Apa yang saya perlu tahu tentang penutupan Carousel?

Pada 31 Mac 2016, kami menutup Carousel sebagai apl kendiri, dan kembali kepada satu pengalaman foto Dropbox. Semua foto anda selamat di dalam Dropbox, tetapi apl Carousel untuk iOS dan Android berhenti berfungsi bermula 31 Mac 2016.

Baca di bawah untuk jawapan kepada beberapa soalan lazim tentang penutupan Carousel.

Apakah yang terjadi kepada foto saya?

Foto anda sentiasa disandarkan ke Dropbox, jadi ia masih selamat disimpan di dalam Dropbox dan boleh dilihat dan dikongsi pada semua peranti anda melalui apl Dropbox atau di dropbox.com. Untuk melihat foto anda dalam talian, pergi ke photos.dropbox.com.

Untuk mengakses paparan fail dan folder pada apl desktop atau apl mudah alih Dropbox:

  • Folder Muat Naik Kamera mengandungi foto yang disandarkan secara automatik daripada telefon atau kamera anda
  • Folder Carousel mengandungi foto disimpan yang dikongsi bersama anda melalui Carousel
  • Anda juga boleh mendapatkan foto di dalam mana-mana folder Dropbox lain di mana anda menyimpannya

Apakah yang terjadi kepada album peribadi yang saya cipta di dalam Carousel?

Anda boleh terus mengakses album peribadi anda menggunakan Dropbox. Untuk melihat foto anda dalam talian, pergi ke photos.dropbox.com.

Untuk melihat foto anda pada apl Dropbox Android:

  1. Buka menu utama.
  2. Tekan Foto.
  3. Tekan Album.

Apl Dropbox iOS tidak menyokong kefungsian album buat masa ini.

Apakah yang berlaku kepada album kongsian yang saya cipta di dalam Carousel?

Sehingga 31 Mei 2016, anda mempunyai pilihan untuk mengeksport semua foto dan teks perbualan dari album kongsian Carousel anda ke Dropbox anda. Walau bagaimanapun, anda tidak lagi mempunyai pilihan untuk mengeksport kandungan album kongsian.

Adakah saya masih boleh menyandarkan foto saya secara autoamatik?

Ya, kefungsian sandaran automatik yang sama tersedia melalui apl mudah alih Dropbox pada iOS atau Android.

Untuk mula menggunakan apl mudah alih Dropbox untuk menyandarkan foto anda, ikut langkah di bawah:

  1. Nyahpasang apl Carousel daripada peranti anda.
  2. Buka apl Dropbox.
  3. Buka menu Tetapan.
  4. Sahkan bahawa Muat Naik Kamera telah dibolehkan.

Adakah saya akan kehilangan ruang bonus yang saya perolehi dengan memasang Carousel?

Jika anda menerima 3 GB bonus kerana memasang dan menyandarkan foto melalui Carousel, ruang itu adalah milik anda.

Apakah yang berlaku kepada ciri Kosongkan ruang?

Kami masih sedang mengusahakan ciri Kosongkan ruang, dan berharap untuk mempunyai kemas kini lewat tahun ini.

Apakah yang akan berlaku kepada foto dan video tersembunyi saya?

Pengalaman foto Dropbox tidak akan mempunyai paparan khusus untuk foto dan video tersembunyi anda. Foto yang anda telah sembunyikan di dalam Carousel masih berada di dalam Dropbox anda, tetapi tidak boleh dilihat menggunakan paparan galeri daripada tab Foto. Untuk memperlihatkan foto ini:

  1. Cari foto yang anda sembunyikan dalam paparan fail atau folder anda.
  2. Seret foto itu keluar daripada folder Dropbox anda.
  3. Letakkan foto itu kembali ke dalam Dropbox anda.
  4. Foto ini sekarang tidak akan tersembunyi dan akan muncul dalam tab Foto di dropbox.com dan pada apl mudah alih Dropbox.
Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu