbox untuk log masuk dengan kata laluan Dropbox anda.

Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan