{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Mengapa Dropbox memaparkan mesej yang mengatakan saya menjalankan versi aplikasi yang lama?

Kami kerap mengeluarkan versi baru aplikasi Dropbox dengan ciri-ciri tambahan, prestasi lebih baik dan peningkatan keselamatan. Versi-versi baru ini akan dilancarkan melalui kemas kini automatik.

Sesetengah keadaan boleh menyebabkan kemas kini ini gagal. Kegagalan untuk mengemas kini boleh disebabkan oleh konfigurasi persekitaran, seperti isu keizinan, atau oleh interaksi dengan aplikasi lain, seperti antivirus atau dasar tembok api.

Selepas beberapa cubaan gagal untuk mengemas kini secara automatik, aplikasi Dropbox akan memaparkan mesej berikut:

“Anda sedang menggunakan versi lama Dropbox.”

Bergantung pada betapa lapuk versi anda, mesej ini boleh menyertakan bilangan hari yang anda ada sebelum versi semasa anda berhenti berfungsi.

Untuk terus menggunakan Dropbox, ikut langkah-langkah ini:

  1. Muat turun versi terkini aplikasi.
  2. Apabila muat turun selesai, klik dua kali pemasang Dropbox untuk melancarkannya sebagai pengguna sistem semasa anda.
  3. Versi lama mungkin mewajibkan anda untuk memasukkan kelayakan log masuk Dropbox anda selepas mengemas kini. Selepas anda melog masuk, aplikasi Dropbox akan mengambil sedikit masa untuk membandingkan folder Dropbox pada komputer anda dengan akaun dalam talian anda untuk menentukan jika ia perlu menyelaraskan sebarang fail.

Perhatian: Anda mungkin perlu menyahpasang aplikasi Dropbox sebelum memasang semula jika:

  • Anda diarahkan untuk menyahpasang di dalam aplikasi atau oleh sokongan Dropbox
  • Pemasangan tidak selesai
  • Masalah yang anda ingin selesaikan dengan memasang semula aplikasi terus berlaku

Jika kaunter untuk mengemas kini aplikasi anda telah luput, Dropbox anda akan berhenti menyelaras dan memaparkan mesej berikut:


Versi lama mesej ralat
Ralat versi lama pada permulaan.

Untuk membaikinya, klik Kemas Kini Dropbox untuk memulakan proses kemas kini dan terus menggunakan Dropbox.

Dropbox Business

Jika anda sebahagian daripada pasukan Dropbox Business, kemas kini automatik anda mungkin gagal kerana profil pengguna anda pada komputer anda tidak mempunyai keizinan untuk memasang versi aplikasi Dropbox yang baru. Jika kemas kini manual gagal, hubungi pentadbir IT anda untuk mendapatkan bantuan.

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan