Syarat keperluan sistem Dropbox: gambaran keseluruhan

Dikemas kini Feb 13, 2024
highlight icon

Maklumat dalam artikel ini terpakai kepada semua pengguna Dropbox.

Aplikasi desktop Dropbox

Untuk mengetahui keperluan sistem anda, pilih apl atau laman web yang anda ingin gunakan dan sistem pengendalian anda dari senarai di bawah.

Jika anda menggunakan komputer Windows (bukan dalam mod S), dan anda ingin menjalankan apl Dropbox, anda perlu gunakan:

highlight icon

Perhatian:

  • Dropbox menyokong pemproses ARM untuk versi Windows di atas.
  • Dropbox tidak menyokong Windows Server OS.

Untuk menjalankan apl desktop Dropbox pada Mac anda, anda perlu menggunakan:

Apl mudah alih Dropbox

Untuk menjalankan apl mudah alih Dropbox pada peranti Android anda, anda perlu menggunakan:

Ketahui cara mengakses akaun Dropbox anda pada peranti mudah alih Android.

Untuk menjalankan apl Dropbox pada peranti iOS (iPhone, iPad atau iPod touch), anda perlu menggunakan:

Ketahui cara mengakses akaun Dropbox anda pada peranti mudah alih iOS.

Apl Dropbox untuk Windows dalam mod S (Dropbox Lite)

Untuk menjalankan Dropbox Lite pada peranti anda menggunakan Windows dalam mod S (Universal Windows Platform), anda perlu:

Ketahui lagi tentang apl Dropbox untuk Windows dalam mod S (Dropbox Lite).

Apl desktop Dropbox untuk komputer Linux

Syarat keperluan utama untuk Linux

Untuk menjalankan apl Dropbox pada komputer anda menggunakan Linux, anda memerlukan:

  • Ubuntu 14.04 atau lebih baru
  • Fedora 21 atau lebih baru
  • Glibc 2.19 atau lebih baru
  • Aplikasi Dropbox terkini untuk Linux
  • Folder Dropbox pada pemacu keras atau petak yang diformat dengan salah satu jenis sistem fail yang berikut:
    • ext4
    • zfs (pada sistem 64 bit sahaja)
    • eCryptFS (disandar oleh ext4)
    • xfs (pada sistem 64-bit sahaja)
    • btrfs
highlight icon

Perhatian:

  • Jika peranti anda tidak memenuhi syarat keperluan sistem pengendalian ini, anda masih akan dapat menggunakan apl desktop Dropbox tetapi hasilnya mungkin berbeza-beza. 
  • Jika anda mengalami masalah dan menghubungi Sokongan Dropbox tanpa syarat keperluan sistem yang betul untuk Linux, anda akan diminta menggunakan syarat keperluan sistem yang betul.
  • Dropbox tidak menyokong pemproses ARM untuk Linux.

Aplikasi Dropbox penuh pada Linux

Selain itu, jika anda ingin mendapat aplikasi desktop Dropbox yang penuh, anda perlu gunakan:

  • Komputer yang mampu menjalankan sistem pengendalian yang dikehendaki, dan salah satu persekitaran desktop yang berikut:
    • GNOME shell (anda mungkin memerlukan sambungan TopIcons untuk mendapat ikon Dropbox dalam bar menu anda.)
    • Unity
    • GNOME Classic
    • XFCE with dengan pergantungan Nautilus yang sepadan
  • Syarat keperluan tambahan ini, jika berkenaan:
    • GTK 2.24 atau lebih baru
    • Glib 2.40 atau lebih baru
    • Libappindicator 12.10 atau lebih baru
    • Nautilus 3.10.1 atau lebih baru

Aplikasi Dropbox tanpa grafik pada Linux

Untuk menjalankan apl Dropbox tanpa grafik (menggunakan baris perintah sahaja), anda cuma memerlukan syarat keperluan utama aplikasi Dropbox. Kemudian, anda boleh pasang apl dan gunakan Antara Muka Baris Perintah Linux (CLI) untuk mengawal apl desktop.

Laman web Dropbox di dropbox.com

Anda boleh menghantar dan memuat turun fail dari dropbox.com menggunakan kebanyakan pelayar moden. Bagaimanapun, dropbox.com berfungsi paling baik pada dua versi terkini:

highlight icon

Perhatian: Safari versi 12 dan lebih awal tidak disokong.

Alamat IPv6

Apl desktop Dropbox menyokong penyambungan pada rangkaian yang menggunakan pengalamatan IPv6. 

Syarat keperluan:

  • Versi terkini apl desktop Dropbox
  • Gerbang laluan DNS64/NAT64 yang berfungsi

Dropbox mengesan protokol alamat yang digunakan pada rangkaian secara automatik. Jika rangkaian dalaman anda menggunakan pengalamatan IPv6, maka apl desktop akan beroperasi dalam persekitaran ini.  

Pelaksanaan IP dwitindan (atau dwitindan natif)

Dengan pelaksanaan IP dwi-tindanan di mana kedua-dua IPv6 dan IPv4 tersedia, Dropbox menggunakan rangkaian IPv6 secara lalai. Jika pengalamatan IPv6 perlahan untuk diselesaikan, apl menggunakan IPv4 secara lalai.

highlight icon

Perhatian: Penyelarasan LAN menggunakan IPv4. Jika rangkaian anda hanya menyokong IPv6, maka anda tidak boleh menggunakan penyelarasan LAN.

Dropbox Paper di web dan apl mudah alih Dropbox Paper

Anda boleh menggunakan Dropbox Paper pada kebanyakan pelayar moden. Walau bagaimanapun, Dropbox Paper berfungsi paling baik pada dua versi paling baru:

highlight icon

Perhatian: Safari versi 11 dan lebih awal tidak disokong.

Apl mudah alih Dropbox Paper

Untuk iPhone, iPad, dan iPod Touch:

Untuk telefon Android:

Desktop dan apl mudah alih Dropbox Passwords

Ketahui cara untuk memuat turun dan memasang Dropbox Passwords.

Aplikasi mudah alih Dropbox Passwords

  • Untuk iPhone dan iPad, anda memerlukan iOS 13.1 atau lebih baru.
    • Perhatian: Aplikasi mudah alih Dropbox Passwords selamat untuk digunakan pada iPad, tetapi tidak disokong secara rasmi.

  • Untuk Android, anda memerlukan Android 8 (API tahap 26) atau lebih baru.
    • Perhatian: Apl ini tidak disokong pada Chrome OS.

Sambungan pelayar Dropbox Passwords

  • Chrome 66 atau lebih baru
  • Firefox 63 atau lebih baru
  • Edge 79 atau lebih baru
  • Safari 14 atau lebih baru

Apl Dropbox untuk Infinite Office

Apl Dropbox untuk Infinite Office tersedia di Oculus App Lab. Untuk menjalankan apl, anda perlu menggunakan peranti Oculus Quest 2.

Untuk pengalaman terbaik, sentiasa pastikan peranti anda dikemas kini dengan versi terbaru apl Dropbox, dan dijalankan pada peranti yang mempunyai sekurang-kurangnya:

  • 1 GB ruang pemacu keras
  • 2GB RAM
Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan