Bagaimana untuk menghapuskan fail atau folder daripada Dropbox

Dikemas kini Feb 10, 2024

Anda boleh menghapuskan atau menghapuskan secara kekal fail atau folder dalam akaun Dropbox anda, walaupun fail atau folder itu dikongsi, selagi anda menjadi pemiliknya. Ketahui cara untuk mengetahui pemilik fail atau folder.
 

Belum menggunakan Dropbox lagi? Lihat bagaimana Dropbox menjadikan pemulihan dan sejarah fail mudah.

warning icon

Penting: Tempoh pemulihan fail yang standard dan pilihan tidak terpakai kepada fail yang dihapuskan terus daripada ciri Hantar dan jejaki . Menghapuskan fail daripada Hantar dan jejaki ialah tindakan kekal, dan sebarang metadata atau analisis data yang berkaitan tidak boleh dipulihkan setelah fail itu dihapuskan.

Menghapuskan fail atau folder

Ikut arahan di bawah untuk menghapuskan fail atau folder daripada akaun Dropbox anda di dropbox.com, apl desktop Dropbox atau apl mudah alih Dropbox. Fail atau folder yang dihapuskan dapat dipulihkandalam tempoh waktu tertentu, bergantung pada pelan Dropbox anda.

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Halakan tetikus pada fail atau folder dan klik "" (elipsis).
  3. Klik Hapus.
  4. Klik Hapus sekali lagi untuk mengesahkan.
  1. Buka folder Dropbox pada komputer anda. 
  2. Klik kanan pada fail atau folder yang ingin dipadamkan.
  3. Klik Hapus (Windows) atau Alih ke Sampah (Mac).
  1. Buka aplikasi mudah alih Dropbox.
  2. Tekan “” (elipsis menegak pada Andriod) atau “” (elipsis pada iPhone/iPad) di sebelah fail atau folder yang anda ingin hapuskan.
  3. Tekan Hapus.
highlight icon

Perhatian: 

Menghapuskan fail atau folder secara kekal

Ikut arahan di bawah untuk menghapuskan fail atau folder di dropbox.com secara kekal. Fail dan folder yang dihapuskan secara kekal tidak boleh dipulihkan.
 

Anda boleh menghapuskan secara kekal sebarang fail atau folder yang anda miliki. Anda hanya boleh menghapuskan secara kekal fail dan folder yang bukan milik anda jika:

  • Anda seorang pentadbir pasukan Dropbox.
  • Anda bukan pentadbir, tetapi anda satu-satunya orang yang telah mengambil tindakan atau menyunting fail atau folder.


Untuk menghapuskan fail atau folder secara kekal dalam dropbox.com: 

  1. Ikut arahan dalam bahagian di atas untuk menghapuskan fail atau folder di dropbox.com.
  2. Klik Fail Terhapus dalam bar sisi kiri.
  3. Tandakan rait kotak di sebelah fail atau folder yang anda ingin hapuskan secara kekal.
  4. Klik Hapuskan secara kekal.
  5. Klik Hapuskan secara kekal sekali lagi untuk mengesahkan.

Menghapuskan fail Hantar dan jejaki

Menambah fail kepada ciri Hantar dan jejaki daripada pemacu setempat anda, OneDrive, atau Google Drive akan mencipta salinan fail dalam folder “Hantar dan jejaki”. Salinan ini akan memakan ruang simpanan dan dikira dalam had simpanan anda.

Menghapuskan salinan ini daripada folder “Hantar dan jejaki” akan membuang fail yang disimpan dalam Hantar dan jejaki secara automatik, bersekali dengan sebarang metadata dan analisis yang berkaitan. Memulihkan salinan fail akan memulihkan fail Hantar dan jejaki serta data fail itu.
Menambah fail kepada Hantar dan jejaki terus daripada akaun Dropbox anda tidak akan mencipta salinan fail tambahan dalam folder “Hantar dan jejaki”.

Menghapuskan fail asal daripada akaun Dropbox anda akan membuang fail itu secara automatik, dan sebarang metadata dan analisis yang berkaitan, juga daripada Hantar dan jejaki. Memulihkan fail asal akan memulihkan fail Hantar dan jejaki serta data fail itu. 
highlight icon

Perhatian: Menghapuskan salinan fail dalam Hantar dan jejaki ialah tindakan kekal. Sebarang metadata dan analisis data yang berkaitan dengan fail itu tidak boleh dipulihkan, walaupun fail sumber masih ada.

Menghapuskan fail terus dalam Hantar dan jejaki tidak akan menjejaskan fail sumber dalam akaun Dropbox, pemacu setempat, OneDrive, Google Drive atau folder “Hantar dan jejaki”. 
Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

Cara lain untuk mendapatkan bantuan