Folder pasukan: gambaran umum

Folder pasukan adalah alat yang berkuasa untuk berkongsi dengan pasukan anda. Folder pasukan tersedia untuk pasukan Dropbox Business dan pasukan percuma Dropbox. Dengan folder pasukan, anda boleh:

  • Selaraskan kandungan di dalam folder pasukan dengan ahli kumpulan secara automatik
  • Pilih untuk berkongsi fail atau folder individu di dalam folder pasukan

Ketahui lebih lanjut tentang:

Folder pasukan untuk Dropbox Business

Sesetengah pasukan mempunyai akses kepada struktur folder pasukan yang baru. Jika anda melihat ikon folder ungu dengan satu orang padanya di dropbox.com, anda mempunyai ruangan pasukan yang baru. Ketahui lebih lanjut tentang ruangan pasukan.

Jika anda tiada folder ungu ini, pasukan anda mempunyai folder pasukan standard. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.

Bagaimana untuk mencipta folder pasukan

Pentadbir boleh mencipta folder pasukan di dalam konsol pentadbir. Jika anda adalah ahli pasukan dan anda inginkan folder pasukan baru, hubungi pentadbir anda untuk bantuan.

Folder pasukan dan kumpulan

Folder pasukan dikongsi dengan kumpulan dan merupakan pusat kandungan untuk pasukan. Kumpulan diberikan peranan (sama ada sebagai editor atau lihat-sahaja) untuk folder pasukan.

Jika anda perlukan akses kepada folder pasukan yang anda bukan ahlinya, hubungi pentadbir anda untuk ditambah ke kumpulan yang relevan.

Perhatian: Pentadbir pasukan Dropbox Business memiliki dan menguruskan folder pasukan.

Ketahui lebih lanjut tentang menguruskan folder pasukan.

Kongsi kandungan di dalam folder pasukan

Semua kandungan di dalam folder pasukan anda akan dikongsi secara automatik dengan sesiapa sahaja yang boleh mengakses folder pasukan. Jika anda editor, anda boleh kongsi kandungan di dalam folder pasukan anda dengan kolaborator di luar kumpulan anda.

Untuk berkongsi folder di dalam folder pasukan:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan akaun kerja anda.
  2. Klik folder pasukan anda.
  3. Cari folder yang anda ingin kongsi.
  4. Pilih Kongsi.
  5. Taipkan e-mel atau nama orang yang anda ingin jemput ke dalam kotak teks.
    • Nama berwarna biru adalah ahli pasukan anda.
    • Nama berwarna kuning bukan ahli pasukan anda.
  6. Pilih Kongsi.

Orang yang anda jemput mesti menerima jemputan sebelum mereka boleh mengakses kandungan di dalam folder itu.

Orang yang hanya boleh mengakses folder di dalam folder pasukan, tetapi bukan folder pasukan itu sendiri:

  • Menerima folder seperti folder kongsian
  • Tiada akses kepada folder pasukan atau sebarang kandungan folder yang lain
  • Tiada penglihatan ke dalam struktur folder

Perhatian: Pentadbir pasukan boleh mengehadkan keupayaan anda untuk menjemput orang ke folder di dalam folder pasukan.

Memulihkan folder di dalam folder pasukan

Apabila anda memulihkan folder yang berada di dalam folder pasukan, keizinan perkongsian folder itu juga dipulihkan. Jika folder dikongsi dengan Janey Smith sebelum ia dihapuskan, ia akan dikongsi dengan Janey Smith setelah ia dipulihkan.

Jika anda tidak mahu ahli terdahulu untuk mempunyai akses kepada folder setelah anda memulihkannya, pulihkan folder kemudian buang mereka daripada folder.

Peranan di dalam folder pasukan

Pentadbir pasukan menentukan peranan kumpulan apabila folder pasukan dikongsi:

  • Editor: Kumpulan anda boleh menyunting folder pasukan dan semua kandungan di dalamnya.
  • Lihat-sahaja: Kumpulan anda boleh melihat kandungan di dalam folder pasukan. Pentadbir pasukan boleh memberi anda akses menyunting kepada folder di dalam folder pasukan.

Bolehkah saya mengehadkan akses kepada folder di dalam folder pasukan?

Akses kepada folder di dalam folder pasukan boleh diberikan kepada orang baru. Bagaimanapun, akses tidak boleh ditarik balik daripada orang yang menjadi ahli folder tahap yang lebih tinggi. Jika anda ada akses kepada folder, anda ada akses kepada semua folder di dalamnya. Jika anda tidak mahu sesetengah orang untuk mengakses folder di dalam folder pasukan, anda boleh:

  • Pindahkan folder ke tahap yang lebih tinggi daripada folder pasukan
  • Cipta folder kongsian baru dan hanya berikan akses kepada orang yang relevan

Bolehkah saya mengalihkan folder kongsian sedia ada ke dalam folder pasukan?

Jika anda pemilik folder kongsian, anda boleh alihkan folder kongsian itu ke dalam folder pasukan dengan:

  • Menyeret folder kongsian ke dalam folder pasukan daripada desktop anda
  • Mengalihkan folder di www.dropbox.com

Bolehkah saya mengalihkan folder pasukan?

Tidak, folder pasukan terletak di lokasi yang sama untuk setiap ahli: di dalam folder Dropbox utama anda.

Bolehkah saya menamakan semula folder di dalam folder pasukan?

Ya, anda boleh menamakan semula folder di dalam folder pasukan.

Perhatian: Jika folder di dalam folder pasukan dinamakan semula, semua ahli folder induk akan melihat nama yang baru. Bagaimanapun, orang yang cuma ahli folder di dalam folder pasukan akan terus melihat nama asal.

Bolehkah saya berkongsi pautan ke folder pasukan?

Tidak, anda tidak boleh berkongsi pautan ke seluruh folder pasukan. Jika tetapan untuk folder membenarkannya, anda boleh berkongsi pautan ke kandungan di dalam folder pasukan.

Mengapa folder pasukan saya menyelaras ke komputer saya secara automatik?

Setelah folder pasukan ditambah ke akaun anda, folder itu akan menyelaras ke sebarang peranti anda yang bersambung secara automatik. Anda boleh gunakan penyelarasan terpilih untuk menghalang folder daripada menyelaras ke peranti anda.

Ketahui lebih lanjut tentang penyelarasan terpilih.

Bagaimana saya pastikan jika saya sedang menggunakan folder pasukan?

Folder pasukan mempunyai ikon berlainan daripada folder kongsian:

Ikon Folder pasukan pada komputer Windows

Ikon Folder pasukan pada Mac

Bagaimana saya mendapat akses ke folder pasukan?

Folder pasukan tersedia untuk pasukan Dropbox Business. Jika anda ingin menggunakan folder pasukan, anda boleh menaik taraf kepada Dropbox Business. Akaun Dropbox Business direka untuk pasukan dan mempunyai sekurang-kurangnya tiga orang pengguna.

Folder pasukan untuk pasukan Dropbox percuma

Folder pasukan akan dijana secara automatik apabila anda mencipta pasukan Dropbox percuma. Folder pasukan dikongsi dengan setiap ahli pasukan anda. Apabila ahli baru menyertai pasukan anda, folder pasukan akan ditambah ke akaun mereka.

Kongsi kandungan di dalam folder pasukan

Semua kandungan di dalam folder pasukan anda akan dikongsi dengan seluruh pasukan secara automatik. Anda boleh kongsi kandungan di dalam folder pasukan anda dengan kolaborator di luar pasukan anda.

Untuk berkongsi folder di dalam folder pasukan:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan akaun kerja anda.
  2. Klik folder pasukan anda.
  3. Cari folder yang anda ingin kongsi.
  4. Pilih Kongsi.
  5. Taipkan e-mel atau nama orang yang anda ingin jemput ke dalam kotak teks.
    • Nama berwarna biru adalah ahli pasukan anda.
    • Nama berwarna kuning bukan ahli pasukan anda.
  6. Pilih Kongsi.

Orang yang anda jemput mesti menerima jemputan sebelum mereka boleh mengakses kandungan di dalam folder itu.

Orang yang hanya boleh mengakses folder di dalam folder pasukan, tetapi bukan folder pasukan itu sendiri:

  • Terima folder seperti folder kongsian
  • Tiada akses kepada folder pasukan atau sebarang kandungan folder yang lain
  • Tiada penglihatan ke dalam struktur folder

Bolehkah saya mengehadkan akses kepada folder di dalam folder pasukan?

Akses kepada folder di dalam folder pasukan boleh diberikan kepada orang baru. Bagaimanapun, akses tidak boleh ditarik balik daripada orang yang menjadi ahli folder tahap yang lebih tinggi. Jika anda ada akses kepada folder, anda ada akses kepada semua folder di dalamnya. Jika anda tidak mahu sesetengah orang untuk mengakses folder di dalam folder pasukan, anda boleh:

  • Pindahkan folder ke tahap yang lebih tinggi daripada folder pasukan
  • Cipta folder kongsian baru dan hanya berikan akses kepada orang yang relevan

Bolehkah saya mengalihkan folder kongsian sedia ada ke dalam folder pasukan?

Jika anda pemilik folder kongsian, anda boleh alihkan folder kongsian itu ke dalam folder pasukan dengan:

  • Menyeret folder kongsian ke dalam folder pasukan daripada desktop anda
  • Mengalihkan folder di www.dropbox.com

Bolehkah saya menamakan semula atau menghapuskan folder pasukan?

Tidak, folder pasukan tidak boleh dinamakan semula atau dihapuskan.

Jika anda cuma ahli folder di dalam folder pasukan, anda boleh menamakan semula atau menghapuskan folder kongsian. Perubahan ini hanya dikenakan kepada akaun anda dan tidak akan menjejaskan ahli folder yang lain.

Bagaimana saya membuang folder pasukan daripada peranti saya yang bersambung?

Anda boleh gunakan penyelarasan terpilih untuk menghalang folder daripada menyelaras ke peranti anda.

Ketahui lebih lanjut tentang penyelarasan terpilih.

Bolehkah saya mengalihkan folder pasukan?

Tidak, folder pasukan terletak di lokasi yang sama untuk setiap ahli: di dalam folder Dropbox utama anda.

Bolehkah saya menamakan semula folder di dalam folder pasukan?

Ya, anda boleh menamakan semula folder di dalam folder pasukan.

Perhatian: Jika folder di dalam folder pasukan dinamakan semula, semua ahli folder induk akan melihat nama yang baru. Bagaimanapun, orang yang cuma ahli folder di dalam folder pasukan akan terus melihat nama asal.

Bolehkah saya berkongsi pautan ke folder pasukan?

Tidak, anda tidak boleh berkongsi pautan ke seluruh folder pasukan. Jika tetapan untuk folder membenarkannya, anda boleh berkongsi pautan ke kandungan di dalam folder pasukan.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan