Adakah semua ahli pasukan saya akan mempunyai akses ke fail saya?

Bahagian dalam artikel ini:

Belum menggunakan Dropbox lagi? Lihat bagaimana Dropbox memudahkan pengurusan keizinan fail.

Adakah fail saya akan dapat dilihat oleh ahli pasukan atau pentadbir jika saya menyertai pasukan Dropbox Business?

Menyertai pasukan Dropbox Business tidak menjadikan sebarang fail atau folder anda tersedia kepada ahli pasukan yang lain—secara lalai, semua yang dalam akaun Business anda adalah peribadi. Ahli pasukan lain tidak akan dapat mengakses fail anda melainkan jika anda membuat keputusan untuk kongsikan kepada mereka dengan folder kongsian atau pautan baca sahaja.

Walau bagaimanapun, jenis pentadbir tertentu mempunyai keupayaan untuk mendaftar masuk ke akaun anda menggunakan "Daftar masuk sebagai pengguna." Jika anda seorang ahli pasukan Dropbox Business yang bukan pentadbir, pentadbir anda boleh mendaftar masuk ke akaun anda untuk melakukan mana-mana perkara yang berikut:

  • Lihat struktur folder ahli pasukan
  • Kongsi fail atau folder dengan orang lain
  • Lihat, buka, dan muat turun fail
  • Hapuskan fail, atau pulihkan fail yang terhapus

Pentadbir anda juga boleh membuang akses kepada akaun Business anda, atau memindahkan kandungannya kepada ahli lain.

Jika anda merupakan ahli pasukan, dan anda memautkan akaun Dropbox peribadi dan kerja anda, "daftar masuk sebagai pengguna" tidak akan membenarkan pentadbir anda membuka dan mengakses akaun peribadi anda yang dipautkan. Bagaimanapun, mereka boleh melihat nama dan alamat e-mel akaun peribadi anda yang dipautkan.

Untuk maklumat lanjut, semak Perjanjian Dropbox Business dan Dasar Privasi kami. Anda juga mungkin ingin menghubungi pentadbir anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dasar dan prosedur khusus pasukan anda.

Bagaimanakah saya bekerjasama dengan ahli pasukan dalam Dropbox Business?

Untuk berkongsi maklumat dengan subset tertentu individu, kami mencadangkan menggunakan folder kongsian. Folder kongsian sesuai untuk sekumpulan orang yang berminat untuk bekerjasama dalam satu set fail atau folder bersama-sama. Pemilik folder kongsian boleh menguruskan keahlian folder kongsian dengan mengawal siapa yang boleh menjemput ahli baru ke folder, dan membuang ahli folder seperti yang diperlukan. Pemilik juga boleh menyahkongsi folder sepenuhnya.

Bolehkah saya berkongsi salinan baca sahaja fail saya dengan ahli pasukan?

Pautan kongsian membolehkan anda untuk menghantar pautan baca sahaja kepada seluruh folder, subfolder, atau fail. Penerima pautan boleh memuat turun fail atau folder ke komputer atau ke akaun Dropbox mereka. Jika pengguna memilih untuk memuat turun fail atau folder ke akaun Dropbox, sebarang suntingan yang dibuat tidak akan memberi kesan kepada fail asal—akses akan diketatkan kepada baca sahaja.

Adakah pentadbir pasukan saya akan mempunyai akses kepada fail pada Dropbox peribadi saya?

Pentadbir Dropbox Business tidak mempunyai kawalan atau akses terhadap Dropbox peribadi anda. Bagaimanapun, sila ambil perhatian jika anda telah memautkan Dropbox peribadi anda kepada komputer atau peranti yang dimiliki oleh organisasi, akaun tersebut akan tertakluk kepada dasar organisasi anda.

Bolehkah saya berkongsi folder dan pautan dengan orang di luar pasukan Dropbox Business saya?

Pentadbir dalam akaun Dropbox Business anda boleh menetapkan keizinan global pasukan anda untuk menentukan sama ada ahli boleh berkongsi pautan dan/atau folder di luar akaun Dropbox Business. Untuk berbuat demikian, mereka boleh log masuk ke dalam Konsol pentadbir dan klik Berkongsi.

Dropbox Business

Artikel ini merujuk kepada ciri yang khusus untuk Dropbox Business. Dropbox Business ditujukan kepada projek, kumpulan, dan lain-lain organisasi yang ingin berkongsi kuota simpanan Dropbox yang sama di kalangan semua ahlinya. Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut atau ingin mendaftar, sila lawati laman web Dropbox Business.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan