Folder Dropbox pada komputer anda: ralat dan mesej lain

Dalam keadaan terpencil, anda boleh melihat mesej ralat pada folder Dropbox pada komputer anda. Pilih daripada senarai ralat di bawah untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan.

Bahagian dalam artikel ini:

“Tidak dapat mewujudkan sambungan selamat“

Semua sambungan ke perkhidmatan Dropbox menggunakan sambungan yang selamat (SSL). Jika anda mendapat ralat “Tidak dapat mewujudkan sambungan selamat“, periksa yang berikut:

Adakah sistem anda salah?

Komputer anda akan membandingkan tarikh sistem anda dengan tarikh luput sijil SSL kami. Jika masa sistem anda terkebelakang atau terlalu jauh ke depan sehingga ia di luar tarikh luput sijil SSL Dropbox, sambungan yang selamat tidak akan dapat diwujudkan.

Untuk membetulkan perkara ini, tukar masa sistem anda kepada tarikh semasa (sama ada pada komputer anda, penghala anda, atau kedua-duanya).

Perhatian: Masa sistem berbeza daripada tarikh/masa yang muncul dalam dulang sistem atau bar menu komputer anda. Semak pusat bantuan macOS atau Windows untuk maklumat lanjut.

Adakah anda ada proksi atau tembok api yang menyekat perkhidmatan Dropbox?

  • Dropbox menggunakan port internet biasa (80 dan 443) untuk memindahkan data. Bagaimanapun, beberapa perisian firewall dan keselamatan (seperti program antivirus) akan menyekat perkhidmatan internet tidak sah atau tidak diketahui secara proaktif. Tambah Dropbox ke tetapan proxy atau firewall sebagai pengecualian untuk bersambung ke perkhidmatan Dropbox.
  • Isu-isu yang diketahui berkenaan ESET Endpoint Security Solutions: Produk ini boleh bercanggah dengan Dropbox apabila pengimbasan SSL dihidupkan. Untuk mengelakkan ini berlaku, anda boleh mengecualikan sijil Dropbox dalam mod "Tanya tentang laman yang belum dilawat", serta mengecualikan dropbox.exe daripada penapisan protokol.
  • Isu-isu yang diketahui dengan Kaspersky Endpoint Security 8: Produk ini sedang mempunyai percanggahan dengan Dropbox yang menghalang pengguna daripada menyambung selepas aplikasi dikemas kini. Kaedah penyelesaian semasa adalah dengan menambah pengecualian dalam Kaspersky supaya membenarkan Dropbox untuk disambungkan. Pilihan kedua adalah dengan menaik taraf aplikasi kepada versi Kaspersky Endpoint Security 10. Maklumat lanjut di laman Kaspersky.
  • Isu yang diketahui dengan Hitman Pro (anti-perisian hasad): Produk ini sedang mengalami percanggahan dengan Dropbox yang boleh menghalang operasi pelarasan Dropbox. Terdapat penyelesaian yang diketahui untuk ini, namun begitu anda boleh melumpuhkan Hitman Pro buat sementara ketika anda sedang melaras Dropbox anda. Lawat laman web Hitman Pro untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini, atau untuk melaporkan positif palsu.

Adakah tetapan proksi lalai anda salah?

Sesetengah program perisian luar akan mengubah tetapan proksi lalai komputer anda setelah dipasang dan mungkin tidak akan memaklumkan perkara ini kepada anda. Pastikan bahawa tetapan proksi anda tidak diubah dan, jika anda tidak menggunakan tetapan proksi, pilih "Tiada proksi".

Anda juga boleh menggunakan menu Keutamaan Dropbox untuk menetapkan tetapan Proksi:

  1. Klik ikon Dropbox dalam dulang sistem atau bar menu.
  2. Pilih Keutamaan…
  3. Klik pada tab Rangkaian.
  4. Masukkan tetapan proksi anda di bahagian yang dilabel Tetapan Proksi.

Ini tidak menyelesaikan isu saya. Bawa saya balik ke atas artikel ini.

"Alihkan Dropbox ke lokasi yang disokong / Sistem fail yang tidak disokong"

Jika anda nampak pemberitahuan bahawa anda perlu mengalihkan folder Dropbox ke lokasi yang disokong, atau anda sedang cuba mengalihkan Dropbox ke sistem fail yang disokong, anda perlu menyemak bahawa lokasi folder Dropbox itu mempunyai sistem fail yang disokong. Untuk menjamin kestabilan dan pengalaman yang konsisten, kami menguji keserasian dan tingkah laku Dropbox dengan ketat menggunakan sistem fail yang paling lazim. Salah satu syarat keperluan kami adalah folder Dropbox mesti terletak pada sistem fail yang menyokong atribut lanjutan.

Jika anda nampak pemberitahuan ini, sila alihkan folder Dropbox ke lokasi yang disokong.

Untuk menyemak sistem fail bagi lokasi folder Dropbox, anda boleh gunakan alat Pengurusan Cakera (Windows) atau alat Utiliti Cakera (Mac).

Perhatian kepada pengguna yang mahir: Jika anda tidak mempunyai lokasi yang disokong, anda juga boleh cuba memformatkan semula lokasi menjadi sistem fail yang disokong. Bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa pilihan ini mungkin memerlukan anda untuk memadamkan cakera terlebih dahulu, dan mempunyai risiko kehilangan data. Sila cuba pilihan ini hanya jika anda selesa dengan pilihan lanjutan komputer anda. Rujuk laman web pengeluar sistem pengendalian anda untuk mendapat semua langkah yang diperlukan untuk memformat semula pemacu anda tanpa kehilangan data:

"OperationalError" atau "BrokenTempDirError"

Pada komputer Windows, ralat ini menandakan terdapat masalah dengan keizinan folder %TEMP% anda. Folder ini digunakan oleh Dropbox (dan banyak aplikasi lain) untuk memula, memasang, dan menyahpasang aplikasi. Untuk membaiki isu ini, anda perlu berikan profil pengguna anda "keizinan penuh" ke atas folder %TEMP%.

Tukar keizinan untuk folder %TEMP%

  1. Buka tetingkap Windows File Explorer (bukan Internet Explorer).
  2. Taip %LOCALAPPDATA% ke dalam bar navigasi (termasuk simbol peratus).
  3. Klik kanan pada folder Temp dan pilih Properties daripada menu yang timbul.
  4. Pada tab Security, pilih nama pengguna anda dalam senarai dan edit keizinan supaya anda mempunyai kawalan penuh folder.
  5. Juga pada tab Security, klik Advanced dan tandakan pilihan Include inheritable permissions from this object's parent serta Replace all child object permissions with inheritable permissions from this object.

Ambil perhatian bahawa keizinan boleh diubah suai oleh aplikasi lain pada komputer anda (khususnya, perisian yang anda perolehi daripada sumber-sumber yang tidak boleh dipercayai). Jika masalah keizinan kembali selepas memulakan semula komputer, ini bermakna program lain pada komputer anda sedang membuat perubahan ini. Periksa log keizinan sistem anda jika anda tahu caranya, atau bawa komputer anda ke pakar untuk mengenal pasti program yang membuat perubahan itu.

Ini tidak menyelesaikan isu saya. Bawa saya balik ke atas artikel ini.

"Cuba lagi atau semak Pusat Bantuan kami"

Jika anda nampak ralat Cuba lagi atau semak Pusat Bantuan kami, hubungi sokongan Dropbox. Pastikan anda masukkan seberapa banyak maklumat yang boleh tentang apa yang berlaku. Sebagai contoh, beritahu kami apa yang anda sedang lakukan apabila ralat itu muncul.

Ini tidak menyelesaikan isu saya. Bawa saya balik ke atas artikel ini.

"Anda sedang menggunakan versi lama Dropbox"

Kami kerap mengeluarkan versi baru aplikasi Dropbox dengan ciri-ciri baru, prestasi lebih baik, dan peningkatan keselamatan. Versi-versi baru ini akan dilancarkan menerusi kemas kini automatik.

Sesetengah keadaan boleh menyebabkan kemas kini ini gagal. Kegagalan untuk mengemas kini boleh disebabkan oleh konfigurasi persekitaran, seperti isu-isu keizinan, ataupun disebabkan interaksi dengan aplikasi lain, seperti antivirus atau dasar tembok api.

Selepas beberapa cubaan gagal untuk mengemas kini secara automatik, aplikasi Dropbox akan memaparkan mesej “Anda sedang menggunakan versi lama Dropbox.” Untuk menyelesaikan isu ini:

  1. Muat turun versi terkini aplikasi.
  2. Apabila muat turun selesai, klik dua kali pemasang Dropbox untuk melancarkannya sebagai pengguna sistem semasa anda.
  3. Versi lama mungkin memerlukan anda untuk memasukkan kelayakan log masuk Dropbox anda selepas dikemas kini. Selepas anda log masuk, aplikasi Dropbox boleh mengambil sedikit masa untuk menyelaraskan fail.

Anda mungkin perlu menyahpasang aplikasi Dropbox sebelum memasangkan semula sekiranya:

  • Anda diarahkan supaya menyahpasang
  • Pemasangan tidak selesai
  • Masalah yang anda ingin selesaikan dengan memasang semula aplikasi terus berlaku

Jika kaunter untuk mengemas kini aplikasi luput, Dropbox anda akan berhenti menyelaras. Klik ”Kemas Kini Dropbox” untuk memulakan proses kemas kini dan sambung menggunakan Dropbox.

Dropbox Business

Jika anda dalam pasukan Dropbox Business, kemungkinan kemas kini automatik anda telah gagal kerana profil pengguna anda pada komputer anda tidak mempunyai keizinan untuk memasang versi baru Dropbox. Jika kemas kini manual gagal, hubungi pentadbir IT anda untuk mendapatkan bantuan.

Ini tidak menyelesaikan isu saya. Bawa saya balik ke atas artikel ini.

"Komputer anda tidak disokong"

Jika anda menerima ralat “Komputer anda tidak disokong“, komputer anda mungkin tidak memenuhi syarat keperluan sistem anda. Untuk membaiki isu ini, periksa sama ada Dropbox sedang berjalan pada sistem pengendalian yang disokong. Jika sistem pengendalian anda tidak disokong, kemas kini kepada versi yang disokong.

Mod keserasian pada komputer Windows

Jika anda menggunakan komputer Windows, pastikan bahawa mod keserasian tidak dihidupkan untuk Dropbox. Untuk menggunakan aplikasi desktop Dropbox pada sistem pengendalian yang disokong, lumpuhkan mod keserasian.

Ini tidak menyelesaikan isu saya. Bawa saya balik ke atas artikel ini.

"Dropbox tidak dapat mengakses Windows Registry anda"

Jika anda menerima ralat “Dropbox tidak dapat mengakses Windows Registry anda“, ini bermakna Dropbox sedang cuba untuk mengakses maklumat akaun yang penting menggunakan Windows Registry anda, tetapi tidak diizinkan.

Dalam kebanyakan kes, ini mungkin disebabkan akses ke registry dilindungi oleh kelayakan akaun pengguna lama atau yang telah usang. Menetapkan semula kata laluan Windows anda boleh membetulkan masalah ini.

Tetapkan semula kata laluan Windows

  1. Klik Panel Kawalan daripada menu Mula Windows anda.
  2. Buka Akaun Pengguna.
  3. Klik akaun anda dan tekan Tukar kata laluan saya.
  4. Masukkan kata laluan baru anda sebanyak dua kali, dan tekan Tukar Kata Laluan.

Setelah kata laluan anda ditetapkan semula, cuba pasang semula Dropbox. Pemasangan sepatutnya berjalan tanpa ralat. Jika ini tidak menyelesaikan isu ini, maka kemungkinan sesetengah fail di dalam folder anda mempunyai keizinan yang salah.

Baiki keizinan fail yang salah

  1. Keluar daripada aplikasi Dropbox dari menu Dropbox.
  2. Klik menu Mula.  Cari Prom Perintah atau pilih Semua Atur Cara > Aksesori > Prom Perintah.
  3. Salin dan tampal baris-baris berikut dengan tepat seperti yang disenaraikan, satu demi satu, ke dalam Command Prompt. Untuk menampal ke dalam ruang command prompt, klik kanan dan pilih Tampal.

    cd %APPDATA%\Microsoft\Protect

    attrib -s -h -r credhist

    attrib +s +h credhist

  4. Mulakan semula Dropbox.

Jika ini tidak membaiki ralat ini, anda mungkin perlu membuang entri ini secara manual daripada daftaran. Oleh kerana maklumat yang sensitif dalam Windows Registry anda, hanya orang yang biasa menyunting daftaran patut melakukannya. Anda juga memerlukan keistimewaan pentadbir pada komputer anda untuk menyunting daftaran ini.

Kemas Kini Windows Registry

  1. Klik butang Mula. Taip REGEDIT di dalam kotak carian dan tekan Enter.
  2. Dalam Registry Editor, cari kekunci ks selepas laluan ini:

    HKEY_CURRENT_USER\Software\Dropbox\ks

  3. Klik kanan ks dan pilih hapus.

Jika anda mendapat ralat yang mengatakan ”Can't delete ks key: error while deleting key,” anda mungkin perlu menambah kumpulan atau nama pengguna anda.

Tambah kumpulan atau nama pengguna untuk membaiki ”Can’t delete ks key: error while deleting key”

  1. Klik kanan kekunci ks.
  2. Pilih Keizinan…
  3. Jika log masuk Windows anda tidak muncul di bawah Nama kumpulan atau pengguna tekan Tambah… untuk menambah akaun anda.
  4. Pilih log masuk anda daripada Nama kumpulan atau pengguna.
  5. Klik kotak rait di bawah Benarkan di sebelah keizinanKawalan Penuh .

Tambah diri anda sebagai pemilik

  1. Klik butang Lanjutan.
  2. Pilih tab Pemilik.
  3. Pilih nama anda daripada senarai dan tandakan kotak di sebelah Replace owner on subcontainers and objects.

Sila ambil perhatian bahawa anda boleh mendapat ralat semasa cuba untuk menambah diri anda sebagai pemilik. Terdapat sesetengah objek dalam daftaran yang mustahil untuk dipindah milik. Mesej ralat adalah tingkah laku yang dijangka, dan anda boleh mengabaikan amaran ini.

Ini tidak menyelesaikan isu saya. Bawa saya balik ke atas artikel ini.

"Dropbox telah rosak dan tidak boleh dibuka"

Semasa memasang Dropbox pada versi tertentu sistem pengendalian anda, anda boleh melihat ralat yang menyatakan bahawa "Dropbox telah rosak dan tidak boleh dibuka."

Mesej ralat Dropbox sudah rosak
Jika anda mengalami mesej ralat ini, mulakan semula komputer anda dan jalankan pemasang Dropbox sekali lagi. Jika anda terus menerima ralat ini, cuba muat turun salinan pemasang Dropbox yang baru.
Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan